Kosong 2

Isydahyanti,
nama seorang wanita yang keliru,
keliru tujuan hidupnya,
keliru dengan realitinya,
dengan fantasinya,
dengan dunia virtualnya.

Akhirnya,
sekali lagi,
dia memilih untuk melakukan "semua itu",
lagi, lagi,lagi dan lagi.
Walaupun dia tahu perasaan kosong itu akan kembali lagi,
tetapi apakan daya,
semua dia rasa kosong,
impiannya, sosialnya, realitinya,

Dia berhenti berharap dalam dunia realitinya,
dia jadikan fantasinya berbeza dengan dunia realitinya,
karakternya berbeza di dunia fantasi ciptaannya.
Tangisan hatinya dia kelirukan,
kerana dia tahu tangisan itu tidak akan berhenti.
Dan dia memilih,
untuk menipu tangisan itu,
tukarkan tangisan itu kepada ketawa,
ketawa yang sementara,
ketawa yang palsu,
kerana dia tahu dia perlu sibukkan hatinya,
agar perasaan kosong itu tidak akan kembali lagi,
menyusuk hatinya yang sukar diubati......

Dia tahu semua itu palsu,
tetapi,
apa lagi yang dia harus buat,
bunuh diri lagi,
bunuh hatinya dengan memenuhi impian dunia,
yang akhirnya membawa kembali kekosongan itu,
kedalam hatinya yang telah kosong........


Tangisan yang dia mahu lupakan,
perasaan yang dia mahu lupakan,
perasaan yang lebih sakit daripada putus cinta.
Bolehkah dia?

_________________________________________________________________________________

Dia telah berputus asa,
dia banyakkan lagi melakukan "semua itu",
agar hatinya sibuk,
agar perasaannya sibuk,
agar masa dia boleh penuhkan,
tanpa merasa kekosongan itu....

Air matanya jatuh,
disaat dia memikirkan semua itu,
kerana dia gembira, dia ketawa,
ketawa palsu,
yang dia sahaja sedar.

Dia telah berputus asa,
tetapi kenapa,
hatinya tetap bersuara,
untuk tidak berputus asa.
Suara yang dia anggap menyakitkan,
walaupun boleh memberi harapan,
dia keliru,
adakah suara itu menyakitkan,
atau menggembirakan hatinya.....?

Wahai alam, aku bertanya padamu, inginkah dikau berkata-kata denganku, dengan izin-Nya. Agar dikau boleh menemaniku, agar aku boleh memahamimu, agar aku tidak lagi rasa kekosongan ini. Bolehkah? Wahai alam, dengarkah dikau suara ini? Suara yang hampir habis harapannya. Wahai alam, seandainya dikau boleh berkata-kata, adakah dikau mahu berkata-kata denganku, agar masaku tidak lagi habis dengan melakukan "semua itu"? Wahai alam, mahukah dikau menemaniku disaat hati ini mencari sesuatu untuk diisi? Mahukah dikau mengajarku? Wahai alam ciptaan Allah, mahukah dikau berkata-kata denganku, dengan izin-Nya? Aku tidak kisah bahasa apa yang dikau gunakan, bahasa manusia ataupun bahasa matematik, asalkan aku faham suaramu................wahai alam..............

Dia menangis,
dan menamgis lagi,
tetapi tangisan itu dia sembunyikan di dalam hatinya,
di dalam lagu yang dia dengari,
di dalam puisi yang dia karyakan,
tetapi,
kenapa? Kenapa?
Hatinya tetap keluarkan suara itu,
suara yang dia anggap sebagai semangatnya,
tetapi akhirnya semangat itu makin menghilang.
Itulah yang dia sangat takuti,
kerana dia tidak mahu,
hatinya melupakan suara itu,
dia tidak mahu,
hatinya tidak lagi mendengar suara itu....


Akhirnya suara itu makin hilang dari hatinya...............

Bammmmmmmm, dia membunuh dirinya lagi,
buat saat ini.........











Ulasan

Catatan Popular