Fizik
Fizik? Ijazah ini aku mengambil fizik, di salah satu universiti terletak di kuantan, Pahang. Aku ambil fizik kerna hanya follow the system. Sedar tak sedar, aku dah tahun kedua. Dan kerna sesuatu peristiwa, aku mula meminati fizik. Kaji fizik, baca buku fizik, falsafah sains, pandangan alam, buku al-Attas, buku Shaharir, kisah Seyyed Hossein Nasr, artikel Osman Bakar, artikel Adi Setia, dan sekarang ini aku berada di tahun ketiga. Aku membaca buku mengenai fizik tulisan manusia barat, dan apa yang aku dapati, setiap buku itu hampir sama, bezanya sekadar ayat-ayat pusingan tulisan yang ada di dalam buku itu. Dalam buku itu ada perbincangan tentang Pencipta, tapi seperti kekurangan sesuatu, mungkin kekurangan unsur yang benar kerna dalam buku itu, sepertinya mempersoalkan kewujudan Pencipta guna sains, seperti dalam buku The Brief History of Time, karya Stephen Hawking itu. Mungkin ada yang menganggap, tidak salah mempersoalkan kewujudan Pencipta, kerna akhirnya diri akan sedar bahawa Pencipta itu wujud, tetapi masalahnya sampai bila nak gunakan sains itu sebagai agama, sedangkan, bukankah sains itu sekadar alat, dan manusialah yang menentukan bagaimana nak gunakan alat itu. Dan kenapa tidak gunakan ilmu agama untuk majukan teori sains, atau ada yang menganggap bahawa sains itu sains dan agama itu agama. Kenapa berfikiran seperti itu, sains itu tidak setaraf agama, bukankah agama itu cara hidup, dan sains itu pun perlu "dicarahidupkan" berdasarkan cara hidup beragama atau berdasarkan pandangan alam Islam. Aku pernah terbaca bahawa fizik ini kekurangan unsur teologi, sebab itu ada manusia gunakan sains serang agama. Sungguh hairan kerna alam ini ditafsir dengan menolak kewujudan Pencipta. Dan lebih menghairankan lagi, mereka tafsir fizik itu berdasarkan pegangan hidup mereka, dan lagi pelik, umat Islam sekadar ambil membabi buta, dengan niat nak dapat kerja tanpa mempedulikan falsafah tafsiran yang ada dalam teori itu. Mungkin teori itu tidak salah, cumanya tafsiran ke atas teori itu salah dan tiada yang mengkritik 'tafsiran' teori itu, dan menukar 'tafsiran' teori itu, dan mungkin boleh membantu untuk mereka teori yang lebih baik daripada teori yang adanya sekarang. Mereka yang bijak pandai pun seperti tidak mahu jadikan fizik itu untuk lebih mengenali Allah, nak tambahkan iman, fizik itu sekadar nak tambahkan duit, dan duit itu baru mereka inginkan penambahan keimanan, kalau seperti itu, apa itu sebenarnya fizik kalau bukan sekadar dijadikan alat kerja. Orang barat itu, ingin mencari kebenaran dengan guna teori fizik, guna empirical fizik, dan kita pula untuk dapatkan pekerjaan. Ya, kita tahu kebenaran itu Islam, tapi masalahnya, adakah fizik sekarang itu tafsiran Islam, atau tafsiran sekular barat yang mempersoalkan kewujudan Pencipta. Kenapa mereka nak cari kebenaran andaikata kewujudan Pencipta pun dipersoalkan sehingga infiniti alasan sainsnya? Aku nak tanya kepada ahli sains Islam, dan mungkin semua peminat sains, adakah sama mereka yang ingin mencari kebenaran, dengan mereka yang ingin menambahkan iman, dan dengan mereka yang ingin sains itu dalam pandangan Islam? Cuba fikir sebaiknya, dan kritikal terhadapnya, kerna mungkin, tersedar atau terfikir sesuatu.
