Sebuah cerita

Ada sebuah cerita, cerita orang fantasi, walaupun ianya sekadar ilusi tetapi cerita itu memberi semangat kepada realiti si pembaca. Sepasang rama-rama yang terbang menghiasi dunia fantasi, dilihat oleh seorang lelaki yang bersendirian walaupun bersendirian itu menyakitkan, tetapi kerana kebiasaan dan pilihannya untuk bersendirian, dia lebih merasa gembira untuk bersendirian.. Dia melihat rama-rama itu tidak bersendirian, dia senyum, tetapi dia tidak lakukan seperti apa yang dibuat oleh dua rama-rama itu. Langit yang cerah, awan yang putih menemani biru langit, matahari yang terik tetapi adakalanya cahaya matahari itu dihalang oleh awan yang bergerak kerana tiupan angin. Angin yang memberi kesejukan kepada diri lelaki itu. Perasaan yang aman ditemani alam yang dilihat oleh matanya.


Lelaki itu bertanya kepada alam, “wahai alam, adakah engkau mempunyai suara untuk aku dengari?, suara yang memberi aku ertimu, makna yang tersembunyi di sebalik fizikalmu….”


Keamanan yang ditunjukkan oleh alam, disaat hujan dan getir bersama, disaat matahari dan hujan bersama, disaat matahari dan bulan bersama. Alam yang memberi erti keamanan telah dianiayai oleh sang manusia. Alam menangis disaat manusia melupakan asal usulnya. Wahai manusia, tidakkah kau mendengar tangisan alam, ataupun kau sibuk dengan dunia modenmu? Wahai manusia, engkau telah berubah, engkau hancurkan alam, alam yang menemanimu disaat kau bersendirian.


Alam fantasi yang menemani alam realiti, bukannya mengalahkan realiti, tetapi dunia fantasi apa yang bersama dengan dunia realiti, andai kata dunia fantasi hanya menerangkan pergerakan , tetapi dunia realiti menunjukkan ciri-ciri yang bergerak itu. Bolehkah pergerakan dan ciri-ciri itu bersatu untuk memberi makna fizikal dan fantasi kepada manusia.





















Ulasan

Catatan Popular