Cerita si pencari fantasia
Sekadar cerita, cerita yang bermain dan mungkin terjadi.
Cerita yang memberi harapan walaupun sementara , harapan yang dicari di mana
sahaja., harapan yang bakal mengalahkan virtual dan fantasia yang dijadikan realiti
agar harapan tetap kekal… Tidak pun boleh bertahan lama mengalahkan empty space
yang bertukar menjadi black hole. Dan lebih malang lagi dark energy yang wujud
antara space memungkinkan semua itu sekadar fantasia yang harus dilupakan tidak
pun harus “terpaksa” dilupakan. Bolehkah dark energy itu ditukarkan kepada
energy yang mendatangkan harapan kepada space hati atau bolehkah dark matter
yang wujud di ruang space dan time digunakan untuk free energy kepada hati yang
telah lama mencari fantasia dan berusaha untuk jadikan fantasia itu menjadi
realiti…?
Harapan yang
dianggap telah ditemui, mengapa ia hanya wujud sementara sahaja? Kenapa ia akan
hilang disaat persekitaran yang hanya kau seorang sahaja wujud? Adakah ini
bermakna kau tidak boleh dikelilingi dengan black hole yang menyerap semua
cahaya society? Semua harapan ini takut
hampir pupus di mamah jatuhnya meteor yang dikatakan telah menghancurkan
tamadun dinosaur ? Harapan yang ingin dilupakan kerana ia hanya harapan palsu
yang boleh membawakan kegembiraan sementara tetapi di saat realiti disedari
semuanya harapan itu menjadi parasit hati . Malang sekali parasit itu menjadi
backdoor kepada karakter yang membolehkan masyarakat membenci sistem badan
tersebut…Dan akhir sekali parasit tersebut yang bertindak seperti virus Trojan
bakal menyebabkan semua isi hati akan diketahui orang lain keran virus Trojan tersebut
mengintip semua pergerakan hati dan juga minda.. Tetapi lebih ditakuti bahawa
parasit itu berkemungkinan adalah rootkit yang dapat membohongi sistem hati
agar terus terjunam kepada lembah black hole.
Adakah lembah black hole tersebut
mempunyai wormhole yang membolehkan parasit tersebut bertukar kepada teori yang
bakal menggembirakan hati yang sedang mencari theory of everything ke atas
sistem immune badan agar membolehkan juga senyuman palsu itu digantikan dengan
senyuman kegembiraan?
Ilmu yang
dicari memberi sinar baru agar terus berusaha tetapi kau banyak melakukan black
matter yang menyebabkan hatimu gagal
berfungsi. Kau memang jahat tetapi perbezaan kau dengan orang jahat lain adalah
kau tidak berputus asa untuk mencari theory of everything yang ingin diketahui
oleh ahli fizik badanmu. Minda dirasakan kosong dan hati yang dirasakan kecewa
kerana disaat ini semuanya kosong kerana pencapaian yang kau rasakan sekarang
tidak memberi jawapan kepada umur kau
yang semakin hari menjadi tua. Kenapa semua ini dirasakan? Adakah ada manusia
lain di luar sana seperti kau yang seperti antivirus mencari virus di sistem
computer agar sistem tersebut dapat dijaga? Tetapi apa gunanya antivirus sekiranya
sistem komputer tersebut tidak di update ? Tetapi sekiranya sistem komputer
tersebut di update, pasti ada di luar sana yang sentiasa mencari kelemahan yang
hampir mustahil si white hat hacker mencarinya., kerana mungkin topi hitam yang
dipakai oleh hacker di luar sana sama warnanya dengan hole misteri yang
tersembunyi di sebalik canggihnya teknologi.
Semua yang dicari
pada zaman muda boleh digabungkan untuk
memberi kepuasan hidup tetapi ada kalanya apabila semua itu digabungkan takut “ilmu” tersebut memberi kesan yang
negatif kepada minda radikal kau seperti mana sekiranya sebuah komputer
mempunyai banyak antivirus maka komputer itu akan slow down. Mungkin slow down
kerana RAM nya sekadar 2 BG, mungkin?
Tetapi sistem badan lebih kompleks jika dibandingkan dengan sistem komputer,
mungkin ilmu yang kau cari boleh membawa kepada jawapan. Jawapan yang dicari
oleh diri kau yang sentiasa rasa “lain”, lain daripada yang lain.
Sekadar cerita untuk memberi minda makanan agar minda tidak
tidur bersama dengan hati yang mudah tertidur kerana fantasia yang dicari…….
Fantasia yang mana berlainan maknanya untuk semua orang, virtual di mana maksudnya
juga mungkin berlainan , tetapi seandainya sama sahaja dengan setiap manusia maka makna virtual itu mungkin berlainan
rasanya dan perasaannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan:
1.
Si pencari fantasia ………………………………….
2.
Tulisan minda yang sentiasa di update
menggunakan kuasa hati……………..





Ulasan
Catat Ulasan