Sambungan si pencari fantasia
Kenapa kosong? Kenapa? Apa yang perlu dibuat? Dah tahu apa
yang akan terjadi kenapa masih dilakukan juga. Persoalan yang bermain di minda
disaat merasa bosan dengan realiti, fantasi dan juga virtual. Pemikiran yang
telah lama dirasakan , telah dicari penawarnya tetapi mengapa ia tidak boleh
sembuh. Kebanyakan penawar yang didapati tidak boleh bertahan lama. Apa yang
perlu dilakukan? Hati ini dah terlalu gelap. You really need help. Please
someone… give me the meaning of life.. Seandainya tidak dijumpai adakah ada
jawapan di dalam hati ….. Hati yang telah gelap…. Gelap sangat……………
Apa tujuan
hidup ini? Kenapa dah tahu jawapannya tetapi kenapa tidak boleh menerimanya? Kenapa
masih menonton movie dan menonton lagi…anime dan semuanya kenapa? Biarpun
harapan yang diberikan oleh si virtual palsu, ada kalanya si virtual boleh
membantu melihat kembali harapan yang telah lama hilang. Kenapa? Kenapa? Apa
makna semua ini? Disaat berkurung
seorang diri walaupun bukannya berseorangan tetapi sentiasa juga terasa kosong
bagaikan tiada tujuan hidup. Kenapa?
Adakah suatu
hari nanti kau akan tahu jawapannya? Jawapannya yang telah lama kau tahu tetapi
kerana kau berhati gelap maka kau terasa kosong….. Cinta, bolehkah perasaan itu
membantu, tetapi kenapa di saat cinta itu muncul terutamanya cinta romantik …kenapa
cinta itu seperti brainblock.. kenapa? Adakah kerana cinta itu ada kalanya terlupa
dunia realiti, tetapi disaat kembali ke dunia realiti kenapa rasa kosong juga.
Adakah semua dunia ini adalah brainblock… game, buku, movie, anime dan juga
perasaan………….. benarkah?
Adakah kau
sempat mendapatkan jawapan untuk semua ini? Sempatkah kau hidup lama untuk
mendapatkan jawapan kerana rasanya kosong
timbul di ruang space badanmu? Apa yang kau akan lakukan? Apa sebenarnya
perlu dilakukan? Kenapa kebanyakan di dunia ini kau terasa kosong dan bosan?
Adakah kau rasa hidup kau bosan? Kenapa lah perasaan dan pemikiran ini boleh
muncul? Kenapa kau muncul dis aat umurmu
18 tahun..? Kenapa di saat kehidupan sebelum 18 tahun semuanya nampak seronok,
tetapi setelah usia kau bertambah setahun kau telah mula memikirkan benda ini? Kenapa?
Kenapa kau muncul wahai pemikiran …
kenapa kau muncul… disaat hati kau merasa kosong… Kenapa perasaan ini tidak
muncul disaat kau masih ada semuanya? Kenapa kau tidak muncul awal wahai
pemikiran? Adakah kau nak jatuhkan hati yang memang telah lama jatuh?
Adakah cara
untuk melupakan semua ini? Tetapi adakah perlu dilupakan atau dihadapi? Apa yang
perlu diubah dalam hidup kau agar cerita kegembiraan akan muncul semula di hati hitam kau….? Kenapa rasa diri kau
useless… adakah kerana kau telah berumur
…. Maka kau rasa kau ini useless dan kau tidak menguasai bidang tertentu
disaat umur kau sekarang.. begitukah?
Apakah jawapannya?…..Sekadar cerita oleh si pencari fantasia….

Ulasan
Catat Ulasan