REALITI VS FANTASI

Andainya mimpi yang telah lama hilang, mengikuti kembali jejak yang berliku, walaupun dah terlupa akhirnya kembali kepada pemiliknya, walaupun jauh tetapi tetap tertemu, bagaikan hati yang kesunyian diliputi oleh kegelapan, sedang mencari jawapan yang diketahui, malangnya hati tetap malas untuk mencubanya. Hilangnya semangat kerana keraguan yang hadir oleh hati, walaupun ada "suara" yang memberi jawapan, tetapi akan ada masanya hilang disedut masa yang panjang. 
 

     Andainya manusia itu seperti zarah, adakah hidup ini adalah realiti? Adakah pertemuan yang memungkiri janji tetap dihadapi oleh seorang insan? Adakah pertemuan itu satu ujian untuk manusia belajar menjadi lebih matang disaat diri kepenatan oleh ujian lain? Adakah senyuman yang hadir itu adalah pilihan atau cubaan? Adakah senyuman itu melahirkan kesedihan di sebalik mata yang memandang walaupun tiada orang yang boleh mendengarinya ketika ia meraung memohon pertolongan dan perhatian? Adakah prinsip keseorangan itu telah sebati dalam dirimu sehingga orang lain hendak membuangnya membuat anda menangis kesedihan agar ia tidak ditanggalkan dalam hati yang telah lama mati? Adakah lagu yang dipasang ada kalanya jawapan untuk kesakitan dan kegembiraan yang dihadapi? Jawapan palsu yang menjadi harapan palsu, dikala fantasi terhasil maka lahirlah harapan yang boleh hilang disaat pemikiran kembali normal memandang realiti yang bakal menghancurkan jiwa yang tidak bersedia menghadapinya. Fantasi yang teruji oleh realiti sehingga dirimu itu kembali tidur kepada fantasi yang mendatangkan harapan dan juga kegembiraan yang indah walaupun ia adalah palsu.. 


       Masyarakat adakalanya boleh menjatuhkan individu sepertimu yang ingin lari dari realiti. tetapi adakalanya realiti itu seronok untk dihadapi, dan juga kadang-kadang sakit untuk dihadapi walaupun banyak yang telah dilakukan untuk menerimanya. Walaupun begitu, jangan terpengaruh oleh masyarakat yang penuh dengan hasad dengki, penuh dengan perasaan yang boleh menjatuhkanmu. Tetapi itu bukanlah bermakna harus lari daripada  masyarakat kerana pada suatu hari nanti akan lahirnya fantasi menjadi realiti walaupun ia bukan sama dalam fantasi tersebut. Fantasi yang membuatkan anda gembira, gembira ikhlas yang menggugurkan kecelaruan minda yang telah lama anda sembunyikan dari pengetahuan hatimu bukannya pengetahuan orang sekelilingmu. Sembunyikan dari pengetahuan hatimu, pengetahuan senyumanmu, pengetahuan dirimu, tetapi adakalanya mata tidak boleh tertipu disaat senyuman terukir di wajah.


      Semangat yang telah lama hilang bakal melahirkan semangat baru, semangat yang mengajar melihat dunia ini dari sudut yang berbeza. Kesabaran diperlukan untuk menunggunya, kerana kadang-kadang mata tidak terperasan sekiranya semangat itu melalui jalannya, oleh itu pandanglah ia melalui pandangan hati yang telah lama disembunyikan. Agar ia tidak pergi jauh meninggalkanmu. Layanlah realiti sama dengan fantasimu, adakalanya ada manusia disekeliling yang tidak mempunyai fantasi kerana dia sudah malas untuk melayan kepalsuan yang pernah meracuni perasaannya suatu ketika dahulu. Bagaikan lagu yang menjawab persoalan, yang menjawab kepalsuan yang dilahirkan oleh fantasi, maka sakitlah perasaan di saat pemikiran yang menguasai, oleh itu percayakan hati agar ia terima apa yang harus diterima, walaupun ia ........


       Konklusi, walaupun ia sukar untuk difahami, sebab untuk mengajar manusia, mengajar tentang erti terima. Ada kalanya ada benda yang harus diterima walaupun ia susah untuk difahami... Terimalah "benda" itu tanpa memahaminya walaupun ia bakal melahirkan hujan yang telah lama terperap di dalam awan yang indah. Kerana dari awan itulah boleh membuatkan senyuman kembali....... mungkin......




Ulasan

Catatan Popular