Cerita si pencari fantasia:

Cerita dimulakan dengan perkara baru yang dijumpai disaat fantasia memberi sinar harapan yang mungkin hanya sementara tetapi bukankah lebih bagus seandainya dihargai walaupun sebentar.

            Berfikirlah seperti belon yang berisi helium. Belon helium yang sentiasa berlawan dengan graviti bumi, terbang ke atas walaupun berseorangan. Biarpun dia bersendirian tetapi dia seronok kerana dia berlainan dengan semua benda yang  hanya selalu mengikuti graviti. Walaupun dia berlainan dengan benda lain, tidak semestinya dia lebih hebat dari benda tersebut tetapi dia dah dijadikan seperti itu. Biarpun dia tidak menjadi hebat dan biarlah dia kesunyian di atas graviti, dan dia juga terlepas dengan senyuman seperti senyuman benda yang mengikuti graviti, tetapi dia boleh melihat kegembiraan benda lain walaupun tiada orang menyedari dia ……. Seronok kerana dia melihat benda lain seronok….. Jadilah seperti belon yang terbang bebas di udara walaupun bersendirian tetapi ada kalanya dia akan berjumpa dengan benda sepertinya yang tebang tanpa ditemani……Jadilah seperti belon yang berisi gas helium….


          Adakah kegembiraan yang datang  boleh menghilangkan usaha untuk menjadi apa yang diimpikan? Adakah kegembiraan yang sementara boleh menghilangkan harapan dan juga impian yang sedang diusahakan sementara kegembiraan itu tiba-tiba muncul?  

Ulasan

Catatan Popular