Dunia

Apa sebenarnya dunia ini?
Aku bingung dengan semua ini.
Permainan universiti yang menjatuhkan semangat aku,
atau hati aku yang bermasalah kerna tiada semangat nak hidup.
Apa sebenarnya yang aku nak?
Apa yang aku nak sepertinya susah untuk aku capai...
Apa semua ini?
Aku tidak sesuai dengan cara hidup seperti ini.
Aku penat, aku letih, aku rasa lemas dengan semua ini.....
Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan....
Tinggal satu cara lagi yang aku rasa boleh menamatkan penderitaan ini....
Commit suicide....
Tapi, benda itu bodoh....
Benda itu bodoh, tapi kenapa ada juga manusia yang lakukan perkara itu...
Mungkin dia lemas di awangan realitinya....
Dia lelah hidup...dia rasa sengsara hidup....dia penat hidup....dia susah untuk terima realitinya...
Aku pula? Seperti itu... maknanya adakah aku ......tak.... aku nak bunuh diri secara externel sahaja....dan meninggalkan hal dunia moden pelik ini.....tapi perkara itu susah.....
.................'''''''''""'"""""""""""""""""
Apa sebenarnya tujuan hidup aku di dunia ini...?
Kenapa rasa kosong susah untuk dibuang?
Dan kenapa banyak ilusi kegembiraan bermain di dalam minda aku?
Kenapa kegembiraan palsu ada di dalam hati aku?
Dan sekiranya itu bukan kegembiraan palsu, bagaimana aku nak mengekalkannya?
Aku penat dengan semua ini...
Aku letih dengan cara hidup seperti ini.
Mungkin manusia lain boleh, tapi aku tidak boleh....
Aku nak drop out....
Tapi, aku nak buat apa lepas drop out?
Aku tidak minat mencari dan mengumpul harta benda..
Tapi, aku perlukan itu agar aku mudah nak drop out...
Apa sebenarnya semua ini?
Permainan bodoh minda dan hati aku melawan arus yang dilalui manusia lain.....
Aku nak drop out...dan cari sesuatu yang boleh mengisi hati aku.....
Aku nak tinggalkan semua ini...universiti, buku, fikiran, hati, benda.....
Aku nak cari sesuatu yang boleh mengisi hati aku.....
Siapa aku selepas aku habis universiti nanti?
Adakah aku tetap berfikiran seperti ini?
Adakah aku tetap tidak menjumpai kegembiraan yang boleh kekal di dalam hati aku, yang hanya ada....adalah...kegembiraan ilusi benda dan juga keegoaan?
Atau, adakah aku bakal melupakan semua ini kerna sibuk dengan permainan moden?
Aku nak drop out... tapi aku perlukan duit untuk buat itu...kerna aku nak senangkan mak ayah aku....
Aku tidak mahu jadi anak yang tidak kenal budi akan orang tua...
Tapi, hidup di universiti ini rasanya seperti kosong....
Aku mahu keluar dari tempat ini...
Tapi aku perlukan degree..agar aku dapat kerja...
Apa semua ini?
Aku penat....aku letih... aku nak hilang dari dunia pelik ini.....
Macam mana nak cari duit....dengan cara yang cepat...agar aku boleh keluar dari universiti ini dengan cepat....dan merantau mencari sesuatu yang aku cari cari selama ini...?
Macam mana nak dapatkan duit agar keluarga aku tidak lagi mempersoalkan tindakan aku dan aku boleh melihat mereka gembira walaupun aku drop out dari universiti indah ini?
Aku penat nak berusaha belajar di universiti ini, kerna mungkin aku bodoh dan pemalas...tapi aku benar benar malas nak buang kebodohan aku dan kemalasan aku.....
Aku penat dengan semua ini....aku nak kelilingi dunia....tapi.....duit itu...pula masalahnya.....
Dunia...dunia.....dunia
Otak dan minda aku dah benar-benar rosak
..
..
Aku harap....aku tidak akan ada niat nak bunuh diri.........

Ulasan

Catatan Popular