Makna

Berjaya, perkataan ini banyak mempengaruhi manusia sehingga berlumba-lumba untuk mencapainya. Tetapi ada kalanya ayat ini boleh membuatkan seseorang itu menangis kerana harapan yang tidak dapat dicapai. Ayat ini boleh menyebabkan seseorang insan mengejarnya sehingga terlupa harapan yang dicari, harapan yang dibina semasa zaman kecil dahulu. Mengapa ayat ini boleh mengawal manusia?

    Berjaya, ayat ini membawa erti tersendiri dan berbeza-beza mengikut pandangan dan pengalaman seseorang. Apakah erti berjaya bagimu? Adakah duit? Gembira? Bahagia? Kawan? Populariti? Untungnya seandaninya boleh mencapai semuanya... Tetapi ingat manusia itu tidaklah sempurna. Ada manusia yang tidak akan dapat semuanya. Keseorangan walaupun dikelilingi oleh orang lain? Kenapa? Teringat pula ayat, ayat yang membuatkan minda ini terfikir faktanya...Ayat tersebut tertulis begini...

"Dunia ini kelihatan tidak adil, kerana manusia yang membuatkan dunia ini kelihatan tidak adil. Sebab itulah manusia berlumba-lumba untuk hebat, popular, berharta, cantik , hensem untuk kurangkan jurang tersebut."

    Tetapi ayat ini ada tertinggal sesuatu. Bukan semua manusia mengejar benda tersebut. Ada manusia yang ingin lari dan pergi berjalan kearah lain. Tetapi bolehkah aku mengikuti langkah tersebut?  Teringat impian.
Tanya hati? Bolehkah diri lalui jalan yang jarang dilalui oleh manusia lain.? Manusia mempunyai pelbagai pendapat mengenai perjalan hidup. Oleh itu, marilah kita pilih berdasarkan hati nurani kita yang membolehkan kita tertawa di hujung sana..

     Anime, bagai brainwash minda yang telah dibrainwashkan. Anime membuatkan akal berbicara kepada hati setelah lama bermusuhan. Akal ingin menguasai hati tetapi hati kadang kala sakit. Hati ingin menguasai minda tetapi kadang kala hati yang tersakiti, bukan minda yang sakit. Kenapa? Berbezanya pendapat bukan bermakna hati menjadi jahat dan akal berbicara untuk membuatkan mulut  terbuka mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya terkeluar.

    Anime K-ON musim pertama - anime ini memberi perasaan yang telah lama terlupa. Cerita ini membangkitkan personaliti yang berbeda-beda tetapi boleh bersama dalam satu band. Ketika melayan anime ini tiba-tiba terfikir sesuatu...

Adakah habat itu berlainan untuk setiap individu? Gembira di saat zaman sekolah. adakah akan gembira di hujung sekolah? Atau pun manusia ini terlalu mengikut konsep yang telah disetkaN kepada minda masyarakat?
Remember : Do not let society tell you what success is. Ikut apa yang benar tinggalkan jika boleh jatuhkan dirimu."
Try layan episode 09.

   Semua manusia ada pendirian untuk konsep berjaya? Dan adakalanya konsep berjaya ini berlainan perasaan untuk individu tertertu. Tetapi janganlah memandang remeh orang lain, kerana pengalaman yang dilalui membuatkan dia ertikan konsep berjaya itu berlainan. Marilah menjadi hebat unutk diri sendiri. Tetapi bagaimana sekiranya tidak boleh? Usaha tetapi tidak terbalas? Jawapannya : TRUST ALLAH AND TRUST YOURSELF. NO PAIN NO GAIN. GOOD LUCK AND BE HAPPY.











Ulasan

Catatan Popular