Assalamu'alaikum dan selamat menuntut ilmu semua....
Begitu susah hendak melayan pemikiran kerana perasaaan selalu menang.. Bagaikan seekor burung sedang mencari makanan tetapi terserempak dengan seekor burung lagi untuk berbicara... Eloknya jika burung yang seekor lagi pun mempunyai niat yang sama tetapi hanya sekadar berbual kosong. Itulah hidup, ada kalanya kita harus korbankan apa yang membuang masa kita, harus korbankan apa yang tidak mendatangkan faedah kepada diri, tetapi dalam proses tersebut banyaklah jalan seleko dan dugaan yang harus ditempuhi. Oleh itu marilah kita berusaha untuk menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia walaupun susah, tetapi marilah kita ingat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud
"Keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya."
Baru-baru ini banyak perkara yang berlaku kepada Malaysia, terutamanya kisah MH370. Kisah ini pun tidak selesai lagi, dan datang pula kisah lain iatu kisah DNA babi yang dikesan terdapat di makanan-makanan yang dijual di seluruh Malaysia. Apakah ada cerita disebalik ini semua? Adakah ada pihak perlu dipertanggungjawabkan terhadap masalah ini? Adakah ada udang di sebalik batu? Adakah DNA babi ini digunakan untuk menjatuhkan sesuatu? Sesuatu yang sangat penting? Inilah kesannya apabila kita asyik tertidur dengan hidupan dunia. Kehidupan yang membuatkan kita terlupa apa yang harus dilakukan, terlupa apa janji kita kepada Sang Pencipta..... Di dunia ini terlalu banyak perkara yang telah terlari dari lumrah seorang manusia. Apa yang telah terjadi kepada manusia di zaman ini? Adakah minda mereka telah jatuh kepada pihak lawan atau pun inilah akibatnya apabila terlalu banyak melayan perasaan yang pelik.
Marilah kita belajar sejarah, marilah kita berfikir, marilah. Mungkin disaat anda mencari sesuatu, akan ada golongan-golongan yang bakal mengkritik. Tapi ingat di dunia ini semua perkara yang anda lakukan mesti ada yang akan mengkritik. Tidak kiralah anda berbuat baik, jahat ataupun tidak berbuat apa-apa. Itu telah menjadi sejarah yang dilakar oleh manusia sendiri. Tapi ingat ada kritikan yang harus difikir sekiranya kritikan tersebut boleh menjayakan anda dalam proses pencariaan. Apabila manusia memandang ke atas langit siapakah yang mereka fikirkan, adakah di sebalik pandangan tersebut sang minda yang menguasai, atau pun sang hati yang melayan sesuatu yang pelik.Ataupun layan kedua-duanya, tanyalah diri anda. Marilah kita berfikir, berfikir untuk maju, untuk jadikan dunia ini lebih bertamadun.
Marilah menuntut ilmu. Ayat ini sering kali terdengar ketika zaman sekolah dulu, cuma masa itu ayat ini hanyalah sekadar air dicurah ke daun keladi. Tidak terfikir pun ayat ini boleh mendatangkan banyak faedah sekiranya diamalkan sejak kecil lagi, mungkin kita boleh melahirkan generasi Ibnu Sina, generasi ilmuwan Islam, saintis Islam. dan juga pahlawan Islam. Ilmulah yang menjadikan kita berbeza dengan orang lain, ingatlah kita ini semuanya berbeza, terutamanya mengenai pendapat. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita bertengkar, bertengkar untuk buktikan pendapatnyalah yang benar...Marilah kita mengambil pelajaran dari kepelbagaian ini. Marilaha sama-sama berfikir, berfikir gaya Ibnu Sina, Albert Einstein, dan juga Tesla. Biarpun Einstain dan Tesla bukanya seorang muslim tetapi tidaklah salah untuk belajar yang baik dan tinggalkanlah apa yang boleh mendatangkan keburukan kepada pemikiran dan juga perasaan.
Sampai disinilah tangan ini berkata-kata. Hendak harapkan mulut untuk menyuarakan pendapat, mungkin hanya impian sahaja. Konklusinya, marilah cintakan ilmu, ilmu yang berfaedah kepada manusia sejagat.
Apabila mata memandang, semua pasti tersalah faham, apabila mulut terbuka, semua fikiran tercelaru, apabila tangan bergerak semua mata pasti melihat, apabila kaki bergerak semua ayat pasti terungkap, apabila jatuh hati, semua kekurangan adalah kelebihan, apabila tersuka semua kejahatan tertutup, apabila menang semua tangan bertepuk, apabila kalah semua jari menunjuk, apabila bersatu semua melihat, apabila berfikir semua perasaan tersimpan, apabila indah semuanya terlihat indah, apabila teruk semuanya terlihat teruk, apabila cinta menguasai diri, maka hilangnya semua "be yourself". And kepada sesiapa yang mendatangkan pengalaman, pengalam yang membuatkan perasaan berubah, membuatkan diri tersuka diri ini, membuatkan hati sayangkan diri ini, membuatkan berfikir lagi mendalam "be yourself" and "trust yourself".

Ulasan
Catat Ulasan