Hinarqy

Semakin hari,
hati aku nak tinggalkan idealism itu,
kerana idealism itu tinggi sangat,
minda aku tidak boleh mendapatkannya,
hati aku tidak boleh menemaninya.

Apa yang harus aku lakukan?
Aku suka idealism itu,
aku cinta dengan pemikiran itu,
tapi, aku penat dengan kebodohan aku,
aku letih dengan realiti aku...

Hasilkan ilmu fizik berdasarkan pandangan islam,
aku ada teorinya,
tapi akal aku tidak boleh mempelajari ilmu yang patut dipelajari,
akhirnya, tujuan aku belajar sekadar untuk bekerja,
aku penat dengan semua ini,
aku nak teruskan perjuangan ini,
tapi, aku bersendirian di saat ini,
dan aku juga bodoh untuk meneruskan idealism itu.

Aku selalu tertanya-tanya,
adakah usaha aku pada hari ini untuk menghasilkan ilmu fizik yang berdasarkan islam, akan menjadi sia-sia?
Adakah buku yang aku baca pada hari ini boleh membantu aku lari daripada sistem kapitalis?
Adakah pencarian kebenaran akan sampai ke tempat yang betul, bukan berhenti hanya kerana kebodohan hidup moden?

Aku nak mencari kebenaran, bukan mencari duit, aku nak mencari ilmu,
bukan mencari ilmu semata-mata untuk duit.
Aku penat, aku letih,
tapi buku akan menemani aku,
di saat aku bersedih,
di saat aku kecewa.
Bukuku menemani aku,
dan memberi aku harapan.
Tapi,
aku takut, seandainya harapan itu adalah harapan ilusi,
aku takut itu.

Apa yang harus aku lakukan?
Aku nak ilmu,
bukan untuk bekerja,
tapi untuk mencari kebenaran.
Aku nak ilmu,
bukan untuk duduk di pejabat membuat kerja pejabat,
aku mencari ilmu,
untuk mencari kebenaran,
dan kebenaran itu aku sebarkan,
melalui fizik...
Aku minat semua itu... tapi..

AKU BODOH....

Ulasan

Catatan Popular