euthanasia di alam schizophrenia
FICTION (Sila baca guna Laptop, kerna mobile phone tidak boleh mengeluarkan suara dan bunyi)
------------------sinopsis
panjang "euthanasia di alam schizophrenia" ------------------
Humanisme menguasai diri,
lari hilang daripada empirical, mencuba barah idealism, jatuh cinta di alam
rationalis, buntu di alam schizophrenia, keliru di alam relativisme, sengsara
terseksa di alam anarki, akhirnya minda dan hati semakin terseksa, berenang di
alam idea tanpa bantuan sesiapa, kerna itu pilihannya....... Dan kerna
capitalism menjelma di realiti, tembok berlin telah runtuh, dan China ubah
alirannya...... mungkin, dan mungkin..... sistem kapitalis itu kurang
khilafnya, apatah lagi, sosialis makin hilang pengaruhnya, berkiblatkan era
globalism, maka, semua ikut, mungkin.......
"Amad, ini zaman
kapitalis, maka kau harus hidup cara kapitalis...kalau kau melawan..... tidak
akan ada hasilnya, kau hanya mencari nahas, kau akan dimaki dan kau akan
sengsara....dan kau akan bersendirian... sebab itu, terima sistem itu, kerna
kau tidak akan dapat lari, daripada sistem indah ciptaan manusia itu... dan
Amad, please, jangan kau suka mempersoalkan sesuatu benda, kerna nanti, kau
akan sengsara dan rasa seksa, dan kau mungkin bakal membunuh diri akhirnya.....kerna
depression + anxiety = internal suicide"
dan, aku, sengsara, di
alam khayalan, seksa di alam fantasi, hancur di alam realiti, fikiran hidup di
alam kapitalis, penat dengan kemodenan 'indah', tamatnya era berideologi, maka
era 'mengikut' jadi pujaan ramai, penat dengan realiti, akal makin parah, hati
makin kosong, jiwa terseksa rasanya.....karekter manusia aku, aku abaikan dan
berenang bebas di lautan fantasi yang menyakitkan tapi menyeronokkan......
"Amad, jangan lagi
kau masuk dalam dunia rekaanmu, nanti kau makin hancur....realiti kau akan
hancur..........dan jangan lagi kau mengkhayal lupakan realitimu......"
introvert aku dikatakan,
extrovert aku lakonkan, terlalu lama berlakon, minda telah terlupa, cara lakon
gaya 'be yourself' .....lain dari lain, maka amali dinilai, tanpa amali, akal
jadi fitnah, buku jadi fitnah, air muka dibaca, tapi hati tafsir taknak, the
majority susun ayat, the minority berlakon, dan aku, phantom, lakonan shadow,
dirasai, tanpa runtuhan wavefunction.........lupa karekter dulu hasil pandangan
mata melihat karekter manusia lain....dan karekter aku hilang realitinya......
"Amad, Amad, be
yourself.......then you will be happy...."
"Be
yourself....?Hmmmmm....Boleh tak ajar aku, macam mana nak berlakon gaya 'be
yourself'.......sebab........aku dah lama lupa, macam mana nak berlakon gaya
bodoh tu...."
hedonisme pernah jadi
pilihanku, materialistik pujaanku, secularism amalanku, pragmatism aku
epistemologikan, akibatnya, hati bertambah kosong, gembira palsu dilayan, sedar
tidak mahu, ilusi sejahtera dianggap mutlak.... dan anxiety membiak di
minda.... depression aku mula puja…
"hisap rokok ini
seronok, kerna rokok itu seperti kawan, walaupun bersendirian lepak di malam
hari, tapi dengan rokok, hati rasa tenang.....kerna asap rokok sampai ke dalam
hati, dan membuai hati secara fizikal....dan asap itu dihembus keluar, bagaikan
kekosongan hati dilayan, beserta lagu yang mengusik jiwa...anarki ini...."
aliran pain beserta
darkness akhirnya dilayan, lagu unravel menghantui minda, canities subita
'rage' in my mind, stare too long, and, I am lost, in the middle of confusion,
between reality, fantasy, and virtual world ...... aliran pain/darkness ajar
gembira merasai pain, laugh in despair, love in despair, cry in despair,
darkness sound is heard in my mind, and they say......pain will teach you to
see this world.... through............... different eyes......pain dianggap
fun, fun dianggap pain, pain dicari, fun diabaikan,
"mad, bila kau nak
tinggalkan semua ni........?"
"once you sell your
soul to the darkness,................ you can't run from it....forever...."
"tapi............
tak salah........................ andai kata kau ternampak kilauan dalam dunia
darkness kau,......................... dan kau memegang kilauan itu........."
"kau tidak tahu
betapa seronoknya melayan darkness dan pain ini....."
"seronok?Hmmmm......
