Harapan

Kau nak berubah,
tetapi kau tidak tahu bagaimana,
kau nak berubah,
tetapi kau rasa kosong,
kau nak berubah,
tetapi hati kau rasa ragu-ragu,
kerana takut pengorbanan itu sia-sia,
Kau takut kau akan kecewa,
kau takut peristiwa sama itu kembali,
meracuni fantasia mu,
dan lebih teruk lagi meracuni realitimu,
kau malas untuk mencari alasan,
alasan untuk sedapkan hati,
kenapa?
Bagaimana?
Semua persoalan datang ke arah mindamu...
Bagaimana kau nak berubah....?
Berubah untuk keluar ke fantasimu dan jadikan ia realitimu...
Adakah kau berani ambil risiko..?
Atau kau selesa dalam zone mu?
Atau kau takut usaha itu sia-sia?
Kenapa?
Apakah yang kau perlu buat?
Tolong! Tolong! Tolong!
Suara kau tidak kedengaran...
Kenapa?
Kenapa kau sunyi bersuara?

Ulasan

Catatan Popular