Cinta, cinta merupakan lumrah hidup manusia. Manusia mempunyai pelbagai-bagai pendapat tentang cinta. Cinta manusia. Cinta terhadap manusia boleh memberi semangat, tetapi boleh juga menjatuhkan semangat.Semuanya berdasarkan hati manusia. Malangnya, manusia akan jatuh kerana perasaan tersebut. Apa yang perlu dilakukan. Semuanya ada dalam hati kecil yang selalu berkata-kata, "marilah kembali".


Indahnya dunia dirasakan disaat perasan disambut oleh fantasi. Tetapi bagaimana mereka yang sangkut tersungkur. Bagaimana pula mereka yang langsung tidak memikirkan perkara fantasi ini. Mungkin disebabkan pengalaman yang mrngajar mereka. Mungkin kehidupan yang mereka lalui mengajar mereka untuk lari dari fantasi tersebut. Atau mereka langsung tidak berminat untuk mengetahui fantasi ini kerana ada yang mengatakan "tahu semuanya, boleh membawa kepada kesakitan sekiranya hati belum bersedia menghadapinya".


Lagu, indahnya lagu dihayati sekiranya fantasi tidak terjadi seperti yang diharapkan. lagu naikkan semangat, lagu untuk hati yang lemah, hati yang sakit. Sampailah suatu saat hati mengatakan "sudah, berhenti mendengarkannya"..Malangnya hati tidak mahu belajar dari kesilapan yang pernah dihadapi. Adakah ini umrah manusia "berusaha". Belajar dari kesilapan. Indahnya ayat. Apakah maksudnya. Adakah perlu hadapinya atau lari dan buat perkara yang lain. Terletak kepada hati untuk menjawapnya. Marilah bangkit sekiranya dah terjatuh.


Tidak mengapa untuk menangis tetapi selepas anda habis air mata, jangan lupa untuk bangkit semula.


Ulasan

Catatan Popular