Alat

Manusia gunakan alat untuk  tunjukkan dirinya,
untuk tunjukkan hatinya,
untuk tunjukkan pemberontakannya,
untuk tunjukkan anarkinya,
untuk tunjukkan kasih sayangnya,
untuk tunjukkan kesedihannya,
untuk tunjukkan kecemburuannya,
cintanya, kecewanya........
Seandainya alat itu dia gunakan secara salah,
siapakah yang salah,
adakah alat itu atau si pengguna alat itu?

Manusia memberontak melalui alat,
alat yang biasanya digunakan adalah muzik,
adakah kita harus salahkan semua muzik,
hanya kerana satu genre muzik sahaja?
Muzik digunakan untuk mengeluarkan anarkinya,
akhirnya sebuah pemberontakan tersebar melalui muzik....

Si anarki juga gunakan falsafah untuk memberontak,
adakah kita harus salahkan semua jenis falsafah?
Semua jenis ideologi?
Seandainya begitu,
adakah falsafah itu merosakkan,
adakah falsafah itu tidak menyentuh hati agar keimanan dirasai?

Diingatkan,
bahawa falsafah itu bukanlah sekadar falsafah Greek,
bukannya juga falsafah itu lebih tinggi daripada wahyu,
tetapi falsafah itu seandainya digunakan dalam pandangan alam yang berwibawa,
maka si pengguna itu akan berhikmah,
bukankah begitu?
Tetapi malangnya,
disaat ini,
falsafah telah digunakan untuk hasilkan ideologi yang memberontak,
falsafah digunakan untuk merendahkan nilai seorang ahli ilmu,
mengapa?

Si anarki melayan falsafah,
melayan ideologi,
kerana itu dia terasa seronok,
seronok menunjukkan kearnakiannya,
hinggakan dia menganggap dialah yang benar,
tiada siapa yang boleh menegurnya,
dan kebenaran itu dia anggap sebagai relatif..

Manusia ada peranannya,
untuk jadikan semua ilmu itu boleh menambah keimanan,
boleh memberi sesuatu kepada hati,
bukan sekadar kepada akal semata-mata.
Hati yang memberontak mencari sesuatu,
dia anggap dia menjumpainya,
tetapi dia tidak tahu apa makna sebenar "jumpa",
akhirnya dia sebarkan "jumpaannya" itu,
yang hanya memberi kekeliruan kepada orang lain,
terutamanya mereka yang sedang mencari sesuatu,
untuk diisi kedalam hatinya.
Orang yang sekepala dengannya,
pasti bersetuju dengannya,
ilmu digunakan untuk pemberontakan,
ilmu yang dia cari,
digunakan untuk menyerang para ahli ilmu,
para ulama,
yang akhirnya terjadilah kekeliruan tersebar,
masing-masing bangga dengan ilmunya,
bangga dengan pengetahuannya,
hinggakan dia menjadi keras kepala,
kaki debat,
kaki memberontak......

Kenapa dikau belajar falsafah,
hanya sekadar jadikan falsafah itu sebagai alat untuk mulutmu,
bukankah lebih baik seandainya falsafah itu,
dikau gunakan untuk menjawap persoalan anarkimu,
untuk mencari jawapan yang terperap di dalam hatimu,
yang kau sembunyikan melalui pemberontakanmu....
Ya, mungkin benar,
susah untuk mencari jawapnnya,
tetapi bukankah susah itu meyeronokkan,
seandainya dikau berusaha,
dan akhirnya dikau jumpa sesuatu.....?
Ya, mungkin benar,
dikau anggap ini sebuah fantasi,
dikau anggap pemberontakan itu penting,
tetapi biarlah sebuah pemberontakan itu berdasarkan hikmah.
Atau hikmah dan memberontak itu tidak boleh disatukan,
kerana kedua-duanya itu,
bertentangan maknanya?


















Ulasan

Catatan Popular