Pengalamannya

Terlalu rasa pain, mencari sesuatu yang ingin menghilangkan pain, tetapi sesuatu itu tidak kekal, ilusi permainan nafsu, tetapi malang sekali kerna dia mengulang lagi tanpa menerima pengajaran yang sepatutnya, mungkin dia ulang kerna dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan, dan dia hanya menurut hatinya dimana hati itu telah mungkin rosak. Pain yang dilayan terasa indah, indah yang telah punah maknanya dalam hatinya, mindanya sekadar menerima kepuasan hati melayan pain. Lagu itu dicarinya, dan diulangnya sehingga puas, rasa pain dilayan kerna dia menganggap rasa pain itu boleh ditukar kearah keindahan hidup.

Dia melihat realitinya dengan mata pain, dan ditafsir hati pain. Dia asyik melayan pain, dan dia mahu berjalan di muka bumi ini, melihat semua yang ada di universe ini. Dia hilang di fantasinya, tanpa mahu kembali ke realiti moden yang menakutkannya. Dia takut, dia bakal hilang di realiti moden, maka, dia memilih hilang, dan lemas di fantasinya. Tapi dia tahu, bahwa, di realiti, kawan boleh membantu, tapi adakah dia tahu, adakah kawan boleh membantunya di saat dia lemas di fantasi rekaannya.

Dia tidak fikir itu, kerna dia tidak ada kawan yang sebenar, sekadar kawan ketawa, dan dia juga memilih untuk berseorangan, berenang di lautan fantasinya mahupun lautan realitinya. Dia penat, terlalu berharap dengan perkataan kawan dan dia belajar dari hidupnya tidak terlalu berharap.

Dia terbang ketika di pembelajaran kelas, tanpa fokus yang sepatutnya, akhirnya dia mengangap datang kelas itu sia-sia. Tapi, dia juga tahu, bahawa itu bukan sepenuhnya masalah kelas, ada juga masalah minda dan hatinya. Dia penat dengan semua itu, dan dia semakin masuk dalam ke alam fantasinya... dia terus berenang dan makin lemas di permukaan lautan fantasi itu. Dia mahu kembali ke realitinya tetapi dia masuk kembali di saat dia membuka pintu realiti modennya, kerna dia merasa takut melangkahkan kakinya di atas tanah realiti. Dia takut akan moden, dan mungkin kerna moden itu berada di realiti maka dia juga takut akan realitinya sendiri. Dia kini belajar menerima realitinya.....sedikit demi sedikit..... 

Tapi, dia mahu lari dari keegoan kapitalis ini.....

Ulasan

Catatan Popular