Open

Kenapa dia abaikan benda tu, benda yang boleh mendatangkan kegembiraan, dan kenapa dia memilih benda tu, benda yang boleh mengingatinya tentang kesedihan?

Sebab, dia dah lama merasai "pain", dan akhirnya dia memilih untuk melayan "pain" tersebut, dan mengabaikan kegembiraan itu....ada manusia yang telah lama merasai dan melayani "pain", akhirnya dia merasai "kegembiraan" ketika melayan "pain", dan dia tidak boleh lari daripada "kegembiraan" "pain" itu, selama-lamanya.  Dia dah terlalu lama "gaze to that abyss".... bak kata pepatah Friedrich Nietzsche

" He who fights with monsters might take care lest he thereby become a monster. And if you gaze for long into an abyss, the abyss gazes also into you."

Kenapa dia suka bersendirian?

"The individual has always had to struggle to keep from being overwhelmed by the tribe. If you try it, you will be lonely often, and sometimes frightened. But no price is too high to pay for the privilege of owning yourself."    
Friedrich Nietzsche.

Bukan semua benda kat dunia ini boleh diceritakan dan disebarkan. Dan bukan semua jawapan kepada sesuatu soalan boleh memuaskan hati semua pihak. Mungkin fahaman relativisme, tapi tidak sampai melanggar lumrah manusia.

Be open minded... dan jangan memberi pendapat yang kurang ajar terhadap diri seseorang. Terima manusia seadanya, ubah apa sepatutnya, dan nasihat dia di depannya, bukannya "nasihat" dia di belakangnya. Ingat manusia ini bukan kertas exam, yang siapa-siapa boleh memberi pendapatnya terhadap diri manusia lain, pendapat yang diniatkan agar mendapatkan markah tertinggi, pendapat yang dikeluarkan berdasarkan nilai yang penjawab pegang. Manusia itu bukan benda.

Be open minded.....dan cuba fahami karekter manusia yang lain daripada yang lain, walaupun adakalanya hati rasa marah kerana ada sikap mereka yang boleh menyakitkan hati.

Ulasan

Catatan Popular