sambungan untuk perkara yang perlu disambung

Pemikiran, pemikiran boleh menyebabkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Ada juga kerana hendak menjadi hebat manusia salah guna kelebihan pemikiran mereka. Ada juga mereka
yang gunakan pemikiran mereka untuk jatuhkan orang lain atau untuk menguasai pemikiran manusia yang lain. Sebagai permulaan, minda ini boleh digunakan agar pemikiran ini tidak dipengaruhi
oleh oran lain. Tetapi benarkah pemikiran kau tidak dipengaruhi oleh orang lain?

   Adakah pemikiran kau tidak dipengaruhi oleh pemikiran orang lain? Pemikiran yang memalsukan realiti dan menaikkan fantasi? Adakah pemikiran kau dipengaruhi oleh anime yang kau suka layan? Atau pemikiran kau dipengaruhi oleh orang diseliling kau? Atau internet yang mengatakan kebebasan maklumat? Adakah petunjuk
yang mengatakan dikau telah dipengaruhi dengan illusion dunia? Apakah yang telah mengganggu pemikiran kau?
Allah jadikan manusia itu untuk menjadi hamba Allah dan juga khalifah Nya. Tetapi kau tahu apa itu
khalifahNya. Adakah kau hendak tahu, apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi khalifah di dunia
ini? Tidak semestinya kau perlu menjadi perdana menteri, tetapi mulakanlah dari diri anda untuk menjadi
pemimpin kepada diri sendiri.

  Adakah perasaan kau ini salah? Kau nak cari jawapannya tetapi tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Adakah diri kau telah berputus asa? Tidak, kau akan usahakan walaupun kau tidak tahu
apa yang akan terjadi dengan usaha ini. Kau tidak tahu apa jawapan untuk penulisan ini. Kau tidak tahu apa jawapan untuk anime ini? Kau tidak tahu apa jawapan untuk perasaan yang kau terlepas dahulu di zaman sekolahmu. Adakah kau perlu mencarinya. Usaha itu adalah tangga kejayaan tetapi apa yang perlu diusahakan. Adakah kau merasa kosong, penat, lelah dengan usahamu? Apa yang perlu dilakukan.
Adakah kau mahu tahu jawapannya dengan semua perasaan yang pelik ini. Adakah aku perlu tinggalkan perasaan ini? Kau perlukan sesuatu untuk berhenti dengan pemikiran dan perasaan ini? Apabila kau telah mula melayan pemikiran dengan membaca buku yang melayan pemikiran tetapi anime pula telah mula menguasai perasaan mu. Tetapi yang hairannya perasaan itu bukanlah perasaan cinta tetapi perasaan menyesal kerana kau abaikan perasaan itu ketika kau masih kecil lagi.

Kau hendak beritahu atau meminta nasihat kawan kau, tetapi malangnya kawan kau semua sibuk dengan urusan masing-masing
sehingga kau pun malas untuk ceritakan kepada mereka. Seandainya kau ceritakan mereka salah erti, salah jawap malah ada yang langsung tidak kisah. Ya, kau faham mereka sibuk, tetapi kenapa sekiranya mereka ada masalah mereka mencari kau, mereka menceritakan dan kau pula mendengar. Walaupun kau tidak menyelesaikan masalah mereka tetapi kau memberi perhatian. Malah kau tahu apa masalah mereka. Tetapi kau tahu yang kau tidak suka menceritakan kisah kau, masalah kau kepada orang lain, kerana kau tahu tidak ada sesiapapun yang boleh menyelesaikan masalah itu.
Adakah aku perlu tinggalkan anime? Adakah aku perlu menutup pemikiran ini, perasaan ini? Tetapi adakalanya kau rindu
dengan perasaan ini. Perasaan ini boleh menaikkan semangat kau walaupun semangat itu sekadar palsu. Tetapi bolehkah kau
jadikan semangat itu bukan palsu.

Selepas banyak melayan anime, kenapa hati kau telah suka dengan sistem pendidikan jepun? Adakah kau suka
dengan cara mereka mendidik anak mereka dengan sistem pendidikan yang seronok? Adakah kau tidak suka dengan
sistem pendidikan malaysia ini? Sebenarnya itu salah kau kerana terlalu cintakan grade mu. Tetapi sekarang kau telah membencinya.
Adakah kau yakin dengan membencinya kau akan mendapatkan apa yang tertinggal pada zaman yang hilang itu?

"aku tidak kisah sudah dengan semua itu yang penting aku dapat laksanakn apa yang aku impikan."
Adakah aku perlu tinggalkan anime ini? Tetapi apa yang harus aku lakukan. Aku suka melayan anime kerana kadang-kadang
boleh membuka mata dan hati ."

Tidak salah melayan anime asalkan tidak mempengaruhi tanggungjawap kau di dunia ini. Betulkah kau tidak dipengaruhi
oleh anime tersebut? Adakah kau punya masa tidak menjadi sia-sia? Tetapi apa yang perlu dibuat seandainya kau
tinggalkan anime tersebut? Belajar? Tetapi adakah perlu belajar 24 jam? Adakah aku perlu memegang buku tersebut 24 jam? "Tidak.
Aku tahu apa yang aku buat." Adakah kau yakin. " YA, aku mempelajari sesuatu ketika melayan anime. Aku akan cuba untuk applykanya dalam
hidup aku.". Tetapi bagaimana pula dengan perasaan kau yang pelik ini?"Jangan risau, ia akan hilang juga". Ya betul ia akan hilang
tetapi ia akan muncul semula apabila kau melayan anime yang membuatkan kau terfikir dan terfikir. "Aku, akan usahakan untuk senyum."
Walau terpaksa?."Ya."

Bagaimana pula dengan buku yang kau baca. Buku yang banyak itu. Adakah kau mendapat sesuatu? "Ya, ada aku dapat biarpun tidaklah sebanyak muka surat buku itu. Aku baca kerana aku suka. Bukan kerana nak jadi hebat, nak duit, nak kuasa. Aku hanya perlukan duit untuk capai impianku". Oh, kalau begitu aku akan berhenti menyoalmu dengan hal bodoh ini. "Ok. terima kasih."

Adakah kau boleh berjaya dengan sikap mu ini? "Sikap apa?". Sikap mu yang tidak suka bersosial, tidak suka bekerja berkumpulan. Dan suka berhayal."ya, aku yakin kerana aku suka bersendirian dan buat sesuatu yang aku suka." Kau yakinkah apa yang kau buat itu boleh membuatmu menjadi hebat?."Aku ulangi lagi, aku buat benda ini kerana aku suka. Bukan untuk menjadi hebat. Aku belajar komputer kerana aku suka. Aku belajar fizik kerana aku suka. Mungkin suatu hari nanti aku menyesal tetapi aku dah biasa dengan semua itu, aku akan buat apa yang aku suka bersendirian." Betulkah kau buat itu bukan kerana hendak menjadi hebat?"Ya. aku akui adakalanya aku hendak menjadihebat, tetapi pengalaman aku mengajar aku agar buat apa yang aku suka.Aku tak nak menjadi hebat kerana untuk mendapat pujian orang lain.
Semua manusia itu hebat tetapi kehebatan mereka berbeza-beza."

"Ada persoalan lagi".....

Ulasan

Catatan Popular