Lelaki itu

Lelaki itu ..... dia seorang yang bodoh...kerna dia hendak melawan dunia bersendirian.....
Lelaki itu..... lelaki yang tidak sedar diri...kerna dia hendak melawan sistem moden buatan manusia moden.....
Lelaki itu.....lelaki yang telah lama berputus asa untuk hidup...cuma dia tahu bahawa harapan itu tidak boleh hilang sepenuhnya di dalam hati seorang manusia.....dia...dia telah hilang dari realiti...dan lemas bersendirian di lautan fantasinya...
Lelaki itu.....dia melihat dunia dengan pandangan lain..mungkin boleh dikatakan sebagai pandangan pain.....
Lelaki itu...dia mula ingin hilangkan harapannya...dia penat...dia letih...dia rasa kosong...dia rasa seksa...dia mahu buang semua itu...tetapi dia tidak tahu bagaimana...kerna usahanya sering sia-sia.....
Lelaki itu....pernah mengharapkan bantuan manusia...tetapi dia sedari, bahawa manusia sekelilingnya, tidak boleh buat apa-apa...sekadar palsuan ilusi kegembiraan lawaknya.....
Lelaki itu mula berhenti berusaha di saat dia memasuki universiti...dia mula mempersoalkan semuanya...hinggakan mindanya sakit...hinggakan hatinya sakit...dan akhirnya dia mula putus harapan dan penat untuk teruskan hidupnya.....
Lelaki itu.....dia tahu bahawa dia dah terlalu berdosa...tapi apakan daya...dia sepertinya tidak boleh melawan godaan syaitan.....
Lelaki itu.....dia pernah mengharapkan cinta wanita...tapi harapan itu mula hilang...kerna dia anggap cinta romantis moden itu palsu....
Lelaki itu....dia jatuh cinta...tapi dia tidak kenal wanita itu...dan wanita itu juga tidak kenal dia...wanita itu berjaya menyentuh hatinya...tapi, di saat lelaki itu berjaya lari dari lautan khayalan cintanya sendiri...dia sedar bahawa dia bukannya mencintai wanita itu...dia sekadar cinta akan wanita itu di dalam ilusinya...kerna cinta itu bukan ke arah wanita si realitinya...tetapi sekadar wanita rekaannya yang ada di khayalannya...muka wanita itu sama sahaja...tetapi karekter wanita itu di realiti beza dengan wanita yang ada di khayalannya.....
Lelaki itu...dia berhenti berharap terlalu tinggi...kerna dia tahu...dia tidak layak untuk berharap...kerna dia takut hatinya bakal sakit lagi...cinta romantis itu, dia cuba abaikan...dan mungkin berjaya, kerna wanita itu, seperti hilang di realitinya...dia tidak pernah jumpa wanita itu lagi...kecuali jumpa yang pertama itu...hati lelaki itu mahu menjumpai wanita itu...tetapi di sudut lain...lelaki itu tidak mahu melihat wanita itu lagi....kerna takut khayalan indahnya musnah selama-lamanya...dan dia mula melatih dirinya agar cinta wanita itu hanya di khayalannya sahaja.....
Lelaki itu lihat dunia ini seperti tempat menyakitkan...kerna dia penat dan seksa...dengan perlumbaan manusia moden...penat dengan kawalan sistem moden.....
Lelaki itu.....dia tahu bahawa hatinya telah rosak...lelaki itu juga tahu bahawa mindanya juga telah rosak...tapi dia tidak tahu bagaimana nak perbaiki kerosakan itu...dia penat dan dia lemas di lautan kejahilannya.....

Akhirnya, lelaki itu berfikir...

"Dah tiba masanya aku terima kenyataan...dah tiba masanya aku terima sistem kapitalis...dah tiba masanya aku hidup seperti cara manusia moden...dah tiba masanya aku berubah menjadi manusia moden...dah tiba masanya aku abaikan falsafah...dah tiba masanya aku mengumpulkan harta...mungkin aku bakal bahagia....."

Di saat dia fikir itu......dia rasa ....mungkin itu yang terbaik......

......
......
......
......
......

Tapi di dalam hatinya...

Please...tolong aku..
hati aku rasa seksa...
Hati aku rasa kosong...
Hati aku rasa pain...
Aku malas nak hidup lagi...





.......................

Ulasan

Catatan Popular