Jatuh cinta, semua manusia mungkin pernah mencintai seseorang. Cinta juga boleh menukarkan personaliti atau karakter seorang manusia, sama ada menjadi lebih baik atau menjadi lebih jahat. Tapi ingatlah pasangkan niat yang betul apabila mencintai seseorang kerana takut jatuh tersungkur. Perasaan ini susah untuk dikawal, walaupun mulut berkata "do not fall in love or you will hurt",  tapi hati tiada sesiapa yang tahu. Ada sebuah kisah, seorang lekaki yang mencintai seorang wanita. Wanita ini baik, pandai, beragama, dan sentiasa tersenyum. Selama ini lelaki itu hanya memandangnya dari jauh, tapi bukanlah pandangan suka, hanya sekadar "terpandang". Sampailah suatu hari dia diberi peluang untuk rapat dengannya, malangnya awal-awal mereka telah bergaduh, wanita itu membuat konklusi bahawa lelaki tersebut mempunyai karakter yang teruk. Tetapi bagi lelaki itu, dia........dia berkata dalam hati, ini pertama kali aku tunjukkan karakter yang teruk kepada perempuan, kerana selama ini dia selalu tunjukkan personaliti yang baik depan perempuan, tapi untuk wanita ini dia .....dia malas untuk menjadi baik. Dia penat. Dia sakit.




        Akhirnya lelaki itu tersedar dia menyukai wanita tersebut. Dan lelaki itu teringat kisah silamnya yang lalu, dimana dia sentiasa kecewa apabila melibatkan perasaan bodoh ini. Pada masa itu lelaki itu berkata "aku tak kan beritahu sesiapa seandainya suatu hari nanti aku mencintai seseorang". Berdasarkan peristiwa itu, dia pun mengambil keputusan untuk tidak memberitahu sesiapapun bahawa dia mencintai perempuan itu. Dia hanya diam sahaja,lapangkan hati walaupun dia terluka. Apa yang baiknya, lelaki itu telah berubah. Mungkin boleh dikatakan dia berubah menjadi baik. Lelaki itu juga tidak terlalu berharap, harapan agar wanita itu terima cintanya kerana dia tahu dirinya tidak sesuai untuk wanita sebaik dia. Biarpun dia ada berharap agar cintanya terbalas, tetapi dia asyik terfikir

"Seandainya wanita itu suka aku, maknanya wanita itu akan terluka. Biarlah aku sahaja yang terluka."



         Lelaki itu tahu, wanita itu tidak akan menyukai dirinya, kerana ada lagi insan yang lagi layak untuk diri wanita itu.Lelaki itu sedar dia bukannya baik, air mukanya bukanlah menunjukkan seorang yang baik dan personalitinya pun bukanlah menunjukkan dirinya seorang yang hebat. Tapi lelaki itu mempunyai impian, impian yang sangat besar, impian yang boleh mengubahnya.........



         
          Secara jujurnya lelaki itu adalah sahabat saya yang paling rapat sekali. Saya tahu apa kesukaannya, kelebihannya, kekurangannya dan juga masalahnya. Saya adalah tempat dia menceritakan masalahnya. Walaupun dia asyik ketawa tapi saya tahu hatinya sedang menangis terluka. Ya Allah, tabahkan hati sahabat saya ya Allah, tabahkanlah dia menghadapi segala ujianMu ya Allah,  Ya Tuhan kami, peliharalah pemikiran dia, perasaan dia, personaliti dia agar dia terpelihara dalam didikan Islam. Amin.





     Saya pernah terbaca ada dua benda yang akan menjatuhkan  lelaki iaitu perempuan dan juga duit. Tetapi ada dua juga yang boleh menaikkan lelaki iaitu perempuan dan duit...... semua manusia mempunyai kisah masing-masing. Tapi ingatlah di dunia ini kita mempunyai tugas yang lebih penting, sedar ataupun tak sedar...............................................................................................................................................










Ulasan

Catatan Popular