Bagaimana Si Pencerita bersoal dengan dirinya
Bagaimana saya boleh masuk ke dalam kesibukan manusia? Kesibukan yang membawa kelupakan kepada dunia realiti, kerana mengejar dunia impian sendiri.... Atau saya salah? Bagaimana saya boleh masuk ke dalam kesibukan itu tanpa memikirkan semua ini? Tanpa persoalkan apa yang hati saya persoalkan..
Apa yang awak lakukan? Adakah awak gembira melakukan itu? Apa tujuan awak lakukan perkara itu?
Kenapa saya memikirkan semua itu? Saya penat dengan soalan itu. Soalan yang menyedihkan dan menyakitkan saya. Apa sebenarnya hidup ini.? Kenapa ada sesuatu yang hilang? Hidup ini secara jujurnya, saya tidak mahu berlumba-lumba, berlumba untuk kaya, pandai, populariti. Tetapi, semua itu membuatkan saya keliru kerana bukankah itu kebaikan, persaingan membawa kepada kebaikan...... Tetapi hati ini tetap rasa kosong. Saya tidak mahu berlumba dengan siapa-siapa, saya hanya mahu kegembiraan yang hakiki, kegembiraan yang mutlak dan tidak realtif. Tetapi dunia moden ini menyakitkan. Semua manusia berlumba-lumba untuk dunianya, dan hasil perlumbaan itu dijadikan manusia lain sebagai saingan. Lumrah manusia untuk cemburu, tetapi apa makna cemburu itu seandainya perlumbaan itu saya masuk tetapi akhirnya hati saya tetap rasa kosong. Apa perkara yang boleh mengisi kekosongan ini?
Rasa kosong untuk belajar kerana peperiksaan, rasa kosong bermain game, rasa kosong untuk bersosial dengan perkara yang sia-sia, rasa kosong denagn dunia ini.. Saya rasakan ada sesuatu yang saya terlepas pandang? Saya nak mencarinya dengan belajar falsafah. Belajar al hikmah. Tetapi siapa yang mahu mengajar saya. BUKU? PENULIS BUKU ITU? Kenapa saya belajar untuk peperisaan terasa kosong? Kenapa ada suara yang mengatakan bahawa apa yang saya belajar tidak akan saya gunakan untuk hidup dan benda itu tidak akan menambah keimanan ? Saya takut untuk katakan bahawa saya belajar kerana Allah, kerana saya akan belajar apabila peperiksaan makin dekat. Bukankah itu bermakna saya menjawab peperiksaan kerana Allah, bukannya bermakna saya belajar kerana Allah? Ayat yang sesuai mungkin saya belajar kerana peperiksaan dan saya menjawab peperiksaan kerana Allah.... Dan bukankan itu bermakna saya belajar kerana Allah? Tetapi, apa makna belajar seandainya keimanan tidak bertambah, hanya keegoan sahaja bertambah?
Saya belajar setiap hari, tetapi apa yang saya belajar tidak masuk peperiksaan dan seandainya masukpun saya tidak boleh menjawapnya.. Apa semua ini?
Buku yang dibaca, boleh memberi sesuatu, tetapi kenapa ia tidak kekal, begitu juga dengan bersosial, anime, game....... Kenapa hati ini adakalanya ada terasa isinya, dan adakalanya terasa kosong? Saya takut soalan ini tidak terjawab dan hilang kerana suatu hari nanti mungkin saya akan melupakan soalan ini dek kerana menjadi hamba dunia moden....
Islam. Adakah saya perlu jalankan kehidupan seperti ahli sufi?

Ulasan
Catat Ulasan