Amad, kau dah lama lemas dalam dunia itu, sampaikan kau lupa apa itu beza
kesakitan dan kegembiraan....."
"diamlah......dan...jangan
nilai hidup aku.... berdasarkan hidup kau.....sebab.... you know my name, but
not my story........."
"aku tahu kisah
kau....."
"f**k, jangan kau
cuba faham hidup aku.....dan ......if you know my story, does not mean you
understand me... if you want to understand my story, then you must see this
world through my eyes, and feel it through my heart....."
minda makin rosak, hati
terseksa, lagu unravel bermain tanpa henti, 'dia' di virtual menegur aku di
realiti, 'eye' di fantasi hanya memandang, tanpa nilaian, hati kosong tanpa
hermeunika situasi, kerana situasi takut ditafsir. Ditafsir hati kosong,
maka situasi dianggap kosong. Mata hanya memandang, tanpa tafsiran hati,
kerna, pancaindera adakalanya menipu, maka selamanya, pancaindera tdk boleh
dipercayai.
"aku jumpa falsafah
lain daripada falsafah bodoh ini...."
Jadi, apa yang boleh
dipercayai, selain pancaindera? Kalau jawapannya, adalah minda, bagaimana pula
si schizophrenia melihat realiti? DAN, apa itu realiti?Adakah, realiti itu ada
di luar minda, atau di dalam minda? Atau, ada di mata hati?
"Amad, hati kau rasa
kosong eh....?"
"Ya..."
"Belajar falsafah..."
"Kapitalism,
sosialis itu bukan falsafah...?"
"Falsafah lain......"
"Kalau belajar benda
tu, hati aku tambah kosong tak?'
"Terletak kepada
kau.....nak tafsir macam mana?"
Realiti ingin
dimatematikkan, nomological holism disampahkan, holism of property diabaikan,
positivistik diajarkan, akal penganut naturalism diangkat, kerna, hanya satu
methodology(scientific methodology), maka pluralistic methodology dilupakan.
Alam dikatakan mind-independent, tetapi ada teori mengatakan sebaliknya,
determinism peminat locality, probabilistic pemegang nonlocality, dan
Godel's incompleteness theorems melimitkan semuanya, bagaikan Heisenberg's
uncertainty principle meramalkan dua paksi 'dengan pasti?' pada satu
masa, logik dikatakan tiada limit, russel's paradox, Kurt Godel pula apa?....
Instrumentalist view berkelana..........universe dianggap mesin, menurut
locality, tapi quantum datang, membawa revolusi, Schoridinger's cat
kontroversinya, Einstein itu pemegang determinism, menolak quantum, mencari
hidden variable, EPR paradox buatnya, entanglement fenomenanya, quantum
encryption pula hasilnya, .
But, someone says,
"The motion of
particles follows probability laws but the probability itself propagates
according to law of causality."
Bertrand Russell, ahli
falsafah moden itu, pernah menyatakan, bahawa
"that physics does
not concern itself with the NATURE OF PHYSICAL REALITY per se, but with
mathematical structures related to pointer readings."
Jadi, apa itu realiti?
Apa hubungan abstract itu dgn realiti? Atau sekadar teman fizikal tanpa makna
metafizik? Sekadar amalan transcendental idealism? Atau hanya umpama 'air
gapping network'? Apa Nicola Tesla maksudkan, ayat itu ketika difikirkannya,
"Today scientist
have substituted mathematics for experiment, and they wonder off through
equation after equation, and eventually build a structure which has no relation
to reality."
Adakah Tesla silap?
Dalam buku sejarah
Aritmetik dan Al Jabar Islam, tertulis
"Tujuan ilmu tabii
ialah pendakiannya kepada ilmu-ilmu metafizik, yakni tujuan tertinggi para
hukama, jalan pengakhiran hakikat ilmu... (Rasa'il Ikhwan al-safa.)"
dan tertulis juga
"Mantik merupakan
pengantar falsafah manakala matematik menghubungkan dua juzuk falsafah yang
utama, iaitu sains tabii dan metafizik."
Apa pula maksudnya?
Aku ini bodoh, aku ini
sampah....kenapa aku persoalkan semua itu? Tak menjanjikan hidup bahagia di era
kapitalis pun...duit aku kat bank tak bertambah pun..ah.... aku bingung dengan
permainan ini, aku terseksa dengan permainan minda ini.......tapi kenapa hati
aku rasa puas......walaupun kepuasan itu hilang di saat aku kembali ke alam
realiti.
Minda masih bermain, di
lautan fantasi, persoalan muncul lagi, adakah ilmu 'itu' bertahap ilm al-yaqin?
Atau 'ayn al-yaqin? Atau Haqq al-yaqin? Atau sekadar berbentuk dugaan dan syak
wasangka? Minda keliru, amnesia berlanjutan, caffeine menjadi pilihan, insomnia
sahabat sejati, khayalan dilihat real, real dilihat khayalan, khayalan menari
di minda, realiti diabaikan, dan hidup musnah dihimpit realiti moden...
