Kosong

Ada sebuah cerita,
manusia yang bernama Isydahyanti,
dia seorang pencari jiwa, pencari hati,
jiwanya kosong dek kerana.....
dia sendiri pun tidak pasti kenapa jiwanya sentiasa kosong.
Dia tahu bagaimana mengisi jiwanya,
buku, komik, anime, sosial, variety show, media sosial,
tetapi dia juga tahu "semua itu" tidak boleh mengisi jiwanya,
kerana "semua itu" ada penghujungnya,
perasaan penuh yang diberi oleh "semua itu"..............
akan habis,
akan hilang,
disaat "semua itu" habis dilayannya.

Dia terus mencari,
walaupun kepenatan,
walaupun hatinya penat, sakit,
pencarian yang dia sendiri tidak tahu apa yang dia harus cari,
mungkin jawapannya ada dalam agama,
dia mencubanya,
tetapi dunia modennya,
menghilangkan perasaan bersendirian dengan agamanya.....
akhirnya dia terasa kosong kembali,
rasa kosong itu dia isikan dengan "semua itu" lagi,
walaupun dia tahu "semua itu" akan hilang,
akan hilang pergi meninggalkan hatinya.....

Dia bertanya dirinya,
adakah perasaan "penuh" itu wujud,
dan seandainya wujud,
adakah perasaan "penuh" itu tidak akan kehabisan,
dan bagaimana dia boleh mencari perasaan itu........
Hatinya penat,
untuk mencari jawapan itu,
tetapi dia tahu,
dia harus usahakan sesuatu,
walaupun usahanya itu,
dia sendiri tidak tahu apa penghujungnya.........
Adakah dia akan menjumpainya,
atau dia akan mengisi jiwanya/hatinya dengan "semua itu" lagi?


Di saat ini,
dia rasa kosong lagi,
lagu motivasi dia dengar seperti lagu kesedihan,
dia tidak bersemangat berbuat apa-apa,
dia mencuba untuk melakukan salah satu dari "semua itu",
tetapi dia malas,
sebab dia tahu,
akhirnya rasa kosong akan mengisi jiwanya lagi.....

Bagaimana untuk kekalkan rasa hatinya,
agar hatinya dia rasa "penuh"? Jiwanya rasa "penuh"?
Agamanya?
Hatinya mencari perasaan itu,
dia mencari makna agamanya yang sebenar,
adakah dia dapat mencarinya,
disaat dunia moden semakin menghampirinya,
dunia kapitalis menghampirinya....?
Atau suatu hari nanti,
kapitalis yang akan mengisi hatinya,
menggantikan "semua itu'?

Dia menangis,
tangisan dalam diamnya,
tangisan dalam tawanya,
tangisan dalam senyumannya,
tangisan dalam cakapnya,
tangisan dalam sosialnya,
tangisan dalam persendirianya,
dia, dia, dia,
dia mahu hilang,
dia mahu semua persoalan itu hilang,
semua pemikiran itu hilang,
dia mahu lupa ingatan,
agar dia kembali seperti dulu.......

Dia tidak mahu perasaan palsu menguasai hatinya,
dia tidak mahu perasaan pelik masuk ke dalam hatinya,
dia tidak mahu,
hatinya dirasa penuh,
melalui duit, populariti, kepandaian,
kerana dia tahu semua itu hanya sementara,
semua itu hanya sementara menemani hatinya...............

Dia masih mencarinya,
dia masih melakukan "semua itu",
walaupun dia tahu hasilnya.......
Dia masih mencari makna agamanya yang sebenar,
agar agamanya boleh memberi kepuasan yang sebenar,
dan kekal di hatinya,
bukannya melalui harta, populariti, kepandaian, keegoan.....
bukannya melalui motivasi,
yang hanya memberi semangat sementara,
semangat cintakan dunia,
atau dia salah tafsir semua itu....?

Andai dia salah,
jadi apa yang benarnya?
manusia boleh mengkritiknya,
boleh menegurnya,
boleh memberi jawapan kepadanya,
tetapi adakah itu jawapan yang dia cari selama ini?
Adakah jawapan itu bukannya jawapan palsu,
yang diberikan kepadanya,
melalui orang lain,
di mana orang lain itu sendiripun terperangkap dalam dunia ciptaan manusia lain?
Orang lain itu sendiripun tidak tahu erti sebenar hidup,
tidak tahu erti sebenar pandangan alam agamanya,
hamba kapitalis, hamba politik, hamba duit,
hamba kepandaian tanpa kebijaksanaan,
hamba populariti...............

Siapakah boleh mengajar wanita itu,
siapa boleh mengajar Isydahyanti?
Siapakah orang itu...?
Adakah cinta?
Adakah Isdahyanti menunggu seseorang untuk mengajarnya cinta?
Cinta yang diharap boleh penuhkan hatinya....
Tetapi benarkah cinta seperi itu,
boleh memberi :kepenuhan" kepada hatinya?
Atau itupun palsu, seperti "semua itu"?

Apakah semua ini?
Isydahyanti sentiasa terfikir,
kepada dia selalu berfikir semua itu,
bukankah suatu saat dulu,
dia gembira,
tanpa memikirkan semua itu,
tanpa mindanya serta hatinya memikirkan semua itu.....
Tetapi adakah itu kegembiraan yang benar?
Dia bingung dengan semua ini,
kerana pemikiran itu,
dia malas mengejar perkara yang manusia lain kejar,
dia berputus asa,
dengan pembelajarannya,
dengan keputusan peperiksaannya,
dia tidak sedih andaikata "gradenya" rendah,
dia tidak rasa gembira andaikata "gradenya" tinggi,
kerana dia tahu semua itu hanya sementara.....

Dia mencari erti sebenar......................................................
-
-
-
-
-
-
-

-

Bammmmm.................., dia membunuh dirinya,
kerana dia penat dengan semua itu......................................












Ulasan

Catatan Popular