Anon si anonymous
Karekter... kerna terjadi peristiwa di depan mata, karekter diubah jahatnya, ditinggalkan kebaikan kerna anarki menguasai minda, lemas di lautan anarki. Kejahatan dilakukan menjadi fitnah ke atas usahanya, kebaikan dan kejahatan bertukar tempat selalu, kerna realiti persekitarannya mengajar erti anarki. Diam yang menyeksakan, dan berkata juga menyeksakan, tenggelam di alam pemikirannya, bersendirian, harapkan teman untuk selamatkannya daripada lemas lautan itu, tetapi teman hanya ada di fizikal, kerna teman tidak boleh masuk ke alam idea. Kerna, apabila teman mencuba masuk ke alam idea itu, minda menjadi rasa sunyi kerna alam idea itu menakutkan dan membosankan. Aku mahu meninggalkan alam idea, tapi aku tidak tahu bagaimana. Berfikir ini menyakitkan, tapi lagi menyakitkan apabila minda tidak mahu menerima kemahuan hati dan sebaliknya. Kekeliruan minda dan hati disalah tafsir mereka, dan aku memilih hati kosong di depan mereka.
Karekter ini susah untuk dibuang, terseksa rasa dibalas kesunyian, kesedihan yang dilakonkan di dalam hati berganti kegembiraan yang ilusi, dan aku lemas di lautan fantasi ini. Aku malas kembali ke realiti, kerna realiti moden tidak sesuai bagiku, kerna aku melatih diri aku untuk lemas di lautan pemikiranku. Aku lemas di lautan fantasi, kerna itu alam fantasi, aku ilusikan dengan kegembiraan usahaku, usaha yang bakal dikutuk usahanya kerna usaha aku lain daripada usaha manusia moden.
Rasa sunyi bersendirian, tapi lagi sunyi ketika beramai, hati kosong ditemankan fantasi, tapi lagi kosong berteman realiti. Aku lemas...dan lemas...dan lemas, tanpa ada tangan menarikku ke atas, mungkin ada, tapi aku yang tidak mahu hulurkan tangan, kerna bagi aku, tangan itu sekadar ilusi kegembiraan.
Aku lemas di alam ini, tapi di realiti juga aku rasa lemasnya. Sejak bila fantasi itu aku bisa membuangnya, kerna fantasi bukankah patut dilayan... salah aku kerna di saat aku bersendirian, di saat aku lemas di realiti, fantasi menghulurkan tangannya, dan aku pula menyahutnya, dan akhirnya fantasi itu memeluk aku di alam idea ini.
Adakah fantasi itu baiknya atau buruknya? Dua-dua, kerna baiknya kegembiraan dan buruknya pula kesedihan...bukan kegembiraan kekal, kerna kesedihan bertukar tempat dengannya, dan bukan juga kesedihan kekal kerna kegembiraan bertukar tempat juga dengannya..
Kerosakan minda dijadikan fitnah dan aib kebaikan minda, persekitaran menilai kekurangan dan aib serta fitnah disebarkan sampailah hati terkena sebarannya, hati mempersoalkan minda... aku pilih bersendirian, kerna sikap, aksi, karekter, takut menjadi fitnah ke atas ilmu yang aku minati, takut semua itu menjadi fitnah ke atas idealism yang aku pelajari. Dan takut mereka rendahkan ilmu dan idealism itu, hanya kerna kebodohan karekter, aksi, sikap, kelakuan dan kelemahanku yang tidak bersesuaian dengan ilmu dan idealism itu. Aku tidak mahu ilmu itu direndahkan hanya kerna ilmu itu ditafsir mereka akan kelemahanku.
Lemas... dan lemas... aku lemas di realiti dan juga lemas di fantasi, tapi lemas itu aku diamkan di realiti dan terimanya di fantasi, dan aku diam di saat mata melihat, berfikir selepas aku melihat, tanpa tindakan spontan dari fizikalku. Persekitaran itu menakutkan, manusia itu menakutkan, kefahaman tafsir mindaku mereka nilai berdasarkan nilainya, dan akhirnya hati aku keliru sama ada faham mereka atau faham akal aku yang benarnya.
Buku menenangkan anarkinya, tapi persekitaran memanggil anarki itu kembali, diam jawapannya, kesakitan diam terasa sakitnya, hati dan minda melawan anarki itu, tapi adakalanya hati dan minda kalah, kerna kesedihan itu susah dibuangnya dan aku terasa lemas dengan semua ini... lemas di kegembiraan pemikiran.....lemas di kesedihan pemikiran.. dan aku dinilai mereka......aku benar-benar lemas, dan akhirnya aku keluar ke realiti...
Di realiti, aku temui jawapannya, yang aku ini tidak sesuai di realiti, komunikasi masalahku, khayalan masalahku, sosial masalahku, karekter masalahku, dan aku memilih kembali ke arah lautan fantasi, ke arah lautan pemikiran. Walaupun pemikiran itu tiada hasilnya mereka katakan, tapi aku rasai kegembiraan dan juga kesedihan di alam pemikiran itu. Persekitaran aku menakutkan, karekter aku difitnahkan dengan ilmu yang aku minati, akhirnya mereka katakan ilmu itu yang merosakkan aku.
Adakah faham tafsiranmu, atau nilai tafsiranmu, atau faham nilai pilihanmu. Aku diam, dengan semua itu, aku memilih diam, walaupun diam itu useless, tapi diam mulutku, kerna melawan anarki yang datang, dan aku lemas bersama anarki itu di lautan fantasi yang dianggap aku alam idea......
Dan... aku rasa kosong bersama persekitaranku... akhirnya lakonan aksiku....
Ulasan
Catat Ulasan