Ketika aku kembali ke
realiti selepas melayan falsafah "lain" itu, hati aku sakit, kerna
falsafah "lain" itu tidak berguna langsung untuk menjalani kehidupan
dalam kapitalis indah ini......aku sengsara...anarki datang lagi kerna
kebodohan aku yang 'unfit' dalam sistem kapitalis ini.... aku mesti belajar.....
untuk terima sistem ini........minda pusing, kapitalis memeluk mindaku.....alam
schizophrenia datang semula..... nihil
aku rasa….
"Semalam, sekitar
pukul 3 hingga 4 pagi, ada 'seseorang' muncul dalam minda aku. 'Seseorang' yang
tiada rupa, tiada bentuk, sekadar suara kedengaran .Suara itu lain daripada
suara aku. Suara itu berkata-kata dengan aku, aku dan dia berbicara, tapi di
saat aku sedar bahawa aku tengah berbicara dengan 'seseorang', suara itu
hilang, dan di saat suara itu hilang, aku juga lupa apa yang aku bicarakan
bersamanya. Siapakah dia? Adakah 'seseorang' itu adalah 'aku' yang
berbicara dengan 'aku' atau semua itu sekadar permainan syaitan?"
Kesakitan minda ingin
dilupakan, maka, romantis mula bermain di fantasi. Menjadi pemuja romantis,
karya disusun dan dirasai tanpa mulut dibuka. Falsafah diabaikan, fizik
diabaikan, matematik diabaikan.... dan sastera menjadi pilihan ..........mereka
katakan, cinta itu adalah
"gembira, ketika
melihat orang yang kita cintai senyum, walaupun orang yang berdiri di sebelahnya
bukanlah kita."
dan mereka juga kata
"cinta itu umpama
matahari yang memberi cahaya kepada bulan, walaupun manusia tidak melihat
matahari, dan hanya memuji bulan, tapi, matahari puas, senyum di belakang
bulan, walaupun tanpa disedari manusia dan bulan."
I fall in love right now,
tapi .... aku tak kenal dia, dan aku tak tahu dia ada dimana, dan aku juga dah
mula lupa akan muka dia.........mungkin itu yang terbaik, dan, aku juga
tidak mahu jumpa dia lagi, sebab aku tak nak kenal dia, kerna aku takut
perasaan suka itu bakal hilang disaat aku terpandang wajahnya atas dasar
perkenalan. Cukup aku suka dia di lautan ilusi aku, yang diceritakan di dalam
hati aku, tanpa lemas di lautan realiti. Cinta itu indah dilayan di fantasi,
kerna bayangan wanita itu berdasarkan kehendak hati aku, bukan berdasarkan
realiti dia yang sebenarnya. Mungkin disaat aku kenal dia, fantasi aku bakal
hancur dengan realitinya yang sebenar, sebab itu, sesuai aku, hanya kenal dia
berdasarkan kehendak hati aku. Aku hanya nak kenal dia berdasarkan karakternya
di ilusi aku, dan aku tidak mahu kenal dia berdasarkan karekter dia yang
sebenarnya..... that is love for me....that kind of love is only
........exist in my fantasy.......
Tapi, f**k, semua itu
tipu, dan anti-romantis bermula, cinta moden itu, mesti dikawal sistem moden,
cinta dikawal kapitalis, cinta dikawal empirical, double standard yang
bertopengkan cinta, romantis tipuan hati drama, tragedi romantis bertopengkan
cerita, cerita romantis ukuran standard, pujaan peminat tragedi romantis,
f**k.... semua kisah cinta moden ini adalah s**t.... romantis tipuan hati
kerna empirical asas kapitalis bodoh.... my fiddle finger for that kind of
modern love....
Aku bosan dengan
permainan bodoh romantis, cinta datang dan pergi, datang sekadar hipokrit,
jumpa dia macam kisah bodoh, tinggal aku sendiri seperti loser, loser berharap
winner, hati tak sedar diri, cinta bodoh dia aku peluk...dan dia pula
senyum.......dia gembira atas tindakan hipokritnya.....f**k... dan cinta datang
lagi
"Awak, saya
rasa.............. saya bakal ...................suka awak.... seandainya, saya
benar-benar suka awak suatu hari nanti, awak nak tak jadi teman euthanasia
saya..."
"Euthanasia?"
"Ya, kawan
euthanasia saya. Cinta itukan pain, maka cinta mesti dilayan berlandaskan pain.
Sebab itu, suatu hari nanti, apabila saya berenang di lautan cinta awak, saya
nak awak jadi teman euthanasia saya agar saya boleh menghilangkan pain yang
bakal saya rasai....Atau, awak nak double commit suicide dengan saya?"
