Aku

Ketika duduk bersendirian,
terdengar manusia ketawa,
melihat manusia sibuk dengan urusannya,
manusia yang bercinta dengan teknolonginya,
ada manusia yang hilang realitinya,
kerana sibuk dengan fantasinya,
manusia yang bergerak bersendiriran,
manusia yang bersosial gerakannya,
manusia yang telah digodam kesedarannya,
realiti yang hanya dilihat melalui kesedaran telah digodam....

Ketika duduk di situ,
di mana bangunan tinggi menjadi perhiasan,
bagaikan bersendirian ditemani manusia yang sibuk,
sibuk dengan fantasinya atau realitinya,
perasaan berlainan ketika mendengar sebuah lagu,
dan seandainya lagu itu habis,
perasaan yang lain pula datang,
pelik bagaikan keika berjalan ke depan terpaksa menipu diri,
bahawa kaki berjalan ke belakang....

Bagaikan nak godam semua ini,
dimana fikiran tidak perlu terfikir akan situasi,
dimana situasi tersebut adalah hasil rekaan manusia sekeliling,
mereka yang cipta situasi tersebut,
kenapa aku yang merasai kesan situasi tersebut?
Pelik.............




Ulasan

Catatan Popular