Anime buatan dreamer japanese

Anime, anime merupakan tayangan berbentuk karton tetapi lagi hebat dari karton. Sekiranya berpandangan terbuka mungkin boleh dijadikan pengajaran dalam hidup. Anime mungkin sekadar impian oleh si pelukis, tetapi mungkin ada yang hendak ungkitkan kisah yang lalu atau kisah yang dia terlepas semasa zaman sekolahnya. Adakalanya anime ini membuatkan penulis tersedar akan tertinggalnya memori yang sepatutnya ada untuk seorang pelajar. Banyak perkara yang boleh menyentuh hati.

Kisah si dia yang tidur dalam ayunan anime:

     Pada hari ini, aku baru habis melayan K-ON musim kedua. Anime ini mengisahkan sebuah kelab muzik di sekolah menengah (15 tahun - 17 tahun). Dalam kisah ini, dikisahkan bagaimana Yui ingin melakukan sesuatu untuk hidupnya di zaman sekolah. Dia pun masuk kelab muzik walaupun dia langsung tidak pandai bermain muzik. Tetapi semuanya berubah apabila dia belajar gitar dan melakukan persembahan di pentas sekolah. Kisah ini bukannya sekadar kisah muzik tetapi kisah sahabat dan pelajar. Selepas menonton  kisah ini , aku tersedar kerana ada perasaan yang "miss" ketika sekolah dahulu. Nak tahu apa perasaan yang "miss" itu lihatlah kisah mereka.

   Hidup ini adakalanya menggembirakan dan adakalanya menyedihkan. Semua kisah manusia ada pengajaran kepada mereka yang hendak mengambil pelajaran. Melayan anime mengenai kisah hidup adakalanya diri ini menyesal kerana di zaman sekolah dahulu aku terlalu mengejar grade sehingga diri ini menjadi seperti ini (physco path). Tetapi seandainya difikirkan kembali adakah sekiranya aku tidak mengejar grade adakah aku seperti ini? Universiti yang aku lalui? Tetapi aku juga mempunyai kenangan sekolah menengah yang seronok. Tetapi kenapa setelah aku faham apa itu kawan aku rasa aku keseorangan?  Di universiti aku juga mempunyai kawan tetapi kenapa aku rasa keseorangan walaupun aku dikelilingi oleh mereka. Rasa sunyi sangat, sehinggalah aku berusaha unutk membiasakan diri berseorangan. Adakah hidup aku seperti ini? Adakah aku bermasalah? Aku dah terlau banyak menonton anime sehinggakan aku kadang-kadang tersenyum kepalsuan unutk kisah anime.

   Adakalanya aku juga suka bersendirian. Aku tidak suka untuk bersosial. Rasa bosan sangat untuk bersosial tetapi aku tetap berusaha untuk mengatasinya..

The End.


Begitu lah hidup. Adakah hidup dia telah terpengaruh dengan "illusion" dunia? Adakah hati dia berasa kosong kerana dosa yang terlalu banyak?  Bolehkah dia menjadi apa yang dia impikan? Kisah ini mungkin boleh menjadi pengajaran untuk orang lain.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ilmu untuk hari ini:

Bukti universe ini ada permulaan

Pengembangan universe.

Pengembangan universe ini telah ditemui oleh Edwin Hubble. Dia perhatikan red shift di sekitar universe.Perlu diingati bahawa apabila punca cahaya bergerak, frequency cahaya juga akan berubah. Redshift cahaya menunjukkan bintang bergerak jauh dari pemerhati.











Ulasan

Catatan Popular