REALITI VS FANTASI VS VIRTUAL

Wahai realiti,
adakah dikau benarkan aku berlari meninggalkanmu?
Adakah dikau melarang aku menghadapimu?
Adakah badan ini yang tidak sanggup menghadapimu?
Adakah semua ini pengajaran, pengajaran mengenai hidup?
Adakah realiti ini mengajar dan membentuk personaliti seorang manusia?
Adakah dikau pergi meninggalkan aku disaat aku terjatuh di bawah sekali?
Adakah dikau membantu aku bangun?
Lihatlah manusia, manusia yang tertidur keranamu wahai realiti,
kerana engkau wahai realiti,
menyakitkan untuk dihadapi......

Wahai fantasi,
Adakah engkau akan mengambilku setelah realiti menyakitkan aku?
Atau adakah dikau juga seperti realiti yang suka memberi harapan palsu?
Tetapi, dikaulah fantasi yang banyak sekali memberi harapan palsu.
Adakah dikau membenci aku?
Membenci dengan diri ini yang banyak bergelumang dengan dosa?
Adakah dikau juga menyakitkan seperti realiti?
Sekiranya dikau tidak terima aku, bagaimana aku nak lari dan dimana?
Wahai fantasi, ajarlah aku untuk menerima realiti.
Ajarlah aku untuk terima realiti?
Boleh, wahai fantasi?

Wahai virtual,
Diakau pula bagaimana?
Disaat realiti menyakitkan dan disaat fantasi menipuku, aku memilihmu.
Dikau memberi harapan baru, harapan unutk teruskan hidup.
Tetapi disaat aku lebih mengenalmu, dikau pula yang menjauhkan diri dariku.
Disaat dikau mendekatkan diri kepadaku aku pula yang menjauhkan diri.
Mengapa susah untuk mempelajarimu?
Aku meminatimu, tetapi disaat aku berusaha untuk untuk mencintaimu, baru aku sedar, yang dikau ini amat susah untuk didapati.
Adakah dikau juga akan meninggalkanku?
Adakah dikau akan menghilangkan harapan yang baru hadir ini?
Bolehkah dikau memberi aku jawapan untuk semua persoalan ini?


By......The Hidden Eyes





Ulasan

Catatan Popular