Harapan

Aku takut, seandainya suatu hari nanti, aku bakal meninggalkan semua ini... aku tinggalkan falsafah, fizik, kalam, matematik... semuanya... aku takut aku bakal abaikan semua itu.... hanya kerana minda dan hati aku tidak layak mengambil dan menyimpan semua itu... aku berharap perkara itu tidak terjadi.... aku nak ilmu itu...... aku nak pakar dalam ilmu itu, dan tak nak menjadi hamba kapitalis moden yang terperangkap dalam pencarian kertas itu...

Aku takut, aku menjadi anarki dan memberontak... kerna dalam minda aku sekarang ini, aku terbayang-bayang kisah dan jalan cerita pemberontakan dan kearnakian minda dan sikap aku. Aku takut andaikata suatu hari nanti aku menjadi anarki kerna tidak mahu menerima kebodohan aku dalam semua bidang itu... aku takut aku menjadi anarki kerna kejahilan aku.

Ulasan

Catatan Popular