Perlumbaan ( Ditulis pada 26/12/2014)
Manusia mereka perlumbaan,
manusia lain mengikutinya,
ada yang kalah,
ada yang menang,
ada yang tidak ambil kisah,
ada yang mencuba keluar daripada perlumbaan tersebut.
Tetapi kerana perlumbaan itu,
merujuk masa depan,
maka manusia mengikutinya,
walaupun tujuan dan matlamat perlumbaan tersebut mereka
tidak ketahui,
tetapi bukankah manusia itu ada hati,
sebelum dia mengikuti perlumbaan tersebut,
adakah hatinya berkata-kata,
bahawa perlumbaan itu sia-sia,
atau tidak sia-sia,
tetapi disebabkan persekitaran,
hati tidak didengari,
hal itu kerana,
perlumbaan tersebut banyak melahirkan idola dunia,
mungkin juga dia tidak berani ketinggalan,
di dalam perlumbaan tersebut…
Maka adakah aku salah pilih,
seandainya aku tidak bersemangat mengikuti perlumbaan
tersebut,
disaat aku berdiri di tengah tempat perlumbaan?
Apa yang aku harus lakukan?
Berjalan, berlari, patah balik, reka jalan lain atau give
up?
Atau just follow the river?
Apa sebenarnya semua ini?
Aku keliru dengan semua ini?
Kenapa aku terfikir benda ini?
Aku mahu lari,
tetapi di mana jalan tersebut?
Di mana jalan yang benar?
Seandainya semua jalan yang pernah dilalui,
oleh manusia lain,
tidak ku rasa kegembiraannya?
Atau ada jalan yang aku tidak tahu ?
Adakah aku salah?
Adakah aku salah,
kerana tidak berlari di dalam perlumbaan tersebut?
Bagaimana pula dengan manusia yang telah lalui jalan yang “rare”?
Inikah padanya apabila fikiran terfikir perkara yang keluar
daripada perlumbaan tersebut?
Adakah aku tidak perlu memikirkan perkara ang tidak kena
mengena dengan perlumbaan tersebut?
Adakah aku tidak perlu berfikir perkara yang bertentangan
dengan perlumbaan tersebut?
Apakah yang harus aku lakukan sekarang,
disaat aku tidak berminat mengikuti perlumbaan tersebut?
Adakah suatu hari nanti.
akan aku dapat jawapannya
Dan adakah disaat aku mendapat jawapannya,
masa itu tidak akan cemburu dengan aku?
Apa usaha kau untuk mencari jawapan tersebut?
Adakah jawapan tersebut mengatakan bahawa aku silap,
kerana tidak mengikuti perlumbaan tersebut?
Ulasan
Catat Ulasan