Aku belajar fizik ini, seperti kekurangan sesuatu, dan aku sedari, bahawa aku sekadar belajar fizik, hanya kerna nak dapatkan pekerjaan masa depan. Aku malas semua itu, dan aku tidak seperti aku dahulu yang sentiasa menjaga result exam, hinggakan hari ini, semua itu hancur nilainya. CGPA aku anggap tidak bernilai, sah sah aku akan susah dapat kerna, bunuh diri lah jawabnya, tapi aku minat akan gabungan falsafah, kalam dan fizik. Aku sedang mencari hubungan sebenar antara al Quran dan alam, dan bagaimana nak jadikan al Quran itu sumber ilmu fizik. Cuba lihat dunia sekarang, ilmu sekarang bukan lagi sumbernya al Quran, sedangkan umat Islam sendiri yang menguasai ilmu fizik tidak tahu bagaimana nak gunakan al Quran sebagai sumber ilmu fiziknya, hanya sekadar guna dalam solat sahaja. Sebab itu, ilmu apa yang perlu dituntut agar seseorang itu boleh mengharmonikan fardhu kifayah dan fardhu ain? Ilmu apa yang perlu ada, agar alam dan al Quran, dapat dilihat hubungannya, bukannya sekadar alam ini dikaji tanpa bantuan sumber yang sepatutnya? Teringat pula buku karya Ibnu Tufail. Buku, yang aku fahami sekitar diriku, seseorang itu boleh dapat kebenaran tanpa memerlukan wahyu, hanya sekadar mengkaji alam dan akhirnya dia boleh sampai kepada keyakinan kewujudan Pencipta. Aku tidak tahu apa pendapat ilmuwan lain. Pendapat jahil aku, seandainya seseorang itu boleh menemui dan yakin adanya Pencipta hanya dengan mengkaji alam, jadi kenapa ada ahli sains barat itu memilih nilai ateis? Adakah kerna niat mereka bukan nak cari kebenaran, hanya sekadar nak layan keinginan/curiosity tanpa penghujung? Keinginan yang diingatkan kebahagiaan, tetapi sekadar ilusi bahagia melupakan pencarian kebahagian hakiki.
Fizik dan Islam? Ada umat Islam, yang fobia dengan Islam, hinggakan terasa fobia di saat terdengar perkataan Islam dan cepat-cepat menolaknya, tanpa kajian. Aku tertanya-tanya adakah mereka itu fobia akan Islam atau fobia akan umat Islam?
...
......................
......................
Ada yang kuasai fardhu ain dan pada masa sama menguasai fardhu kifayah, tetapi tidak tahu apa hubungan kedua-duanya itu, hinggakan sekular itu tidak disedari menjadi pelukan. Bagaimana nak mengharmonikan fardhu kifayah dan fardhu ain, kerna sekarang ini seperti dua dalam satu, si ahli sains yang beragama islam kuasai dua-duanya, tapi tidak tahu bila masa nak gunakan fahamnya fardhu ainnya kedalam fahamnya fardhu kifayah. Mungkin kerna tidak tahu bahawa sains itu ada tiga jenis.
<<<<<<<<<<<<<<<<<____>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fizik? Apa itu fizik? Kenapa nak belajar fizik? Nak faham alam, bagaimana alam berfungsi, dan dengan itu, boleh mereka teknologi, itukah tujuannya? Atau hendak mencari tujuan hidup manusia? Atau hendak menjawab persoalan kewujudan menusia? Kenapa belajar fizik? Kenapa? Kenapa fizik dilimitkan dengan sekadar hanya penggunaan matematik?
Fizik? Kenapa aku belajar fizik?
- kerna minat
- kerna minat
Sekadar minat?
- minat dan nak tahu apa sebenarnya semua ini. Kenapa hati aku mengkaji alam? Apa itu islamkan ilmu fizik? Apa hubungan fizik dan falsafah? Bagaimana nak gunakan al Quran sebagai sumber ilmu fizik? Apa hubungan tasawuf dengan ilmu fizik? Boleh tak tasawuf menjawab dan meningkatkan pengetahuan fizik?
- minat dan nak tahu apa sebenarnya semua ini. Kenapa hati aku mengkaji alam? Apa itu islamkan ilmu fizik? Apa hubungan fizik dan falsafah? Bagaimana nak gunakan al Quran sebagai sumber ilmu fizik? Apa hubungan tasawuf dengan ilmu fizik? Boleh tak tasawuf menjawab dan meningkatkan pengetahuan fizik?
Apa hubungan fizik dan falsafah?
- tafsir teori fizik guna ilmu falsafah.
- dari ilmu falsafah, digunakan dalam kemajuan fizik.
- nilai teori fizik, sama ada teori itu sesuai untuk pegangan falsafah seseorang atau tidak.
- menyelesaikan permasalahan yang bersifat falsafah menggunakan teori fizik
- menyelesaikan permasalah yang bersifat falsafah menggunakan kaedah matematik (artikel adi setia : some upstream research programs for Muslim mathematician: operationalizing Islamic values in the sciences through mathematical creativity).
- tafsir teori fizik guna ilmu falsafah.
- dari ilmu falsafah, digunakan dalam kemajuan fizik.
- nilai teori fizik, sama ada teori itu sesuai untuk pegangan falsafah seseorang atau tidak.
