Salam kembali diutuskan pada "unknown" yang selama ini menghilangkan diri walaupun mata asyik memandangnya, sampailah tersedar terhadap hati yang menjawap persoalan yang dianjurkan oleh fikiran... dan fikiran juga cuba mengawal hati agar kembali kepada realiti yang telah lama ditinggalkan. Apabila hati mula mengawal pemikiran semuanya nampak baik, semuanya nampak indah hinggalah suatu saat fikiran akan tersedar sendiri dan mencuba untuk bangkit semula menggunakan kudrat yang telah lama disimpan ataupun telah lama hilang. Bagaikan bayang-bayang yang hilang disaat kegelapan muncul dan tersenyum disaat cahaya terpancar, bagai itulah juga sekiranya manusia terlalu mengharapkan "external force", maka manusia juga akan hilang disaat "force" itu hilang. Gunalah "external force" untuk bangkitkan "internal force", tetapi ingat disaat "external force" lari atau hilang , jangan sesekali "internal force" mengikutinya.


    Selama ini, asyik melayan perasaan yang pelik, perasaan yang gelap mahupun putih... hari ini marilah kita melayan pemikiran... Ada satu video youtube yang menceritakan mengenai teori Albert Einstein iaitu teori special relativity. Apa yang seronoknya mengenai video ini apa hubungan time dan space. Penulis pun tidak berani untuk menaip panjang sebab penulis sendiri kurang memahaminya. Tetapi penulis tetap akan mencuba untuk melayan pemikiran.Jom layan hasil penulis yang selama ini mencuba untuk mencari minat hingga dapat konklusi yang dapat memberinya kegembiraan disaat suffer datang.


     Berdasarkan Newton, apabila matahari secara tiba-tiba hilang, maka semua planet di galaksi Milky Way akan "immediately" tersasar dari paksinya. Ataupun nak senang faham, apabila matahari secara tiba-tiba hilang maka gravity force yang dihasilkan oleh matahari juga akan hilang, maka planet akan bertaburan. Masalahnya sekarang berdasarkan teori Einstein, tidak ada objek yang lebih laju dari kelajuan cahaya. Tak faham kan? Hehehehe. Dalam ayat diatas ada mengatakan bahawa "immediately tersasar dari paksinya". Apakah maksud disebalik ayat ini. Ok, cuba fikirkan seandainya "immediately tersasar dari paksinya" maka boleh dikatakan bahawa gravity lebih laju dari cahaya. Lagilah tak faham, ok, 

     Kelajuan cahaya adalah sekitar 3 darap sepuluh kuasa lapan. Bayangkan matahari mengeluarkan cahayanya maka cahaya tersebut akan sampai ke planet bumi dalam masa 8 minit dan jarak sekitar 93 juta miles. Ok, bayang lagi disaat matahari hilang, matahari akan menghasilkan cahaya yang terakhir sekali. Ok, berdasarkan teori Atuk Newton, apabila matahari hilang maka bumi pun akan keluar dari paksinya "immediately". Masalahnya, adakah cahaya yang terakhir tersebut akan sampai ke bumi???? Sekiranya tidak sampai maka gravity itu lebih laju dari cahaya kerana "immediately' tersasar dari paksinya. Tetapi sekiranya sampai maka teori Newton pula ada kekurangan. Itulah yang membuatkan Atuk Einstein berfikir.... untuk menyelesaikan masalah tersebut.

   Seronok pula layan pemikiran ini... Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya apa yang penulis tulis ini salah kerana penulis pun cuba untuk memahami video tersebut, maklumlah BI tak hebat mana. Oleh itu, dinasihatkan pembaca untuk melihat video tersebut hehehe. ok, Tahukah apa jawapan yang dijumpai oleh Einstein.

Ok bayangkan ada tiga dimensi "space" dan satu dimensi "time" yang digabungkan sekali dalam satu fabric ataupun dalam satu tikar hahahaha. Susahnya nak terangkan. Bayangkan planet bumi diletakkan diatas tikar, dan tikar tersebut bagaikan terapung , maka tikar itu akan kelihatan seperti ia berat (apabila planet bumi diletakkan diatas tikar yang luas.... Nanti tengok video eh.....Matahari pun diletakkan di atas tikar tersebut dan seperti biasa tikar tersebut kelihatan berat dek keraba matahariOk apabila matahari hilang maka akan terjadinya wave di tikar tersebut,,, lah..... macam lontar batu ke kolam. Dikatakan oleh Einstein kelajuan wave tersebut sama dengan kelajuan cahaya.



Hahahaha, jom tengok video.....


Hebatnya mereka ini, boleh berfikir jauh sungguh. 













Ulasan

Catatan Popular