Pelik
Fikiran ini pelik,
semua tampak tak jelas,
semua tampak tak sesuai,
akhirnya tersedar bahawa pemikiran ini yang tidak sesuai,
yang tidak jelas,
berada di saat ini.
Pemikiran ini susah untuk dibuang,
susah untuk dijinakkan,
hinggakan hati ini telah lelah dengan perangainya,
terasa bagaikan batu ilusi wujud di hati ini,
bagaikan kurungan ilusi yang mengunci hati ini.
Susah untuk keluar,
keluar itu hanyalah untuk sementara,
sekadar ilusi yang dianggap wujud,
perkataan keluar itu hanya wujud,
untuk menutup semua perasaan itu,
terutamanya perasaan kosong...
Penat sungguh hidup di dunia moden ini,
banyak perkara yang patut berlumba,
kalau tidak berlumba pun,
masyarakat yang akan mengajak,
ataupun persekitaran memaksanya untuk berlumba.
Perlumbaan itu terasa kosong,
walaupun si pemenang memenangi perlumbaan itu.
Perlumbaan itu terasa sia-sia,
walaupun orang mengangkat pemenangnya.
Perlumbaan itu dianggap tidak berguna,
walaupun pemikiran ini,
aku sedari telah rosak...
.
.
.
.
.
Akhirnya dia menutup hatinya,
menutup untuk berharap,
perkara moden...............................
Dia bukannya membenci dunia moden,
cuma..... fikirannya telah rosak,
pemikirannya telah mengajarnya untuk tidak mengejar dunia moden,
hinggakan hatinya terpengaruh,
menyebabkan perasaan kosong itu datang,
yang mengajarnya erti mempersoalkan dunia moden.
Tetapi apakan daya,
dia tidak boleh menolak semua itu,
dan dia mengambil keputusan,
untuk berlakon seperti orang yang hilang ingatan.
Kerana itu yang pengalamannya ajar,
berlakon, berlakon, dan terus berlakon,
berlakon di pelayaran moden,
hinggakan hatinya tertutup.
hinggakan matanya layu melayan malamnya,
hatinya terus diam,
mindanya terus diam,
kerana itu yang dia rasa sesuai,
melayan dunia ini,
melayan manusia di persekitarannya,
melayan hatinya,
melayan mindanya.
.
.
.
.
Adakah itu pengakhiran hidupnya?
Adakah hatinya benar-benar telah tertutup?
Adakah mindanya telah dikurung di pagar ilusi itu?
Adakah hatinya telah hilang maknanya?

Ulasan
Catat Ulasan