Salam perantauan kepada semua manusia yang sedang merantau sama ada dalam dunia realiti, fantasi mahupun virtual.

     Sibukkan diri melawan diri sendiri. Manusia itu adakalanya kelihatan tidak sibuk, dia asyik tidur dan terus tidur umpama mereka yang lupakan dunia yang kita tempuhi. Seandainya dia dipersoalkan dia akan mengatakan bahawa dia sibuk, sedangkan dalam pemerhatian, dia bukanlah orang yang sibuk. Mungkin, dalam mata kita dia kelihatan seperti orang yang malas. Umpama tiada tujuan hidup. Tetapi, tahukah bahawa dia juga boleh sibuk melawan dirinya sendiri. Mungkin juga dia  malas untuk tunjukkan kepada orang lain, sebab itulah dia selalu tidur, bagaikan orang yang sedang mencari tujuan hidup.

     Ada manusia yang cuba lari daripada masyarakat. Kenapa? Kenapa mereka membenci masyarakat? Adakah kerana masyarakat itu selalu menghukum seseorang individu tanpa mereka memahami kisah mereka? Atau adakah kerana masyarakat itu yang menjauhkan seseorang individu itu dari impiannya? Kehidupan yang penuh dengan kritikan ada kalanya boleh jatuhkan seseorang, tetapi perlu diingat adakalanya kritikan boleh menyebabkan seseorang menjadi hebat.  Teletak kepada setiap individu sama ada dia boleh menerima kritikan itu secara positif atau secara negatif.

       Pengalaman yang dilalui oleh manusia boleh menyebabkan mereka membenci  apa yang mereka pernah suka. Pengalamanlah yang mengajar manusia menjadi matang. Tetapi seorang ahli falsafah pernah berkata bahawa idea itu lebih hebat daripada pengalaman. Pengetahuan yang dicapai dengan berpikir lebih tinggi
nilainya dari pengetahuan yang diperoleh dengan pengalaman.(Plato). Ada manusia yang belajar dari berfikir, dan ada juga manusia yang belajar dari pengalaman. Bagaimana mereka yang tidak boleh belajar dari kedua cara tersebut?

Mustahil ada manusia seperti itu. Kerana manusia harus belajar untuk memajukan diri dan juga untuk mencapai apa yang dihajatinya...

     Melihat mereka yang bergembira dengan apa yang mereka hadapi sama ada kegembiraan  itu mungkin mustahil untuk manusia lain mencapainya, membuatkan fikiran terbayang  bahawa manusia itu harus menghargai dirinya sendiri. Setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing, mungkin kelebihan itu belum muncul lagi. Overthinking ada kalanya boleh mendatangkan kebaikan sekiranya kita bergaul/bertanding dengan mereka yang berfikiran seperti itu, tetapi seandainya hanya dengan manusia yang berfikiran tidak overthinking maka overthinking itu boleh mendatangkan keburukan. Oleh itu janganlah terlalu overthinking kerana fikiran seperti itu hanya menimbulkan masalah yang tercipta oleh fikiran sendiri.









Ulasan

Catatan Popular