Aku

Please, jangan sedari kewujudan aku, kerna aku takut aku bakal merasai pain lagi, dan bakal jatuh cinta lagi, dengan pain. Please, jangan sedari kewujudan aku, kerna aku ini tidak berguna, aku ini sekadar bayangan mentari yang bakal hilang di malam hari. Aku dah hilang dari mindamu, maksudnya aku harus bergembira. Kau dah jumpa dia, yang bakal menggembirakanmu, dan aku teruskan kehidupan aku sebagai bayang-bayang senyumanmu. Aku mencintaimu, tapi aku mencintaimu dalam khayalan aku sahaja, tanpa keinginan bersamamu di realiti. Aku tidak menyatakan aku mencintaimu, kerna aku tidak mahu kau sedari kewujudan aku, dan aku tidak menunjukkan cintaku terhadapmu, kerna aku dah penat berharap cinta darimu. Aku menyayangimu di realiti ini, tapi bagi aku, cukup sekadar kau hanya aku jumpa di fantasiku, kerna kau ada duniamu sendiri dan impian cintamu sendiri. Aku minta maaf kerana mencintaimu, dan minta maaf juga kerana aku pernah tunjukkan kewujudan aku di depan matamu. Aku merindui wajahmu, tapi aku tidak mahu bertemu denganmu, kerna suatu temuan itu bakal menyakitkan. Aku mencintaimu, tapi hati aku dah lama hilang dari realiti ini, kerna dah lama menghilangkan aku di dalam bayangan aku. Aku ini bayang-bayang, kerna aku suka menjadi bayang-bayang..... kalau semua nak jadi cahaya di depan manusia, siapa pula nak menjadi bayang-bayang kepada cahaya itu?
(Tiada makna metafizik)

Ulasan

Catatan Popular