Pemerhatian, pembacaan, penghayatan (sekadar
pendapat) /(sekadar cerita rakyat)
(23 / 05
/ 2015)
Tulisan : sayrinn (tengah mengambil ijazah fizik di Universiti , tahun kedua semester dua.... berdasarkan CGPA.... saya tidak layak untuk menulis ini, tetapi CGPA itu APA? )
Tulisan : sayrinn (tengah mengambil ijazah fizik di Universiti , tahun kedua semester dua.... berdasarkan CGPA.... saya tidak layak untuk menulis ini, tetapi CGPA itu APA? )
Ada ahli
fizik yang tidak kisah falsafah di sebalik teori fizik kerana mereka menganggap
teori fizik hanya untuk dunia fizikal sahaja, tanpa makna metafizik. Mereka
membuat kajian/penyelidikan menggunakan teori fizik, tanpa mengambil kisah
falsafah yang dibawa oleh teori fizik tersebut. Mungkinkah kerana sikap ini
maka wujud perkataan "just shut up and calculate"? Fizik dan falsafah
telah dipisahkan kerana ahli fizik menganggap falsafah hanya
melambatkan/mengganggu kemajuan teori fizik. Begitu juga layanan ahli fizik
terhadap agama. Dalam hal agama, mereka lebih suka untuk pisahkan agama dan
sains(fizik terutamanya) kerana menganggap agama tidak boleh membantu memajukan
fizik. Benarkah?
Ada ahli fizik yang kisah mengenai falsafah di
sebalik teori fizik, kerana mereka anggap fizik ini boleh bekerjasama dengan
falsafah untuk memahami lebih dalam tentang teori fizik, terutamanya teori
quantum. Dalam hal teori quantum, ada ahli fizik tidak kisah tafsiran
(interpretation) yang dibawa oleh teori quantum, dan mereka hanya kisah
matematik yang boleh digunakan untuk penyelidikan mereka. Ada ahli fizik pula
yang suka mengfalsafahkan teori quantum, hingga akhirnya wujudlah banyak
mazhap/tafsiran untuk teori quantum.
Iklan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Iklan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak manakah yang anda akan pilih? Kedua-dua
pihak tersebut boleh menjadi pensyarah tetapi akan menjadi "kes" apabila
kedua-dua pihak ini berdebat. Dan lebih parah lagi apabila ahli falsafah dan
ahli agama turut masuk campur. Maka akan terhasillah ayat yang kurang matang
misalnya " Awak siapa nak kutuk teori fizik, saya ada PhD dalam fizik awak
tidak ada apa-apa, dan awak tidak pernah pun belajar fizik dan matematik untuk
menerangkan teori fizik".
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manakah lebih baik, "just shut up and calculate" atau "falsafahkan teori fizik"? Ramai orang akan memilih "just shut up and calculate" kerana ramai tidak suka falsafah. Begitu juga mereka tidak mahu masukkan pandangan alam yang dibawa oleh agama kedalam teori fizik. Adakah ada ahli fizik yang memilih untuk belajar pandangan alam agamanya terutamanya dalam ilmu kalam, tasawuf, falsafah, etc yang hadir dalam sejarah agamanya, kemudian hasilkan teori fizik/perbaiki teori fizik yang sedia ada agar sesuai dengan pandangan alamnya? Atau mereka memilih untuk jadikan teori fizik itu sekadar nombor untuk digunakan dalam penyelidikan dan tidak gunakannya dalam hati mereka, maknanya dualisme akan berlaku antara falsafah/agama dan sains(fizik)? Adakah mereka berpendapat bahawa teori sains (fizik) itu bebas nilai atau tidak bebas nilai? Adakah ilmu itu bebas nilai atau tidak?
Usaha yang banyak perlu dilakukan untuk masukkan
falsafah/ agama dalam teori fizik. Hal ini kerana seandainya seseorang ingin
jadikan teori fizik itu hanya sekadar teori untuk pengkajian dan tiada makna
metafizik, maka mereka hanya perlu belajar fizik, tanpa belajar
falsafah/pandangan alam agamanya, sekiranya belajar falsafah/pandangan
agamanya, itupun mereka tidak boleh gabungkan/satukan ketiga-tiga hal tersebut.
Sekiranya seseorang hendak falsafahkan fizik maknanya dia perlu belajar
pandangan alam agamanya (belajar ilmu falsafah, kalam, tasawuf, etc...)
