Mana lebih baik, tidak tahu atau tahu. Mana lebih baik pendiam atau periang.
Setiap manusia mempunyai karakter masing-masing. Dalam sesebuah kumpulan ada periang ada pendiam, itulah indahnya manusia. Tapi janganlah lupa bahawa, ada juga manusia yang ingin menukar karakter. Bukan kerana tidak puas hati, tetapi ingin mencuba benda yang baru. Dan juga, jangan dilupakan ada pemerhati dalam sesebuah kumpulan masyarakat, pemerhati yang sentiasa tersenyum melihat keindahan karakter manusia. Dan jangan dilupakan ada juga seseorang yang mempunyai semua ciri tersebut. Oleh itu, hargailah mereka, berguraulah dengan mereka, bertegur sapalah dengan mereka.
Ketidakpuasan hati sentiasa wujud dalam masyarakat, oleh itu kita haruslah pandai mengawalnya. Tetapi bagaimana sekiranya tidak dapat mengawalnya, ada orang mengambil jalan mudah, iaitu "DIAM". Dia juga diam sebab dia takut untuk menyakitkan hati orang lain. Dia juga bising apabila dia rasa dia perlu bising. Adakah kegembiraan boleh berkekalan ataupun dunia ini kita hanya bersendirian. Adakalanya manusia mempunyai karakter yang pelik, kerana melalui pemerhatian, kita merasakan dia seronok dalam dunia kecilnya. Ada juga yang gembira berkurung. Semuanya berdasarkan pengalaman hidup, yang mengajar mereka untuk diam, dan periang.
Hiduplah dengan gembira, biarpun sedih tapi bukankah lebih baik sekiranya kita tidak menunjukkan kesedihan, tunggulah suatu saat, seseorang yamg muncul dalam hidup anda dan menyedari dalam senyuman tersembunyi sebuah lagu yang menyayat hati si pendengar. Tunggulah mereka, tetapi janganlah sedih sekiranya mereka belum sampai, kerana perkara tersebut perlukan kesabaran yang tinggi. Tapi bagaimana sekiranya kita tidak berjaya temuinya?Sabar.
Buat apa yang anda nak buat asalkan tidak melanggar lumrah hidup manusia, janganlah buat apa yang masyarakat hendak anda buat, terutamanya yang boleh menjatuhkan anda.
Setiap manusia mempunyai karakter masing-masing. Dalam sesebuah kumpulan ada periang ada pendiam, itulah indahnya manusia. Tapi janganlah lupa bahawa, ada juga manusia yang ingin menukar karakter. Bukan kerana tidak puas hati, tetapi ingin mencuba benda yang baru. Dan juga, jangan dilupakan ada pemerhati dalam sesebuah kumpulan masyarakat, pemerhati yang sentiasa tersenyum melihat keindahan karakter manusia. Dan jangan dilupakan ada juga seseorang yang mempunyai semua ciri tersebut. Oleh itu, hargailah mereka, berguraulah dengan mereka, bertegur sapalah dengan mereka.
Ketidakpuasan hati sentiasa wujud dalam masyarakat, oleh itu kita haruslah pandai mengawalnya. Tetapi bagaimana sekiranya tidak dapat mengawalnya, ada orang mengambil jalan mudah, iaitu "DIAM". Dia juga diam sebab dia takut untuk menyakitkan hati orang lain. Dia juga bising apabila dia rasa dia perlu bising. Adakah kegembiraan boleh berkekalan ataupun dunia ini kita hanya bersendirian. Adakalanya manusia mempunyai karakter yang pelik, kerana melalui pemerhatian, kita merasakan dia seronok dalam dunia kecilnya. Ada juga yang gembira berkurung. Semuanya berdasarkan pengalaman hidup, yang mengajar mereka untuk diam, dan periang.
Buat apa yang anda nak buat asalkan tidak melanggar lumrah hidup manusia, janganlah buat apa yang masyarakat hendak anda buat, terutamanya yang boleh menjatuhkan anda.


Ulasan
Catat Ulasan