Hidupku?

Aku tertanya-tanya,
apa makna semua ini,
kehidupan yang aku lalui,
apa maksud semua ini...
Inikah kehidupan?
Yang dicari di dunia ini apa sebenarnya?
Duit, populariti,
atau melalui duit kita boleh beralasankan untuk Islam?
Aku bingung,
aku penat,
aku letih dengan semua ini,
aku nak lari,
dari kehidupan seperti ini,
aku tidak mahu kehidupan seperti ini,
perlumbaan,
pemberontakan,
kepopularitian,
keegoan,
kehartaan...
Aku nak menangis,
aku nak memberontak,
aku nak air mataku mengeluarkan kearnakianku melalui anggota badanku,
melalui mulutku,
tetapi,
seseorang pernah menasihatiku,
tidak baik menangis kecuali kerana kebesaran Ilahi,
tidak baik hilang adab,
tidak baik memberontak hinggakan mulutmu tidak terkawal,
menyakitkan hati manusia lain....

Hati ini tertanya-tanya,
minda ini mencuba mencari jawapannya,
tetapi,
kebanyakan jawapan itu,
hati ini anggap ianya palsu,
jawapan itu seperti dibuat-buat untuk sedapkan hati ini.
Apa sebenarnya ini?
Adakah hati ini telah rosak?
Adakah akal ini telah rosak?
Aku lelah dengan hati ini.
Wahai hati,
bolehkah dikau jadi seperti dulu?
Wahai akal,
bolehkah kau jadi seperti dulu?
Hati dan akal yang bergembira kerana perlumbaan,
kerana keegoan,
kerana kemenangan,
kerana kepuasan yang hanya untuk dunia.....

Hati ini telah rosak,
akal ini telah rosak,
aku malas melayannya lagi,
tetapi,
hatiku sentiasa menemaniku,
akalku sentiasa menemaniku,
disaat aku tidak punyai apa-apa untuk menemaniku.
Aku malas dengan dunia moden ini,
aku rasa aku tidak sesuai hidup dizaman ini,
zaman yang mengangkat material,
zaman yang penuh dengan keegoan pengumpulan harta,
zaman yang dianggap berjaya itu adalah kerana sebuah nilai material.
Hati ini sememangnya telah rosak,
akal ini sememangnya telah rosak,
kerana memikirkan semua itu.
.
.
.
.

Wujudkah di mana-mana tempat,
hati ini berkenan,
tempat yang tidak mempunyai kegembiraan yang palsu,
erti sebenar kegembiraan hidup seorang manusia.....
.
.
.
.

Hati ini rosakkah,
hinggakan hati ini sentiasa rasa kosong...?
Akal ini rosakkah,
hinggakan mempersoalkan kehidupan moden manusia.......?
Adakah hati dan akal ini akan berkekalan rasanya,
hinggakan kedua-duanya aku terpaksa tutup,
melupakan persoalan yang diutarakan oleh hati,
dan ingin dijawap oleh minda.....?

Adakah hati ini akan berkekalan rasanya,
hinggakan kedua-duanya aku terpaksa tutup,
melupakan persoalan yang diutarakan oleh minda,
dan ingin dijawap oleh hati.....?


Adakah suatu hari nanti,
aku akan menemui jawapannya..........?
Apakah yang harus lakukan disaat ini?
Berusaha mencari jawapannya?
Atau berusaha melupakan persoalan itu?
Atau kedua-duanya sekali?










Ulasan

Catatan Popular