Apa akan terjadi seandainya agama ditambah
dengan falsafah yang menurut pandangan alam agamanya digunakan untuk hasilkan
teori fizik? Mungkin akan terjadi perdebatan, tetapi bukankah lebih baik
sekiranya berlaku perdebatan yang ilmiah (beradab) antara ahli fizik yang sama
agama yang dianutinya seperti yang terjadi antara ahli falsafah Islam dan ahli
kalam suatu ketika dahulu (zaman tamadun Islam). Di saat ini berlaku perdebatan
antara ahli fizik yang berlainan agamanya/berlainan pandangan alamnya, dan
akhirnya ada ahli fizik yang malas nak masuk dalam perdebatan tersebut dan
mengambil inisiatif untuk pisahkan fizik daripada agama dan falsafah dengan
alasan fizik hanyalah untuk alam fizikal ini dan tidak perlu masukkan agama
dalam fizik kerana agama dan fizik itu bertentangan. Misalnya fizik adalah ilmu
berdasarkan empirikal, dan agama berdasarkan keyakinan (mutlak). Benarkah?
Tetapi bukankah teori fizik sekarang ini
mempunyai masalah terutamanya tafsiran quantum mekanik? Atau hanya perlu ikut
mazhab "just shut up and calculate"? Tetapi bukankah tujuan
pembelajaran/ penyelidikan fizik itu adalah untuk mencari erti kebenaran?
Bukankah ahli fizik barat mengkaji alam untuk mengetahui bagaimana alam ini
terjadi? Dan bukankah ada ahli fizik yang mencari jawapan untuk hal-hal fizik
dalam "falsafah dunia timur"?
- Ada ahli fizik yang mahu tafsiran fizik itu berada di
dalam pandangan alam agamanya. Mereka tidak mahu ahli fizik menerangkan
dunia ini berdasarkan tafsiran atheist misalnya tafsiran bahawa alam ini
terjadi kerana kebetulan.
- Ada ahli fizik yang mengambil jalan selamat dengan
mengatakan bahawa "just shut up and calculate". Maknanya tiada
erti akidah dalam fizik. Fizik hanya untuk pengkajian fizikal(untuk akalnya) dan
agama pula untuk dirinya(hatinya).
- Ada ahli fizik yang mencari kebenaran dalam teori
fizik. Mereka tidak percayakan agama selain sains. Mereka jadikan sains
itu setaraf dengan agama.
- Ada ahli fizik yang tidak tahu apa-apa / tidak ambil
kisah mengenai falsafah fizik kerana sibuk dalam pengkajian mereka.
- Ciri seterusnya, pelajar yang belajar fizik hanya untuk
buat kajian alam tanpa perlu memikirkan metafizik di sebalik teori
tersebut. Mereka ini hanya pakar dalam fizik sahaja, tetapi tidak berminat
dalam hal-hal agama dan falsafah. Bagi mereka agama itu sekadar sembahyang
dan akhlak, dan agama/falsafah-fizik tidak boleh digabungkan.
Antara "ciri-ciri" diatas mana yang
"susah" dan mana yang "senang"?
(Di sini bukannya mengatakan bahawa falsafah itu
setaraf dengan agama, kerana penulisan ini sekadar pendapat penulis dalam
menceritakan hubungan falsafah/agama dengan fizik, bukannya hubungan falsafah
dan agama, atau hubungan fizik dan falsafah dan agama…. dan agama di sini bukannya
merujuk kepada sekadar solat, baca kitab suci (al- Quran) tetapi pandangan
alamnya…)
(Penulisan ini juga bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, kerana pada pendapat penulis, semua manusia ini ada tugasnya masing-masing, maknanya semua ahli fizik itu ada tugasnya masing-masing.)
kamu akan terangkan fizik dalam konteks falsafah, kalam, tasawwuf (pandangan alam agamamu)?
http://sainsislam.blogspot.com/2006/06/falsafah-quantum-dari-fizik-ke.html?m=1
http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/05/fizik-kuantum-dan-falsafahnya-dalam_31.html?m=1
Atau ini sekadar khayalanku disaat aku bersendirian di depan komputer.........?
Atau suatu hari nanti aku akan lupa semua ini kerana sibuk dengan dunia moden...?
Atau ini sekadar ilusiku di dalam dunia fantasiku kerana aku belum merasai dunia realiti diluar sana?
Ulasan
Catat Ulasan