Seperti post yang lalu, manusia banyak melayan perasaan, dengar lagu, menonton drama romantik, dan sebagainya. Tidak salah untuk melayan perasaan tetapi janganlah sampai kecundang dalam alam pemikiran, marilah kita terima kenyataan, sakit atau gembira semuanya ada pengajaran untuk semua insan. Marilah kita melatih minda kita agar boleh menjadi orang yang berjaya. Mungkin perasaan juga boleh membuatkan kita berjaya kerana kita boleh menggunakan pengalaman kita untuk membantu mereka yang tertidur kegembiraan dalam alam fantasinya. Semuanya terletak kepada anda untuk memilihnya. Ada manusia yang terus tertidur dalam alam fantasinya kerana dia tidak sanggup untuk menghadapi realitinya, realiti yang bertentangan dengan fantasinya. Mereka juga sering menggunakan alam fantasi untuk menaikkan semangat mereka, sedangkan semangat itu hanyalah palsu. Seandainya dia berjaya naikkan semangat, maka baguslah, dan cubalah untuk kekalkan semangat itu.





     Jatuh, semua manusia pernah terjatuh, semua manusia pernah rasa duduk dibawah sekali, yang membezakan manusia ialah cara mereka bangun semula. Kadang-kadang apabila kita terjatuh, baru diri tersedar apa yang harus dilakukan agar kita tidak terjatuh untuk kedua kalinya. Tetapi penulis pun pernah terjatuh untuk kali kedua, ketiga mungkin...... Tapi jatuh yang penulis rasakan berbeza dengan jatuh yang dulu, sebab banyak perkara yang membuatkan minda berfikir, dan membuatkan hati tersedar apa perkara yang harus dilakukan. Orang kata hidup ini umpama tayar, ada kalanya kita dibawah, ada kalanya kita di atas. Adakah mereka sedar ayat ini mempunyai banyak makna, makna yang ditafsirkan oleh setiap manusia berbeza berdasarkan pengalaman yang dilalui. Pernah rasa "tayar dibawah sekali" tetapi susah untuk naik keatas....? Payah untuk naik, mungkin disebabkan tayar pancit atau kereta berhenti? Disaat itu anda tersedar yang anda bersendiriran. Sedar tiada siapa yang hendak mendengar masalah anda? Sedar bahawa banyak yang anda ketinggalan.?





         Berbalik kepada melayan pemikiran, cubalah untuk melayan perasaan kemudian cuba melayan pemikiran, yang mana satu yang memberi kesan kepada jiwa anda? Semestinya perasaan, kerana perasaan boleh menyebabkan manusia gembira. Terutamanya apabila melibatkan soal hati. Cinta, indahnya ayat apabila ia menguasai hati sehingga susah untuk keluar, sampailah pemikiran terdiam bisu. Ada manusia yang mampu mengawalnya, tetapi ada juga manusia yang susah untuk mengawalnya, sehingga dia hampir berputus asa. Oleh itu, berlatihlah untuk terima kenyataan, sebab takut kenyataan itulah yang merosakkan impian anda. Jangan melayan sangat hati, sebab hatilah boleh mengawal minda.Jaga hubungan dengan Allah, Inn Sya Allah, Allah akan menjaga kita, menjaga perasaan kita, menjaga pemikiran kita daripada keburukan. Marilah kita menuju kejayaan. Marilah kita bangkit. Soal jodoh kita belajar untuk letakkan ia dalam suratan takdir yang telah lama tertulis. Belajarlah, untuk mengawalnya.........



         Pernahkah anda berubah kerana suatu perkara yang mengubah pemikiran anda dan juga personaliti anda? Berubah sehingga anda susah untuk berubah ke personaliti asal anda? Baguslah, kerana anda telah rasa "tayar dibawah sekali disaat kereta berhenti". Marilah kita berubah kearah kebaikan, jangan kisah apa sekeliling ungkapkan, jangan kisah apa yang manusia fikirkan, kerana mereka tidak tahu apa jenis kehidupan yang kita lalui. Mereka tidak tahu apa yang hati kita lalui, apa pemikiran yang kita lalui, dan apa jenis manusia yang kita jumpai. Marilah kita seimbangkan pemikiran dan perasaan, biarpun dalam blog ini lebih kepada perasaan. Ini kerana penulis masih lagi berlatih untuk melayan pemikiran, tetapi sebelum ini penulis lebih banyak melayan pemikiran sehinggalah ............ aku......sehinggalah disaat ini perasaan melayan pemikiran. Cara untuk sedar ialah banyakkan membaca wikipedia yang boleh memeningkan minda.. Mungkin boleh tersedar secara menyeluruh...Mungkin suatu hari nanti penulis akan postkan kisah pemikiran. Pemikiran yang banyak membantu untuk bangun manghadapi realiti kehidupan.......Mungkin........




          Kesimpulanya, berubah kerana sakit, berubah kerana sedih, berubah kerana kecewa, berubah kerana jatuh, berubah kerana dia.............. Lepaskan apa yang tidak menjadi milik kita.........kerana semuanya akan terjawab suatu hari nanti.....











Ulasan

Catatan Popular