ILMU

Assalamualaikum, salam diberi disaat hati penuh dengan semangat yang membara-bara, semangat yang asyik muncul disaat hati tengah dalam kegelapan, kegelapan yang gelap sangat, sehingga diri tidak sempat melihat jalan yang selama ini terang-benderang. Tetapi di saat diri duduk tersungkur dek kerana gelapnya pemandangan, adakalanya muncul satu cahaya yang menolong diri untuk bangun dan melihat jalan yang harus dilalui oleh kaki yang telah lama terdiam kaku.


     Indahnya ilmu disaat ia boleh digunakan untuk pembangunan masyarakat. Apabila bicara tentang ilmu, hati  kadang-kadang terluka kerana selama ini tidak sedar pentingnya ilmu, walaupun ilmu itu hanya sekecil biji beras. Disaat tersedar akan indahnya ilmu, hati sering berbicara "adakah telah terlewat untuk menguasai ilmu, ilmu yang memberi semangat untuk mengharungi hidup di dunia yang semakin fana ini"....? Berdasarkan sejarah, sejarah yang orang lain tidak mengambil pelajaran, sejarah yang mungkin dilupakan atau sejarah yang dipandang enteng oleh masyarakat sekarang, sejarah mengenai ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina. Berdasarkan sejarah lampau, beliau menguasai ilmu yang luas, bukan hanya dalam bidang perubatan sahaja, malah bidang falsafah. Beliau juga terdidik dengan ajaran al-Quran sejak kecil lagi. Jika dibandingkan diri ini, hinanya tak terkira. Bilakah akan lahirnya orang seperti Ibnu Sina? Orang yang menguasai ilmu yang luas.



    Di zaman ini, sejarah kaum sendiri juga telah dilupakan, dilupakan sehingga mati ditenggelami zaman yang semakin canggih, zaman yang telah mengawal minda kaum Melayu sendiri. Lihatlah dengan mata yang terbuka dan hati terbuka, berapa ramai yang jatuh dan jatuh dan jatuh sehingga tidak sedar untuk bangun semula. Sejarah kaum sendiri mempunyai pengajaran yang tersembunyi. Lihatlah sekarang, buku-buku yang dipelajari, buku yang hanya mengagungkan bangsa barat, dan sejarah bangsa sendiri dilupakan. Adakah orang melayu tiada yang hebat? Adakah orang melayu tiada ilmu yang tersendiri? Kenapa kita sekarang ini asyik belajar ilmu dari luar, adakah melayu tiada ilmu sendiri? Adakah orang melayu tidak hebat? Jadi siapakah Hang Tuah, siapakah pahlawan melayu yang mempertahankan tanah ini? Ingat,banyak ilmu Melayu telah hilang kerana ditenggelami oleh ilmu barat, yang dikatakan lebih moden daripada ilmu Melayu. Ilmu melayu ini yang telah lama dihilangkan........


    Lihatlah dengan mata kepala sendiri, disangat ada orang hendak berkongsi ilmu, adakah orang sekeliling akan mendengarinya? Adakah mereka akan menumpukan perhatian? Tumpukanlah perhatian walaupun orang yang hendak sampaikan ilmu tersebut tidaklah sehebat mana. Belajarlah dari sejarah Imam Syafie. Bagaimana beliau menuntut ilmu, beliau sentiasa merendah diri, belajarlah wahai hati yang telah lama terlena.
Cintailah ilmu, pilihlah ia sebagai "priority" bukannya sebagai alat untuk berdebat. Marilah tambahkan ilmu didada....."Ingat, semakin bertambah ilmu didada, akan ada perasaan di hati yang berbunyi " Banyaknya di dunia ini aku tidak tahu"". Dalam proses menuntut ilmu ini, pelbagai cabaran yang harus dihadapi, cabaran hawa nafsu yang sering menang. Nafsu yang...............menguasai diri untuk melakukan perkara dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah swt. Perkara yang boleh menghilangkan ilmu yang dipelajari.





(Semua gambar diatas adalah sekadar hiasan sahaja)



Konklusinya,......

Disaat seorang insan melayan pemikirannya,
Disaat seorang insan melayan perasaannya,
Disaat seorang insan sedang bergembira kerna realitinya,
Disaat seorang insan sedang termenung kerna fantasinya,
Disaat seorang insan sedang sibuk kerna urusannya,
Disaat seorang insan bersenang-lenang kerna duitnya,
Disaat seorang insan menangis kerna hidupnya,
Disaat hati seorang insan merindui seseorang,

Disaat itulah si pemain catur menggerakkan caturnya,
Di saat itulah si pemerhati menulis karyanya,
Disaat itulah si kaki komen gunakan otaknya,
Disaat itulah si kaki dengki gunakan kelebihannya,
Disaat itulah si kaki benci gunakan kemahirannya,
Disaat itulah si kaki cemburu gunakan mulutnya,

Dan.....

Disaat itulah si "unknown" berputus asa kerna kejahilannya....
Mungkin kerna "society"..........

"Setiap pasang mata yang menghiasi mata seseorang mempunyai cerita yang tertentu, apabila tiba masanya akan hadir seseorang yang memahami mata tersebut, mungkin seorang kawan. Kawan yang hadir bakal mengubah sinaran mata tersebut. Dan seandainya realitimu bercanggah dengan fantasimu maka sinaran mata itu akan kekal, tetapi pengalaman yang dilalui bakal mematangkan pemikiranmu. Sepasang mata itu akan melihat dunia melalui perspektif yang berbeza-beza. Oleh itu, kawallah hati agar tidak menjadi jahat dek kerana realiti yang terpesong dari fantasi..
DAN orang yang bakal mengubah matamu itu adalah diri anda bukannya orang lain....."
Tetapi andai kata orang itu bukanlah diri anda maka, anda tidak akan berubah kerana perubahan itu berlaku keatas diri anda... jadikanlah dia sebagai "external force" untuk membangkitkan "internal force"... Tetapi kebiasaannya  "external force" ini adalah "society".


























Ulasan

Catatan Popular