Cerita sang pencerita

Ada sebuah cerita, cerita mengenai hyperspace....sekadar cerita

     Di suatu ketika dahulu bagaimana manusia boleh mengetahui bahawa dunia ini berbentuk bulat(sphere). Sekiranya kita melihat dari pemandangan mata setiap hari boleh dikatakan bahawa bumi ini rata. Tetapi ada juga peristiwa dimana kita boleh lihat seandainya bumi ini berbentuk sphere. Misalnya adalah dalam pelayaran di lautan. Seandainya kita melihat kapal dari jauh maka ia semacam-macam muncul secara tiba-tiba(abaikan benda ni). Bagaimanakah suatu ketika dahulu manusia katakan bahawa bumi ini berbentuk  sphere. Ketika ini kita dengan mudah mengatakan bahawa bumi ini sphere.  Kita hanya perlu menghantar kapal angkasa untuk mengambil keadaan bumi ini.  

     Sekarang ini ahli fizik telah mengatakan bahawa ada dimensi lain selain dimensi kita ini. Mereka katakan bahawa ada 10 dimensi. 4 dimensi adalah dimensi kita iaitu 3 dimensi space (tinggi, lebar, panjang) dan satu dimensi masa.  6 dimensi yang lain mereka katakan ia begitu kecil sehingga sukar untuk dikaji (saiz nya adalah plank length). Mereka katakan bahawa  untuk menggabungkan empat daya (graviti, eletromagnetism, daya nuclear (strong and weak)) mereka perlukan dimensi sekurang-kurangnya 10 dimensi. Sejak zaman Albert Einstein lagi mereka sedaya upaya untuk menggabungkan empat daya tersebut, tetapi kebayakan teori yang mereka keluarkan tidak dapat diuji melalui experiment. Ini kerana mereka perlukan energy yang sangat tinggi untuk "membuka" dimensi yang manusia tidak boleh lihat.

     Bagaimana daya ini boleh digabungkan melalui penambahan dimensi?  Kita boleh melihat bahawa bumi ini berbentuk sphere apabila kita naik ke atas (melalui kapal angkasa).  Kita tidak ketahui bahawa dunia ini sphere sekiranya kita melihat dunia ini sekadar "2 dimensi". Sebab itu lah manusia perlu tambah dimensi (naik atas) agar manusia boleh melihat dengan jelas bahawa dunia ini sememangnya berbentuk sphere. Tetapi ada manusia katakan bahawa bumi ini berbentuk sphere hanya kerana mata manusia hanya mampu melihat 3 dimensi (manusia  dikatakan bahawa hanya boleh melihat tidak melebihi tiga dimensi). Seandainya manusia mampu melihat 4 dimensi space maka bumi ini kemungkinan tidak kelihatan sphere. Betulkah?  Ahli fizik juga katakan bahawa manusia tidak boleh membayangkan sesuatu objek yang ada empat dimensi
space. Ia bagaikan, mereka yang tinggal di 2 dimensi space membayangkan bagaimana bentuk sesuatu objek yang terletak di 3 dimensi dan mempunyai 3 dimensi space( sekiranya sesuatu objek terletak di tiga dimensi maka objek tersebut ada tiga dimensi atau dua dimensi atau juga satu dimensi).

      Boleh dijadikan cerita, Si bulat yang tinggal di 2 dimensi hanya boleh melihat objek dua dimensi sahaja. Dunia ini dinamakan dunia flatland .Dalam dunia Flatland hanya ada kiri,kanan, depan dan belakang. Dunianya tiada perkataan atas dan bawa.  Bayangkan suatu masa ada sesuatu yang menarik Si Bulat ke atas iaitu ke tiga dimensi. Maka dia tidak akan jelas melihat objek yang berdemensi tiga.  Si Bulat hanya mampu melihat apa yang berbentuk dua dimensi di dunia tiga dimensi. Dia hanya boleh melihat segi empat tepat tetapi tidak boleh melihat cube(dengan jelas), dia hanya boleh melihat garisan tetapi tidak boleh melihat silender(denganjelas).  Dan apabila objek  yang tinggal di 3 dimensi melihat si bulat, maka objek tiga dimensi boleh melihat si bulat dengan jelas kerana tiga dimensi objek boleh melihat dua dan satu dimensi objek dengan jelas. Bayangkan sekiranya objek tiga dimensi masuk ke dua dimensi(flatland), apakah bentuk yang bakal dilihat oleh mereka yang tinggal di dua dimensi? Mereka yang tinggal di Flatland tidak akan dapat melihat bentuk sebenar objek yang datang dari tiga dimensi.

     Bayangkan sekiranya Flatland ini seperti kertas (si bulat yang tinggal di kertas), apabila kertas itu direnyuk, maka setelah kertas itu dibalikkan kepada keadaan asal maka si bulat apabila bergerak akan ada rasa seperti "sesuatu" dalam menghadapi pergerakannya di dunia flatland. Dan mungkin "sesuatu" itulah yang dinamakan "daya". Si bulat mungkin boleh bergerak seperti dia bergerak dengan kertas yang elok, tetapi perbezaannya adakah ketara kerana si bulat tidak akan dapat merasa "daya" tersebut sekiranya dia berjalan "di" kertas yang baik keadaannya.

     Bayangkan juga seandainya cube(tiga dimensi) disuluhkan, maka bayang-bayangnya adalah segi empat tepat. Maka, seandainya hypercube di 4 dimensi disuluhkan maka bayang-bayangnya adalah cube di tiga dimensi. Harus ketahui perbezaan antara Forth dimension dan four dimension. Apa berbezaan antara third dimension dan juga three dimension?

     Bayangkan sekiranya cube (di dunia 3 dimensi) itu dipecahkan maka ada 6 segi empat tepat(boleh dilihat di dunia 2 dimensi). Seandainya hypercube(di dunia empat dimensi) itu dipecahkan maka ada berapa cube di dunia tiga dimensi ?
    
      Adakah dimensi yang dikatakan oleh ahli fizik ini berbeza dengan dimensi dimana jin dan syaitan tinggal (dalam ajaran Islam)? Adakah apa yang mereka faham sebenarnya bukanlah dimensi dimana jin tinggal, dimensi itu sekadar ayat sahaja.? Atau seandainya dimensi itu adalah berbeda saiz, adakah tempat dimana
jin tinggal dan manusia tinggal adalah sama cuma sekadar berlainan dimensi? Apakah ada sesuatu teknologi yang boleh membuka pintu untuk masuk ke dimensi tersebut? Dan seandainya dimensi yang difahami oleh ahli fizik adalah berbeza dengan dimensi yang dimana jin tinggal maka dimana dimensi tersebut?
Adakah empat daya tidak boleh disatukan tanpa sebarang penambahan dimensi?  Apakah sebenarnya empat dimensi ini? Apakah sebenarnya makna hyperspace ini?

     _____________________________________________________________________________________________________________________________________
    
     Wujudkah sesuatu yang bergerak lebih laju dari kelajuan cahaya?  Adakah betul yang dikatakan Albert Einstein bahawa tiada di dunia ini yang boleh kalahkan kelajuan cahaya? 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

Ulasan

Catatan Popular