karakter, semua manusia mempunyai karakter yang berbeza-beza. Ada yang dipengaruhi oleh masyarakat, ada juga yang dipengaruhi oleh pengalaman, ada juga dipengaruhi oleh impian, pilihan , pengorbanan dan diri sendiri. Ada yang suka bersendirian dan ada juga yang suka bermain(bising). Indahnya semua itu, tapi adakah ia memberi kepuasan atau hanya sekadar mengisi kesunyian.
      Aku pernah terbaca, mereka yang kuat ketawa, adalah mereka yang telah menangis, tetapi mereka hanya sembunyikan perasaan mereka, sampai manakah tahap kebenaran ayat ini. Mungkin ada yang benar mahupun hanya sekadar teori sahaja. Tetapi sekiranya benar, maka apa harus dibuat adakah dia harus diam atau teruskan sahaja hinggalah dia terluka lagi. Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak ketahui, terutamanya perasaan manusia, sebab manusia hanya mementingkan diri sendiri. Ada yang tidak, tapi ada yang ya. Aku juga pernah terdengar ayat ini "kenapalah manusia suka menyakitkan hati manusia lain, dia bercakap seperti dia mengetahui aku. Sedangkan dia hanya tahu bila aku gembira, tetapi langsung tidak mengetahui bila aku bersedih."(ayat ini diubah sedikit untuk memahami perasaan masing-masing)


   Cinta, sekali lagi mengenai cinta. Banyak filem, drama mahupun anime yang menayangkan indahnya percintaan, tetapi semua itu hanyalah impian semata-mata. Ada manusia yang gembira dengan percintaan tapi ada juga manusia yang sakit dengan percintaan. Malah, ada yang jatuh. Itulah sebab dia pilih untuk tidak jatuh cinta lagi, sebab dia tahu dia tidak akan menang, dia tahu dia akan jatuh sekali lagi, dia tahu dia akan merana lagi, dia tahu perasaan itu hanya membuatkan dia membenci dirinya lagi. Maka, dia suka bersendirian, dia suka tergelak, dia suka bermain, dia suka sesuatu yang jarang manusia menyukainya, dia belajar untuk tabah, dia belajar untuk untuk terima dirinya dengan seadanya, walaupun dia sakit. Sebab semua itu pilihannya untuk dia sakit lagi. Siapakah dia, mungkin saya, sahabat saya, ataupun anda.



   Adakah anda mengetahui, ada mereka diluar sana yang memerlukan bantuan anda, bukannya bantuan duit, pakaian ataupu makanan, tetapi bantuan untuk hidup dengan gembira. Adakah anda tahu diluar sana ada seseorang yang sedang menunggu anda untuk mengubahnya menjadi lebih baik. Dia sedang mencuba mencari anda untuk menemaninya disaat dia sedih, disaat dia terluka. Tetapi malagnya dia mungkin tidak sempat menemui anda, mahupun kenal anda. Aku pernah baca sesuatu ayat, ayat yang dalam maksudnya, "seseorang itu akan berubah sekiranya dia berjumpa seseorang yang boleh mengubahnya sama ada dia menjadi baik ataupun menjadi jahat". Semuanya bergantung bagaimana dia menilai keadaan tersebut.




"Be yourself", indahnya ayat ini, tetapi malangnya ramai manusia yang ubah karakter kerana dia dipengaruhi oleh orang lain, ataupun dipengaruhi oleh persekitaran.
















Ulasan

Catatan Popular