Sekadar khayalan senja
- I am not busy with society, I am busy with my thinking..... that is why I like to be alone
- I think I want to give up but...
- Aku bukannya mencari kehidupan, aku mencari kebenaran dalam kehidupan..
- Aku bukannya nak mengubah masyarakat, aku hanya nak mengubah diri aku sendiri, kerana individu dalam masyarakat itu ada caranya dan falsafahnya untuk mengubah dirinya sendiri..... tetapi siapa (manusia) yang boleh membuka minda seseorang individu, andaikata kejahilan menguasai diri? Adakah pengalamannya juga memainkan peranan?
- Andai kata "true love" diutarakan, manusia mungkin lebih kearah cinta seorang pasangan manusia... adakah true love hanya datang drpd cinta antara pasangan atau true love itu juga ada sumbernya yang lain?
- Boleh tak di dunia ini aku tidak perlu bekerja? Aku hanya nak buat sesuatu yang aku suka, sesuatu yang membawa kebaikan... bukannya sesuatu yang aku buat hanya kerana material.... I want freedom... not a slavery of the freedom
- Apa guna aku mengambil course ini andai kata keimanan tidak bertambah.... tetapi bukankah course ini kalau difahami melalui sains tradisional dan juga metafizik Islam, maka makna nya akan berbeza, metodologi akan berbeza, kefahamanannya akan berbeza, dan lebih penting lagi arah yang akan dibawa oleh course ini(makna untuk ilmu ini difahami melalui pandangan sains tradisional dan faham Islam yang sebenar ......yang telah dikuasai oleh ahli sains Islam suatu ketika dulu).... bolehkah aku menguasainya disaat dunia ini semakin hari menguasai diriku...... sistem buatan manusia mengambil jiwaku... pemikiran manusia sekular memecahkan prinsip yang aku telah bina, manusia yang taksub terhadap sains moden telah mengubah makna sains tradisional hinggakan berani mengatakan sesuatu yang tidak layak dia jawabkan.....

- Aku bukannya mencari kehidupan, aku hendak membina kehidupanku, disaat aku membina kehidupanku, aku ingin mencari kebenaran dalam kehidupan yang aku bina, bukannya berdasarkan pandangan sekular tetapi berdasarkan pandangan seorang islam... berdasarkan ilmu yang telah dihayati oleh ilmuwan islam disaat zaman emas tamadun islam, terutamanya dalam erti sains tradisional, dan mencabar metodologi sains moden.... dengan harapan boleh membina erti sains yang dapat menandingi istilah sains moden dan sains tradisional dan mengembalikan makna sains dalam pandangan seorang islam....
- Bagaimana sains moden yang dipopularkan oleh barat boleh menerangkan makna realiti sebenar alam ini andaikata mereka membuang istilah Pencipta dalam sains tersebut kepada alam ini? Lagi menyedihkan apabila seorang islam tidak menyedari dan tidak memahami erti sebenar sains dalam pandangan islam yang telah dihayati oleh ahli sains islam suatu ketika dahulu......
- Adakah sebuah pencarian akan dilupakan disaat dunia mula menguasai diri? Adakah sebuah impian akan dilupakan, ditinggalkan disaat dunia moden ditempuhi....disaat tamatnya alam universiti ? Adakah ilmu yang dihayati ketika ini akan dihancurkan disaat realiti dunia yang telah didefinisikan oleh manusia yang tidak memahami erti sebenar realiti dan kebenaran dirasai?
- Keyakinan dalam kehidupan......keadilan yang diamalkan, hinggakan meletakkan sesuatu di tempatnya..... sesuatu pendapat yang berhikmah dihasilkan melalu penghayatan pandangan Islam yang sebenar.... Keyakinan didapati setelah menghayati makna ilmu yang sebenar.... pentingnya keyakinan dalam hidup agar menjauhkan diri daripada sifat fanatik relativisme....
Ulasan
Catat Ulasan