ILMU

Wahai ilmu,
aku mencarimu,
dikau memberi harapan,
disaat harapanku hancur dengan realiti,
aku berusaha menguasaimu,
tetapi hati ini sukar,
sukar untuk memahamimu seluruhnya,
Wahai ilmu,
walau aku mengejarmu,
aku tidak akan biarkan harapan ini terlalu berbunga,
dikau menggembirakanku,
tetapi,
disaat aku mengejarmu,
hatiku selalu berdegup,
bagaikan orang yang telah jatuh cinta,
sebab itulah aku terus berusaha menguasaimu,
walaupin air mata mungkin bakal kembali lagi,
tetapi hati ini telah terbiasa,
dengan kesakitan yang terus menguasai,
kerana berharap sesuatu yang tidak patut berharap.
Wahai ilmu,
dikau beri harapan,
dikau membuatku berubah,
berubah untuk mencintaimu,
adakah dikau membenciku,
sehingga dikau mencuba,
manghancurkanku,
atau hati ini yang telah lama hancur?
Hancur sebelum dikau masuk?
Masuk ke hati yang hancur?
Hancur dengan bom hiroshima,
Mungkin,
Tatapi,
aku berusaha jernihkan hati ini,
agar dikau tidak terpantul,
disaat dikau memasukinya,
oleh itu,
marilah kita bekerjasama.
Ilmu,
aku mencarimu,
untuk mencari apa yang perlu dicari.
Sekian cerita yang telah tercerita.











Ulasan

Catatan Popular