DI TENGAH KOTA

Bagai di tengah kota, berdirinya susuk tubuh .Susuk tubuh yang kebingungan dek kerana sibuknya manusia. Hati tertanya-tanya "adakah suatu hari nanti aku akan seperti dia, sibuk dengan dunia ciptaan orang lain".
Adakah hati aku bakal gelap disaat berakhirnya universiti yang aku lalui? Adakah duit bakal menipu aku?. Terlihatnya mata , tersedarnya hati ... bagaikan berdiri di tengah kota tanpa berbuat apa-apa, tersenyum di saat melihat manusia lalu tanpa menyedariku.. Hatiku hendak memberontak, hati ini nak lari dari dunia ini, dunia yang bukan seperti dunia, dunia dimana hati tertipu keran cintanya duit, tertipu kerana cintanya wanita.
Adakah aku seperti dia yang tertipu dengan kemasyukan sebuah dunia....?


        Bagai duduk di dalam dewan peperiksaan, hati terlintas kesedihan yang tidak dapat dikawal oleh hati, hati yang ingin lari dari semua ini... Bagaikan di dalam dewan peperiksaan, sunyinya manusia di saat ingin kejar cita-cita.. Inginnya aku lari, inginnya aku keluar tetapi tidak tahu hendak kemana... Kerana sistem ini sahaja yang wujud, yang tidak sakit, malangnya hati ini terseksa, terseksa kerana dipaksa untuk menyukai perkara yang tidak disukai. Aku nak jalan, jalan yang jarang orang lalui. Jalan yang membawa erti kehidupan. Bukannya jalan yang mengagungkan duit, kerana duit telah menangiskan manusia. Hati ini terseksa .. Bolehtak aku nak masuk dalam dunia fantasi aku.?


    Dunia fantasi dimana duit bukan keutamaan, di mana manusia tidak pentingkan diri sendiri, dimana manusia gelak ketawa. Dunia fantasi dimana kita tidak tertipu dengan sistem rekaan orang lain. Bolehtak? Aku nak kesana? Aku lelah menghadapi ini semua. Aku penat dan terasa ingin lari ke sana. Tempat idaman yang mustahil untuk dicapai. Dunia fantasi dimana aku boleh terbang kemana sahaja. Aku nak kesana. Nak sangat, disana yang tiada orang yang tersakiti atau disakiti...


   Tetapi fantasi tetap fantasi, walaupun sukar realiti harus diterima... Apabila mata terpandang di mana manusia terlupa akan tujuan hidupnya, tujuan hidupnya ketika dia kecil dahulu. Tertipunya diri kerana duit jadi taruhan dunia. Duit, bolehkah kau tak wujud? Bolehkah seandainya aku abaikan kau? Cinta, adakah engkau pun seperti duit? Bolehkah aku abaikan kau? Hanya satu sahaja yang boleh kalahkan cinta terhadap manusia iaitu "curiosity".....


      Bagai berdiri di atas gunung, melihat indahnya ciptaan Tuhan, Tenangnya hati melihat semua ini, dimana tiada tempat untuk menyibukkan otak, tiada kesibukan seperti di tengah kota  dan  tidak sunyi seperti di dalam dewan exam. Indahnya hidup seandainya duit bukan menjadi tujuan, grade bukannya menjadi tujuan ,tetapi apa tujuan yang harus dikejar....................
Ilmu yang tinggi dinilai oleh orang yang berilmu, duit yang banyak dinilai oleh orang yang cintakan duit, dan duit beserta ilmu maka...........

Sedih, kesedihan mengajar apa itu gembira,
sunyi, masyarakat mengajar apa itu kesunyian,
cinta, naikkan semangat yang telah lama hilang. (mungkin)



  Letih, dan kurang bersemangat-------- berusahalah untuk mencari apa yang hendak dicari, apa yang perlu dicari, tetapi setiap pencarian pasti ada yang mengalirkan mata..   air mata kejayaan.








Good luck dalam pencarian, lelah .......

Ulasan

Catatan Popular