- menyelesaikan permasalahan yang bersifat falsafah menggunakan teori fizik
- menyelesaikan permasalah yang bersifat falsafah menggunakan kaedah matematik (artikel adi setia : some upstream research programs for Muslim mathematician: operationalizing Islamic values in the sciences through mathematical creativity).
Apa hubungan tasawuf dengan ilmu fizik?
- perjalanan spiritual menyingkap kebenaran fizik.
- pandangan ahli sufi mengenai dunia
- tuntut ilmu hikmah agar manusia tahu bagaimana nak menghubungkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
- membersihkan hati agar ilmu tidak rosak disaat sesuatu ilmu masuk ke dalam hati.
-membantu seseorang dalam pentafsiran, pemahaman, kritikan dan inovasi sesuatu teori sains, fizik khususnya.
- perjalanan spiritual menyingkap kebenaran fizik.
- pandangan ahli sufi mengenai dunia
- tuntut ilmu hikmah agar manusia tahu bagaimana nak menghubungkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
- membersihkan hati agar ilmu tidak rosak disaat sesuatu ilmu masuk ke dalam hati.
-membantu seseorang dalam pentafsiran, pemahaman, kritikan dan inovasi sesuatu teori sains, fizik khususnya.
Kenapa belajar fizik? Dikatakan dalam kelas falsafah sains, berdasarkan pemahaman aku daripada kelas itu, sains itu ada tiga
1. Sains sebagai idea.
2. Sains sebagai research.
3. Sains sebagai application.
2. Sains sebagai research.
3. Sains sebagai application.
Berdasarkan pemahaman aku
Sains sebagai application
- - Sains digunakan dalam bidang teknologi, pembuatan, perkilangan, dan seumpamanya.
- - Gunakan teori sains/ fizik untuk majukan teknologi.
Sains sebagai research
- - ilmu fizik digunakan untuk mengkaji fenomena alam/ ilmu fizik untuk menerangkan bagaimana atom bergerak
- - ilmu fizik digunakan untuk mengkaji fenomena alam/ ilmu fizik untuk menerangkan bagaimana atom bergerak
- - teori fizik yang sedia ada digunakan untuk menerangkan sesuatu fenomena
Sains sebagai idea
- - reka teori fizik yang baru menggantikan teori yang tidak sempurna/ tidak lengkap.
- - reka teori fizik yang baru menggantikan teori yang tidak sempurna/ tidak lengkap.
- - tafsir teori sains agar teori itu tidak ditafsirkan secara salah, di mana pandangan alam ( worldview ) memainkan peranan yang penting.
- - tafsir teori fizik untuk mengetahui the nature of reality atau untuk tahu apa teori sains-fizik itu boleh berikan kepada kehidupan manusia selain teknologi.
- - tafsir teori fizik untuk menjawab persoalan asas kehidupan manusia...
- - mengkaji sains, inovasi sains, kritik sains moden, dan tafsir sains sesuai dengan fahaman ahli sufi, ahli kalam, atau/dan ahli falsafah Islam.
Berdasarkan pemerhatian di persekitaran sempit, lebih ramai memilih sains sabagai application. Dan memilih sains sebagai research lebih ramai berbanding sains sebagai idea.
<<<<<<<<<<<<<<<_______>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku, sebagai mahasiswa universiti ini, apalagi salah satu tujuan universiti ini ditubuhkan adalah untuk mengislamkan ilmu yang datang daripada Barat, terasa terpanggil untuk mencari apa itu islamkan ilmu. Kaji dan kaji lagi, sampailah hati ini terasa benarnya islamkan ilmu itu, tapi sayang sekali kerna secara amali susah untuk diamalkan. Tafsir teori fizik agar teori itu sesuai dengan pandangan Islam, bukannya tafsir teori itu berdasarkan pandangan ateis, seperti mana boleh dilihat di dunia Barat. Tapi malang sekali, umat islam hari ini tidak suka atau mungkin tidak mampu untuk tafsir teori sains mengikut fahamannya, mungkin kerna pandangan alamnya adalah sekular, sedar atau tidak sedar, atau kerana niat belajarnya sains itu lain dan pelik kerna layanan kapitalis, terpaksa atau tidak/ rela atau tidak.
Mungkin ramai yang tidak meminati islamkan ilmu fizik, mungkin kerna menganggap fizik itu sekadar pekerjaan masa depan atau mungkin hanya menganggap fizik itu sekadar teknologi. Tapi, cuba ertikan di dalam diri, apa itu sains sebagai idea, tapi mungkin..................
.....bukan semua boleh mengislamkan ilmu, terutamanya sains sebagai idea. Bukan semua mampu nak Islamkan ilmu.....mungkin hanya mampu layan sains itu sebagai research atau/ dan layan sains sebagai application.
