Kisah pencerita

Pernah tak dengar cerita perlumbaan si arnab dan si kura-kura.

"Pernah-pernah. Kenapa"

Dalam cerita tu si arnab tertidur dan akhirnya si kura-kura yang menang. Ada pengajaran dalam kisah tersebut. Contohnya, sebijak manapun kita, kita tidak akan berjaya tanpa berusaha. Ya betul, ada manusia yang berjaya tanpa mengeluarkan peluh yang banyak, tetapi kita mesti lihat apa pengalaman yang membuatkan dia menjadi seperti itu. Setiap manusia ada battle yang dia
hadapi dan biasanya dia akan sembunyikan battle dia yang sebenarnya, tetapi mungkin dia akan menceritakannya kepada kawan yang dia percayai. Teringat pula ayat ni, ayat ni aku baca masa jawap quiz math masa asasi dulu, ayat tu macam ni

"usaha itu tangga kejayaan, tetapi yang membezakan kita dengan orang lain ialah jenis usaha yang kita lakukan"

Ayat ni sekiranya difikirkan berdasarkan persekitaran dan juga pengalaman akan menghasilkan pelbagai makna yang hanya si badan sahaja yang ketahuinya. Seandainya diceritakan mungkin berbeza dengan kefahaman dengan orang lain dan mungkin boleh
terjadinya penyebaran hatred. Usaha, apa jenis usaha yang kau lakukan sekarang. Kita berbeza dengan manusia disekeliling, oleh itu perkara pertama sekali kita harus ketahui apa yang kita nak di dunia ini..

Sambung cerita si arnab dan si kura-kura. Pernah terfikir tak atau pun terbaca,[TIDAK] apa akan terjadi seandainya si arnab tidak tertidur dalam perlumbaan tersebut, si kura-kura juga pasti akan kalah. Biarpun perlumbaan itu diulang 100 kali si arnab pasti akan menang. Akhirnya si kura-kura berkata mari kita berlumba di DALAM air.Rasanya siapa menang. Ada pengajaran tak? Inilah hidup kita, asyiknya hendak ikut orang lain sahaja. Cari apa yang sesuai untuk anda, bukannya perlumbaan dalam sistem akedemik sahaja. Tetapi bagaimana pula seandainya cita-cita saya hendak menjadi doktor?Bukankah akedemik penting?

Belajarlah.....belajar bersungguh-sungguh. Seandainya tidak boleh maka fikirkan kembali adakah kita betul-betul hendak mengejar impian itu atau impian itu sekadar tulisan di lembaian kertas.

Hidup ini hanya sekejap, buat apa yang mendatangkan kegembiraan kepada hati bukannya mendatangkan rasa hebat di hati. Bercita-cita berdasarkan di dalam hati, bukan bercita-cita berdasarkan nak kalahkan seseorang. Janganlah terpengaruh oleh sekeliling, lihatlah sekeliling, manusia  berlumba-lumba jadi hebat. Biarlah itu lumrah seorang manusia. Tetapi, biasanya akan ada manusia yang berbeza dengan orang lain, dia tidak suka apa yang manusia lain suka.Misalnya Albert Einstain (salah ejak, hahaha). Berdasarkan buku yang aku baca dia tidak seperti orang lain yang suka akan harta dan kuasa.  ini ayat dia .....(buku hyperspace karangan Michio Kaku)

"Einstein was a man who rejected the things most men chase after, such as power and money. However, he once noted pessimistically, "By the mere existence of his stomach, everyone is condemned
to participate in that chase"".

Teringat pula ada sebuah cerita .
Ada seekor kancil di depan sebuah kelas, dan dalam kelas tersebut ada monyet, ikan ketam, siput,harimau dan singa. Kancil itu berkata,

"Ok, hari ni kita akan adakan ujian kepandaian. Siapa yang lulus ujian ini akan diberi gelaran genius dan siapa yang gagal akan gagal selama-lamanya.Ujiannya adalah siapa terpantas memanjat pokok.

