Si pencari fantasia.....



Dengan cerita yang diceritakan, cerita yang mungkin boleh ditafsir dengan makna yang tersurat, mungkin juga tersirat, maka cerita terus
dijadikan cerita walaupun cerita itu umpama kamera yang telah lama "di onkan" kameranya. Kamera tersebut tidak akan tertutup, malah dia akan
terus hidup sepanjang cerita tersebut belum habis diceritakan.. Kamera itu mungkin mendapat energy yang tidak perlu mengikuti hukum
termodynamic. Mungkin.

Hari yang berlalu bagaikan kehidupan si pencari fantasi yang selalu berfantasi. Walaupun semuanya hanya fantasi tetapi tetap tersenyum
kepuasan... sementara......Kehidupan yang ingin bermakna agar semua yang berlaku atau telah berlaku bakal dianggap kegembiraan menuntut pelajaran darinya. Ayat yang digunakan agar dapat memahami manusia atau ayat yang digunakan untuk berfalsafah mengenai kehidupan yang dipilih mungkin digunakan untuk menunjukkan bahawa kehidupan yang dilalui adalah benar. Falsafah kehidupan….

  Manusia mempunyai pelbagai-bagai falsafah kehidupan, malah setiap manusia berlainan falsafahnya mengenai perkara yang dia lakukan. Mungkin falsafah untuk mereka yang introvert berbeza dengan mereka yang extrovert. Masing-masing mengatakan bahawa pemilihan kehidupan merekalah yang terbaik, kenapa? Kenapa manusia berlumba-lumba menjadi hebat, malah kadangkala win win situation tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka. Wahai manusia, seandainya engkau menjadi nombor satu adakah kau betul-betul menjadi nombor 1. Adakah kau ingat tiada yang lebih hebat dari kau? Adakah kau tidak mahu melihat seseorang hebat dari kau sehinggakan kau berusaha bersungguh-sungguh untuk jatuhkan orang tersebut? Kenapa?

 Fantasia yang dilupakan atau realiti yang dilupakan? Dunia idea yang berbeza dengan dunia fantasi, kerana dunia idea boleh dijadikan realiti sama ada kau sendiri yang jadikan ia sebuah realiti atau orang lain yang jadikannya realiti. Apa pilihanmu? Adakah kau malas untuk jadikan ia sebuah realiti atau kautidak yakin akan keupayaanmu? Disaat jalan yang dilalui semakin semak maka mereka yang melalui jalan yang telah dipotong rumputnya akan mengkritik kau. Kenapa kau selalu mendengar apa yang masyarakat fikirkan Kenapa kau mengikuti sahaja? Adakah kau hidup berdasarkan apa yang masyarakat hendak?

  Be yourself. Ayat ini digunakan untuk menjadi diri sendiri dikhalayak manusia yang ramai. Manusia tidak boleh menjadi yourself seandainya tiada masyarakat di sekelilingnya. Manusia perlukan masyarakat agar ayat ini boleh digunakan dan dipraktikkan. Seseorang itu perlu seimbangkan sifat individunya dengan sifat masyarakatnya. Tetapi apa yang harus dilakukan seandainya seseorang individu itu tidak boleh seimbangkannya? Adakah masyarakat akan membantunya atau memulaukannya? Apa yang bakal dilakukan dalam kalangan masyarakat sekiranya pekara ini berlaku? Tidak kisah? Membantunya? Atau menghinanya di belakang seperti kebanyakan manusia lakukan?

  Kritikan, kritikan akan dikeluarkan seandainya seseorang itu mengeluarkan sesebuah idea yang berlainan dengan norma pemikirannya. Dia akan mengkritik idea tersebut sama ada kritikan tersebut kritikan berilmu, kritikan kosong atau kritikan kerana benci kepada si dia yang keluarkan idea tersebut. Di mana kau seandainya sesebuah idea itu dikeluarkan oleh mereka? Adakah kau menjadi masyarakat yang kaki kritik atau masyarakat yang berilmu? Adakah kau mengkajinya dahulu baharu mengeluarkan komen atau kau sekadar membaca satu perenggan sahaja dan mengeluarkan kritikan berpuluh-puluh perenggan? Atau kau tidak ambil minat seandainya idea itu tidak termasuk dalam priority kehidupan kau?


  Manusia kenapa mereka selalu memandang rendah orang lain? Adakah itu lumrah seorang manusia atau itu adalah ego seorang manusia? Ego, bicara tentang ego, adakah ego itu ada kebaikannya dan keburukannya? Mungkin ada kalanya manusia perlu berego agar manusia lain tidak berani mempergunakannya. Perkara yang berlaku akan dijadikan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan atau juga keburukan. Kenapa? Janganlah kerana seseorang itu berbuat salah kepada kau, maka kau bakal berubah menjadi karakter yang sememangnya tidak wujud dalam hidupmu, walaupun wujud tetapi karakter itu mungkin jarang kau tunjukkan. Adakah kau jenis “different character  in different place”? 

Ulasan

Catatan Popular