"Hmmmmm.."
"Kenapa awak
memandang saya seperti itu? Bukankah itu yang dinamakan cinta gaya romantis
moden?"
"Minda awak dah
rosak..."
"Ya, minda saya dah
rosak, kerna rasa cinta itu telah mula datang dan menyakitkan hati saya. Saya
tak nak merasai cinta... buat apa cinta itu datang andai kata cinta itu hanya
mengajar hati saya erti seksa, erti sengsara, bagi saya, lebih baik, cinta
romantis itu, tidak wujud di dalam hati saya....lebih baik saya layan pain
sebagai asas percintaan hati saya sambil melayan lagu kesedihan yang memberi
saya erti kegembiraan pain.........."
"Hati awak dah
rosak..."
"Ya, hati dan minda
saya dah lama rosak... kerna saya telah lama melawan demon, dan akhirnya, saya
sendiri menjadi demon...Hati saya dah rosak kerana rasa seronok melayan pain
yang disertai despair......"
"Amad.... bye....
saya ada hal....", dia hilang.......
"Bye..."
Dalam hati aku....
"Lebih baik kau
hilang dari pandangan aku... aku tak nak cinta aku terhadap kau bertambah
mendalam. Buat apa aku merasai cinta yang akhirnya membawa kepada pain, lebih
baik aku melayan pain dari awal.....tanpa merasai cinta romantis...love
....in ......this...... modern..... era.... is .....like..... eat..... 'a'
........... s**t."
Akal sakit dengan
permainan minda, akhirnya hati ingin melupakan minda, tapi bagaimana? Ambil
batu, pukul kepala, dan berharap, agar ingatan itu hilang dari minda...tapi,
bagaimana, andai ingatan lain yang hilang?
Lautan dah terlalu dalam,
tanpa perkakas sepatutnya, tenggelam di lautan fantasi, lemas di sana, dan
akhirnya, realiti aku tidak boleh lari, dari perangkap ilusi....salah diri,
kerana terjun ke dalam lautan ilusi itu...
Friedrich Nietzsche
pernah berkata
"Beware that, when
fighting monsters, you yourself do not become a monster..... for when you gaze
long into the abyss, the abyss gazes also into you."
and, someone also says
"Find someone whose
demons are compatible with yours....(.yuzirui- kun.)"
Aku penat dengan
kebodohan ini...aku rasa seksa dengan alam minda ini....kalau aku tahu semua
ini akan terjadi, aku tidak akan mendekati falsafah, aku tidak akan belajar apa
itu kapitalisme, secularism, falsafah sains..........aku tidak akan belajar
berfikir...kerna berfikir itu menyakitkan, apalagi berfikir itu boleh ubah
karekter.... dan mempengaruhi mindaku yang asyik lemas di alam
fantasiku.....hinggakan karekter hancur di realiti, dan dimaki dan dinilai
manusia persekitaran...
"Mereka katakan
bahawa falsafah itu merosakkan manusia........"
Tapi bagi aku, bukan
falsafah yang merosakkan manusia, tetapi manusialah yang merosakkan
falsafah.............
Akhirnya, 'dia' tingalkan
falsafah, sains, romantis, dan mengembara ke seluruh dunia melihat dunia dengan
tafsiran hati kosong........
Dan 'dia' commit suicide
di alam schizophrenianya.....
'Dia' diberi peluang
untuk memilih, sama ada 'dia' pilih alam fantasi atau alam realiti, dan 'dia'
masih memilih untuk hidup di alam fantasinya, alam ideanya.....dan akhirnya,
realitinya hancur dihina, digelak oleh manusia moden....
please, please tolong
aku,
hati aku rasa sengsara
dengan realiti ini,
hati ini rasa pain
sangat,
rasa sakit sangat....
please, please tolong
aku....
aku nak buang semua
ini...
tapi aku tidak tahu
bagaimana.
Please, please,
minda aku sakit...
kepala aku sakit dengan
permainan ini,
badan aku dah lama penat
dengan semua ini,
tapi lakonan luaran, aku
tidak abaikan,
kerna aku tahu tiada yang
kisah,
dan aku juga tidak mahu
ada yang kisah,
kerna nanti kesengsaraan
ini bertambah,
nanti kesakitan ini makin
bertambah.....
tapi, please, tolong aku,
please sangat,
tolong aku keluar dari
semua ini,
kerna aku penat dengan
semua ini,
kerna aku penat dengan
permainan realiti ini,
kerna aku penat dengan
permainan moden ini...
Tapi, please, jangan
bantu aku,
andai kata tidak mampu,
dan jangan guna kata
'try',
kerna itu lagi, bakal
menambahkan semua ini.....
dan please,
jauhkan diri dari aku,
kerna aku ini telah
rosak....
Ulasan
Catat Ulasan