Cerita si fantasia
Hari yang berlalu, berlalu dengan kegembiraan walaupun ada
kalanya kesedihan melambai datang. Indahnya ketawa yang ikhlas, tetapi lebih
indah seandainya kegembiraan itu boleh dikongsikan dengan orang lain.
Manusia ada
tujuannya, tujuannya untuk mendapat apa yang diharapkan. Harapan yang selalu
berbuak-buak dalam sanubari sehinggakan ada kalanya lupa dengan realiti . Setelah insan telah jatuh, barulah dia mula
untuk mengejar impiannya, tetapi disaat dia gembira, dia hampir terlupa
impiannya. Kenapa? Adakah dia takut usahanya sia-sia belaka? Adakah dia kurang
yakin akan usahanya? Atau dia takut berusaha kerana takut usaha itu sia-sia?
Adakah salah untuk gembira di saat impian belum dicapai?
Fikiran yang
dirasa lambat sangat tersedar akan indahnya minda disaat semua dunia memaling
mukanya ke arah tempat lain disaat dikau jatuh. Adakah manusia itu memandang
manusia seperti manusia ataupun mereka memandang manusia itu seperti catur?
Tetapi insan itu tidak boleh hidup seandainya sistem hari ini pupus, benarkah?
Teknologi semakin berkembang, malangnya kebodohan manusia juga seperti
berkembang. Inikah yang dikatakan seseorang bahawa disaat teknologi kalahkan manusia maka
lahirlah generasi manusia bodoh, benarkah?
Indah
pemandangan disaat berjalan-jalan, jalan tanpa memikirkan masalah yang biasa
manusia fikirkan. Indah mengambil gambar untuk dijadikan bukti kepada hati
bahawa semua nya telah dicapai dengan jayanya. Harapan yang bakal terlaksana
walaupun banyak dugaannya. Walaupun disaat hati sendiri, tetapi kenapa lebih
seronok kerana ada keluarga yang menemani. Adakah kau telah menjadi leader of
anti-social. Ingat akan ada masyarakat yang kaki komen bakal menggunakan
fikirannya untuk menjatuhkan kau atau akan membenci kau…
Seandainya zarah
itu boleh dilihat, adakah zarah itu seperti zarah yang kita bayangkan atau
adakah zarah itu berbeza dengan bayangan yang terbayang-bayang disaat perkataan
zarah disebut? Kelajuan cahaya yang
dikatakan tiada apa-apa yang boleh mengalahkan kelajuannya. Apakah akan terjadi
seandainya suatu hari nanti teori itu boleh digagalkan..? Adakah teori itu
boleh dinaikkan tarafnya lagi agar ia bakal bersesuaian dengan experiment yang
dijalankan.?
Cerita sekadar
cerita yang membosankan fikiran …pembaca. Cerita yang teringin kekalkan
originalnya oleh minda….Mungkin bukan semuanya.
Ulasan
Catat Ulasan