LAUGH

Kegembiraan. Adakalanya kegembiraan yang dirasakan bukanlah sebuah kegembiran, hanyalah kegembiraan palsu. Tetapi belum ada keyakinan seandainya ianya palsu atau tulen. Walaubagaimanapun, ada kalanya takut untuk melemparkan rasa gembira dan takut untuk tunjukkan rasa gembira itu melalui senyuman. Tetapi, lebih baik senyumkan sahaja daripada berfikir banyak. Palsu ataupun tidak ianya terpulang kepada hati untuk menilainya.


        Berdasarkan pemerhatian, adakalanya manusia ini takut untuk bersosial. Mereka takut untuk merasakan kegembiraan sewaktu bersosial, kenapa? Adakah mereka takut kegembiraan itu sebenarnya perkara yang bakal menyakitkan? Adakah kerana mereka takut akan manusia yang penuh dengan hipokrit? Ataupun mereka lebih gembira ketika bersendirian? Adakah masyarakat pernah mengajar mereka sesuatu yang menyakitkan?Semuanya atas pilihan individu tersebut. Kerana manusia mempunyai pendapat yang banyak untuk menilai sebuah kegembiraan. Lihatlah sekeliling, berapa ramai kawan yang lebih suka bersendirian. Adakah mereka ini adalah orang yang takut masyarakat ataupun mereka ini letih dengan kehidupan mereka?


      Ada sebuah cerita:        
      Cerita ini mengenai seekor kambing biri-biri yang berwarna hitam. Kambing ini suka bersendirian. Dijadikan cerita, pada suatu hari semasa kambing itu memakan rumput, datanglah seekor serigala untuk membahamnya, untungnya, kambing biri-biri itu sempat melarikan diri dan masuk ke kumpulanya. Malangnya, dalam kumpulan itu dia seekor sahaja yang berwarna hitam, teman-temannya yang lain berwarna putih. Sebab itulah dia malas untuk bersama-sama mereka untuk mencari makanan kerana dia menganggap dirinya tidak layak. Dia menganggap dirinya lemah, letih, malas, lelah untuk bermasyarakat kerana kelainan yang dia hadapi. Dia takut bermasyarakat kerana semua kambing biri-biri itu melayannya dengan pelik sekali dan dia juga manganggap dirinya tidak berguna. Dia tahu mungkin semua itu hanyalah perasaannya sahaja. Tetapi dia letih akhirnya dia mengambil keputusan untuk bersendirian lagi biarpun dia tahu ada bahaya yang dia bakal lalui.
   

     Pada suatu hari, kambing itu menemui tempat untuk bersendirian, dia menganggap tempat tersebut sesuai. Rupa-rupanya tempat tersebut adalah sebuah kandang yang boleh bergerak. Dia pun berfikir banyak, dan berkata
" Aku pilih ni, walaupun ada yang perlu aku korbankan. Walaupun terasa sakit, tetapi lagi sakit seandainya aku bebas di luar sana. Aku tidak layak untuk bermasyarakat. Aku ni malas untuk simpan harapan lagi, harapan agar suatu hari nanti akan hadir "something" untuk membuka dan membuang "mind set" bodoh ini".
Kambing ini tidak sedar sesuatu. sesuatu yang sangat penting dalam hidup bermasyarakat iaitu " TRUST YOURSELF" AND "DO NOT LET SOCIETY LET YOUR DREAM DIE"...

Kambing itu nak berharap agar, harapan itu boleh menggembirakannya...


       Akhirnya dia pun masuk ke dalam kandang itu. Disebabkan kandang itu boleh bergerak maka dia mempunyai banyak peluang untuk menerokai dunia yang jarang diterokai. Dari kandang itulah dia belajar erti sahabat, erti cinta, erti gembira, erti "curiosity", erti macam-macam lagi. Erti yang dia tidak dapat belajar daripada masyarakat sekelilingnya. Dari situlah dia mula untuk senyum puas pertama kalinya. Senyuman yang telah lama hilang dari wajahnya, senyuman yang mempunyai seribu satu rahsia yang hanya dirinya sahaja yang tahu.


   Tetapi itu semuanya tidak bertahan lama, akhirnya dia merasa bosan dengan cara hidupnya, dan mulalah dia membuka kandang terebut. Dia membuka kandang tersebut dan mencuba untuk bersosial kembali. Malangnya hatinya itu tidak dapat menerimanya. Setiap kali dia bersosial akan adanya perasaan takut, perasaan untuk berkurung dan masuk ke kandang semula, perasaan yang menyuruhnya untuk berkurung dan bersendirian. Dia pun mengambil keputusan terakhir....

 " Mungkin ini yang perlu aku buat. Aku pilih ni, aku pilih kandang ini yang mendatangkan kegembiraan, walaupun adakalanya aku terfikir bahawa kegembiraan ini palsu..tetapi aku ......."

Dia pun dengan gembiranya (mungkin) masuk semula kekandangnya dan bergerak ke seluruh dunia seorang diri. Dia tahu "something" yang selama ini dia tunggu adalah dirinya. Tiada siapa di dunia ini (mungkin) yang boleh menggembirakannya kecuali dirinya sahaja...


Konklusi dari cerita tersebut, semuanya terletak kepada anda untuk menafsirkannya kerana semuanya terletak kepada pengalaman yang anda lalui , pengalaman yang anda seorang sahaja faham walaupun anda cuba untuk menceritakannya kepada orang lain.

Bangun, marilah bangun, marilah lupakan semua yang boleh memudaratkan, fikirlah apa yang memudaratkan dan apa yang tidak memudaratkan. Ambillah langkah yang sesuai agar anda tidak menjadi seperti kambing di atas, yang asyik dengan fantasinya sahaja.. Fantasi yang membuatkan dia tersenyum kepalsuan.






















Ulasan

Catatan Popular