.....bukan semua boleh mengislamkan ilmu, terutamanya sains sebagai idea. Bukan semua mampu nak Islamkan ilmu.....mungkin hanya mampu layan sains itu sebagai research atau/ dan layan sains sebagai application.
Aku minat akan sains sebagai idea, tapi malang sekali, diri ini rasa malas menghadapi realiti, apa lagi sedari diri ini banyak kurangnya, dan hari ini sekadar belajar malas tak malas sahaja, buku fizik pun malas dibaca, apa lagi hendak menuntut ilmu yang lebih tinggi. Mungkin aku terlalu melayan perasaan hati, melayan sastera, sedangkan masalah fizik aku jarang fikirkan, apalagi fikirkan dan amalkan bagaimana nak tuntut ilmu untuk tafsir akan teori sains dan mungkin boleh memajukan lagi teori itu. Mungkin aku sesuai di dalam sastera berbanding sains, tapi aku benar-benar minat akan sains sebagai idea, dan minat islamkan sains, tapi mungkin akal dan hati aku tidak mampu dengan semua itu.
.......
Universiti ini, falsafahnya tinggi melangit, tapi sama sahaja dengan universiti lain, melahirkan penyambung ekonomi, dan nama islamnya itu, mungkin sekadar luaran sahaja.
Islamkan ilmu? Bagaimana nak islamkan fizik? Bagaimana nak jadikan al Quran itu sumber ilmu? Dari falsafah ke fizik, dan ada dari fizik ke falsafah.... boleh tak falsafah itu membantu fizik? Boleh tak metafizik itu membantu fizik? Teringat kisah nicola Tesla, tapi biar pembaca mencarinya, apa lagi pemikiran Tesla dipengaruhi siapa, dipengaruhi falsafah siapa.
Buku teks fizik sekarang seperti ada kurang sesuatu, mungkin minda aku rosak, kerna fikir seperti itu, tapi macam kekurangan unsur yang boleh menyentuh hati, mungkin ada unsur itu, mungkin sekadar unsur penambahan ego manusia. Fizik sekarang seperti dibutakan dengan kesusahan faham akan matematik, atau mungkin kerna aku malas nak belajar matematik hinggakan berfikiran seperti ini. Tapi, macam sepertinya buku teks itu seperti mengajak manusia melupakan apa erti sebenar fizik itu, sampaikan fizik itu dituntut melupakan tujuan hidupnya, tujuan manusia menuntut ilmu.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku membaca artikel Adi Setia yang bertajuk Kalam Jadid, Islamization and the worldview of Islam:Operationalizing the Neo-Ghazalian, Attasian Vision. Dalam artikel itu ada tertulis ayat seperti ini:
"O youth, how many night have you remained awake repeating science and poring over books and have denied yourself sleep. I do not know what the purpose of it was. If it was attaining worldly ends and securing its vanities and acquiring its dignities and surpassing your contemporaries and such like, woe to you and again woe."
Dimana rujukannya adalah daripada
al-Ghazali, Ayyuha al-Walad, trans. G. H. Scherer, O Disciple (Beirut : American Press, 1932), 57.
al-Ghazali, Ayyuha al-Walad, trans. G. H. Scherer, O Disciple (Beirut : American Press, 1932), 57.
Pendapat saya, ayat itu perlu ditafsir agar tiada manusia yang akan salah faham. Tidak salah hendak belajar sains cuma niat mesti benar, kerna era moden ini sangat mementingkan sains, kerana dengan sains, manusia boleh memajukan diri melalui kemajuan teknologi hasil pembelajaran sainsnya. Ingat niat mesti benar, bukan kerna hendak mempertahankan kejahilan sains, untuk mendapatkan populariti, untuk mendapatkan habuan material dan juga bukan untuk mengalahkan siapa-siapa..... belajar sains kerna suka.....
Pesanan aku kepada diri aku kini dan masa akan datang.
Aku tidak mahu gunakan ayat itu sebagai alasan aku tidak mahu belajar fizik, kerna aku minat fizik, kerna zaman ini fizik itu sangat penting apalagi dalam bidang teknologi, dan mungkin lebih penting dalam bidang idea, kerna idea itu mungkin boleh menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang sebenarnya. Tapi bagaimana nak buktikan agama Islam itu agama yang benar berdasarkan penerangan saintifik moden, andai kata ahli fizik sendiri itu tidak faham akan pandangan alam islam.
Sebab itu, aku ini latih diri, mencari dan mempelajari pandangan islam, dan cuba memahami falsafah sains Islam, tapi apakan daya, aku ini kurang semangat untuk hidup.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku ini dah terlalu banyak dan lama melayan perasaan sastera......
Ulasan
Catat Ulasan