Pain
Terlalu lama melayan pain ini berbahaya, kerna pain itu mula dirasai seperti kegembiraan, hinggakan lagu sedih dianggap gembira ketika dilayan, seterusnya hati terbiasa merasai pain dan hati rasa seronok melayannya , dan mata melihat dunia ini seperti mata yang merasai kesedihan hati. Peristiwa yang dilihat dan dirasai ditafsir dengan hati yang sedih, keparahan hati dirasai nikmatnya, tapi minda belajar daripada hati, bahawa tidak adil mentafsir semua peristiwa yang dirasai dan dilihat berdasarkan pain yang ada dihati, dan akhirnya semua itu tidak lagi ditafsir oleh hati dan minda. Penglihatan dan pengalaman ditafsir menggunakan hati yang kosong, yang akhirnya tafsiran itu seperti tanpa tafsiran, dan pain itu sentiasa dilayan, setiap hari, dan aku terperangkap dalam lautan pain yang terasa 'gembiranya', sehingga lemas di lautan itu tanpa harapan.
Aku takut, aku bakal menjadi anarki, kerna minda ini dah mula menunjukkan simptomnya. Aku takut, aku menjadi anarki melalui sikap dan sifat, aku takut aku memberontak hasil semua pain ini.
Aku terus lemas melayan kegembiraan pain yang terasa hilangnya harapan moden.
Ulasan
Catat Ulasan