Monolog Khayalanku (Part 2)

Marsha itu ilusi?

Biarlah, aku redha. Walaupun dia sekadar ilusi tetapi biarlah asalkan dia memberi suatu untuk hati ini. Walaupun dia tidak wujud di realiti, tetapi fantasi itu banyak memberi pengajaran. Biarlah walaupun dia fana, walaupun dia tidak kekal ,tetapi perasaan ini telah diberikannya…. walaupun akhirnya perasaan ini akan hilang, tetapi bukankah di dunia ini tiada perkara yang berkekalan…. hanya Dia yang kekal dan semua ciptaannya tidak kekal termasuk perasaan ini….

Walaupun semua ini ilusi, yang hanya wujud di fantasi, tetapi terima kasih kerana menemaniku di saat realiti meninggalkanku. Walaupun perasaan ini bakal hilang, tetapi terima kasih kerana menyanyikanku sebuah lagu yang memberi kesan kepadaku, sebuah fantasi yang dijadikan ilusi, tetapi dari manakah ilusi itu datang? Adakah pengalaman telah membuatkannya berfantasi, hinggakan melahirkan perasaan yang bersifat ilusi, memberi sesuatu kepada sesiapa yang mendengarkannya, memahaminya dan menghayatinya.

Adakah perasaan ilusi ini boleh memberi kebijaksaan? Kebijaksaan yang mengatasi kepandaian? Ataupun perasaan ini hanyalah seperti angin, yang hanya memberi kedinginan sebentar, disaat angin itu hilang kedinginan itu turut hilang? Maknanya manusia tidak akan berasa puas, hinggakan dia akan berusahah mencari angin itu, walaupun kedinginan yang diberikan oleh angin tersebut hanyalah sebentar….. Adakah angin itu sama seperti perasaan ilusi ini?

Tetapi terima kasih kerana datang, walaupun sebentar. Mungkin disaat ilusi itu datang, ia dapat memerdukan hati ini yang pasrah dengan realitinya… ilusi yang memberi semangat untuk berusaha… terima kasih kerana menjegukku disaat aku bersendirian , disaat air mataku habis, disaat aku kepenatan dan hampir menghapuskan impianku…..walaupun kau dilahirkan hasil fantasi aku, tetapi fantasi itu telah memberikanku perasaan ilusi ini dan mungkin juga harapan yang palsu.

Walaupun dia palsu, tetapi bukankah ia baik kerana ilusi itu membuatku kembali ke realiti ini, realiti yang mungkin dirasakan sama dengan dunia fantasiku, dunia fantasi ciptaan orang lain yang aku fantasikan di fantasiku sendiri. Terima kasih kerana sebuah karya yang membantuku, melupakan kesedihan, kepayahan, kemuraman, dan membuatkanku berjalan semula di jalan ini untuk mencari perasaan yang bakal berkekalan di hati ini…………………..


Bang…………………. shit aku mimpi rupanya………………..

Dariku untukku di masa depan

Tujuan
Sebenarnya apa tujuan hidup ini?
Kenapa hati ini terasa kosong?
Apa yang perlu diisi?
Walaupun ilmu dicari, tetapi hati ini tetap terasa kosong,
Buku yang dibaca,
memberikan sesuatu untuk hati ini,
tetapi….. akhirnya …hati ini kembali kosong…
Kenapa? Kenapa? Kenapa hati ini terasa kosong, terasa sakit sangat?
Badan ini terasa penat?
Jiwa ini terasa suram, kelam dan kecewa?
Apa sebenarnya tujuan hidup ini?
Adakah wujud di dunia ini,
sesuatu perasaan yang mampu penuhkan hati ini,
dan berkekalan selama-lamanya?
Apakah rasanya sebuah kegembiraan?
Apakah yang ada di hati oleh manusia lain?
Apa yang mereka rasakan?
Adakah mereka juga seperti saya,
kehausan untuk mencari dan mencapai kegembiraan yang hakiki?
Atau mereka telah lama menjumpainya?
Atau mereka langsung tidak memikirkannya,
kerana sibuk dengan dunia mereka,
sibuk dengan impian mereka?
Indahnya senyuman mereka,
adakah aku juga bakal seperti mereka?
Senyuman yang kekal di hati,
senyuman yang tidak palsu….
Adakah andai kata aku tidak memikirkan semua ini,
adakah kegembiraan itu aku akan capai?
Adakah pemikiran ini yang menyedihkan dan mengosongkan hati ini?
Kalau begitu,
wujudkah ubat untuk menghilangkan pemikiran ini,
ubat untuk membuang pemikiran ini,
agar hati ini kembali seperti dahulu,
agar minda ini jadi seperti dahulu,
tanpa memikirkan semua ini…..?

…………………………………………………………………………………………………………

Apakah sebenarnya maksud impian?
Adakah ia berbeza definisinya untuk semua manusia,
tetapi membawa manusia ke tempat yang sama,
tempat yang memberi erti gembira yang sebenarnya?
Adakah impian itu adalah kegembiraan?
Adakah apabila impian itu telah tercapai,
maka rasa gembira akan berkekalan,
kekal di hati ini,
kekal yang membuang erti kosong…….?
Atau impian itu hanyalah ilusi,
sekadar ilusi yang dihasilkan oleh persekitaran,
agar manusia mengejarnya,
mengajarnya untuk melupakan sesuatu?
Adakah aku silap?

…………………………………………………………………………………………………………

Apakah hidup ini?
Kenapa ia terasa kosong?
Walaupun pelbagai perkara telah dilakukan,
tetapi, kenapa? Kenapa hati ini kembali kosong?
Kenapa hati ini terasa kosong?
Wujudkah sesuatu perasaan yang boleh mengisi hati ini?
Perasaan yang bukannya ilusi, bukan fantasi,
bukan khayalan, dan bukannya hanya sementara singgah di hati ini….

Ulasan

Catatan Popular