Hahaha. agak-agaknya siapa yang menang. Ikan mungkin mengangkap dirinya bodoh selamanya-lamanya.
(cerita ini diubah oleh penulis dan cerita ini sebenarnya gambar kat facebook ,,, hehehe)

Inilah hidup kita. Pendidikan. Ya, inilah jalan yang paling mudah nak berjaya. Orang bijak akan dapat lanjutkan pelajaran dan yang kurang bijak @ bodoh akan sangkut (keluar sekolah). Konklusinya,
jadi pandai, baca dan terus baca. Brain block. Mungkin. Bill gate .. Orang ni beruntung kerana dari awal usianya dia lebih pandai daripada sistem pendidikan, dan dia juga telah ketahui awal apa perkara dan bidang yang dia suka. Akhirnya dia drop out dari university Harvad (gempak universiti ni). Akhirnya jadilah dia
yang sekarang ini. Ada video di youtube. Video tu adalah majlis konvo untuk mahasiswa dan mahasiswi (ceh ayat)
Harvad (salah eja eh? ah biarlah!!!)
Aku type sikit saja (carilah kat youtube). Ini ayat dia (ada ubah sikit kut)

"Aku ni bad influence. Sebab itulah aku dijemput berucap semasa hari konvo korang. Bayangkan sekiranya aku dijemput masa hari taaruf korang. rasa-rasanya berapa ramai yang ada pada hari ini. Hehehe"


Begitu juga kisah Steve Job, semasa dia memasuki college (college kut, cari lah kat youtube, dia ada berucap
kaaaaaaat,,, tak tau lah kat mana!!!), dia rasa college tersebut langsung tidak memberi jawapan untuk apa dia hidup.
Akhirnya dia drop out juga.

Apa yang kau nak buat? Tanya diri kau (anda). nak duit, power, popularity, tak salah asalkan buat yang terbaik untuk manusia di dunia ini, jangan lah buat perkara yang boleh merosakkan dunia. Dan janganlah pandang orang lain kerana mereka berbeda pendapat mengenai erti "kejayaan". Setiap manusia ada erti kejayaan masing-masing.

Good luck, apa??? Tak nak kerja, tapi nak duit....!!!!!! Jadi kau nak buat apa? "Buat apa yang aku suka."
Apa ? "Adalah, anonymous thinking, hehehe..." Usaha tangga kejayaan, walaupun kau tidak pasti apa usaha ini
akan membawa kau (bawa kau ke mana, faham).. Usaha usaha dan usaha. Jangan fed up dan give up, usaha dan terus
usaha....

Ada masa lapang aku type ni lah ayat Steve job(ucapan dia)

I am honor to be with you today at your commencement from one of the finest universities in the world. Truth
be told, I never graduated from college, this is the closest i've ever gotten to a college graduation.
Today I want to tell you three stories from my life. That's it. No big deal. Just three stories. The first stories
about connecting the dots. I dropped out of Reed College after the first 6 months, but the stayed around as a drop-in
for another 18 months or so before a really quit. So why did I drop out? It started before I was born. My biological
mother was a young, unwed college graduate student, and she decided to put me up for adoption. She felt very strongly
that i should be adopted by college graduates, so everything was all set for me to be adopted at birth by a
lawyer and his wife. Except that when i popped out they decided at the last minute that they really wanted
a girl. So my parents, ......



Ah, malas nak taip, cari kat youtube ( taip ni(ada ejaan salah...ah pandai pandailah) Stay hungry... stat foolish.
Amazing Steve Jobs Speech at Stanford with english subtitles)..


Tetapi, hidup ini janganlah asyik nak copy paste sahaja, kalau nak copy paste pun ada juga ikutan yang boleh diikuti
terutamanya yang mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat ( sunnah Nabi)













 

Ulasan

Catatan Popular