Cerita
sang pencerita
Bayangkan suatu hari nanti apabila seseorang
inventor boleh menciptakan teknologi yang tidak perlukan input yang mahal
harganya dan susah untuk diperoleh , misalnya teknologi tanpa memerlukan bahan
bakar yang mahal harganya. Apa akan terjadi kepada ekonomi dunia?
Apa akan terjadi kepada ekonomi dunia apabila seseorang memperkenalkan free energy?
Free energy yang boleh didapati dengan percuma dan infinity sumbernya. Adakah
penggunaan atau kegunaan duit akan berkurang maka akan lahirlah manusia yang
bertamadun tanpa memerlukan duit sebagai tujuan hidupnya? Adakah suatu hari
nanti manusia tidak akan mencintai duit seperti mana pada hari ini di mana
manusia menganggap duit itu seperti
tuhan. Seandainya duit itu mereka tidak menganggapnya seperti tuhan, mungkin
mereka juga terpaksa mencarinya untuk mengikuti zaman duit ini.
Apakah akan terjadi kepada sistem duit apabila
dunia tidak memerlukan lagi export dan import bahan bakar? Adakah dunia akan
berasa aman? Adakah benar dunia ini sebenarnya aman cuma mereka yang menguasai media katakan bahawa dunia ini
sedang dalam peperangan? Apakah suatu hari nanti tamadun ini tidak memerlukan
lagi bil elektrik, bil air, bil gas? Adakah semua itu akan menjadi free untuk
semua manusia? Bilakah duit akan menjadi asing kepada dunia? Sampai bilakah mereka
hendak menyembunyikan device “free energy”?
Adakah mereka tidak mahu dunia berubah di
mana semua dunia ini menjadi free? Atau adakah semua ini tidak akan berlaku?
Adakah semua ini sekadar fantasi seorang yang bodoh dan tiada tujuan hidupnya?
Apakah akan terjadi sekiranya suatu hari nanti manusia meninggalkan duit
sebagai tujuan hidup dan impian mereka menjadi tujuan hidup atau impian mereka
adalah menjadi jutawan? Semua manusia dipandang rendah apabila miskin sebab
itulah orang miskin akan berusaha
menjadi kaya? Apabila dah kaya maka tak cukup lagi dan berusaha lagi untuk
tambahkan harta?
Ini sekadar cerita. Cerita yang bermain di
minda penulis …sekadar cerita yang menghantui pemikiran…. Sekadar persoalan
yang tiada jawapannya….. atau langsung tiada jawapannya… orang lain juga tidak
akan tahu jawapannya….mungkin…..
Adakah free energy device telah
dijumpai? Tetapi disebabkan device itu boleh menggugat sistem kewangan dunia
maka device itu tidak diberi perhatian sepenuhnya, benarkah? Manusia membuat sistem ini supaya kehidupan
manusia itu sendiri tersusun? Tetapi benarkah sistem ini tiada blacknya? Tiada
hitamnya? Atau manusia disuruh supaya jangan memandang yang buruk? Tetapi pasti
ada yang mahu memperbaikinya agar tiada manusia yang terus jatuh kerana
kehitaman sesuatu sistem…. Sekadar cerita di dunia virtual,………….Malas nya nak
teruskan hidup… Nak mati tapi tak bersedia nak mati… nak hidup tapi tidak
bersedia nak hidup… jadi nak buat apa?
Terima apa adanya. Jangan membenci apa yang
majoriti manusia suka, benci apa yang majoriti manusia benci… Benarkah? Jangan
memilih jalan yang minoriti, pilih jalan yang majoriti, benarkah? Atau di dunia
ini tiada perkataan majoriti dan minoriti? Benarkah di saat seorang manusia
memilih jalan yang dilalui oleh minoriti, maka dia akan dimaki oleh majoriti?
Atau memang benar tiada perkataan majoriti dan minoriti dalam perjalanan
seorang manusia? Apa akan terjadi sekiranya manusia wujudkan perkataan tersebut
di dalam kehidupan manusia? Adakah dunia ini menjadi chaos? Atau memang benar
tiada perkataan tersebut, cuma sekadar mainan perasaan seorang manusia?
Benarkah hidup ini seperti ini? Benarkah
kami dilarang memilih kehidupan yang kami suka? Belajar apa yang kami suka?
Freedom of information? Adakah manusia perlu dibahagikan mengikut umur, grade,
atau intelek? Atau manusia perlu menjadi hebat agar dunia ini menjadi aman?
Tetapi dunia ini dah terlalu ramai orang hebat, tetapi mengapa macam something
wrong? Adakah perasaan bodoh dan malas ni yang terlalu banyak berfikir? Atau
ini sekadar alasan, alasan untuk lari daripada realiti?
|
SEKADAR CERITA MERENTASI
FANTASIA DAN MELEBIHI VIRTUAL AGAR KEMBALI KE REALITI
|
Ulasan
Catat Ulasan