Shadow
Aku phantom, lakonan shadow ilusiku, terbang ke alam fantasi, berenang di lautan khayalan, lemas di lautan fantasi, hilang di realiti. Takut manusia menjelma diri, gegaran minda menceroboh attitude, lakonan realiti kepakaranku, hilang menjelma tanpa cinta seorang manusia, kerana cinta moden sekadar ilusi terburuk, empirical cinta menghilangkan harapanku, cinta di mata menipuku, hinggakan kesedaran diri dilupai, cinta berdasarkan kecantikan tidak ku sedari telah memberi aku kebodohan minda dan harapan palsu. Dan aku menjauhkan diri dari semua itu, walaupun cinta aku cari, tapi bagi aku, cukup sekadar cinta itu aku layan seorang. Lebih baik cinta itu aku layan bertepuk sebelah tangan, tanpa ada manusia lain sedari bahawa tanganku tengah menyedari hatiku, bahawa cinta itu tidak layak untukku. Aku mungkin cinta dia, tapi aku tidak mahu cintaku dibalas, kerana moden ini mampu menjadikan cinta itu ilusi, menipu dengan harapan ilusi. Aku sedari diri agar aku hanya mencintai dia di fantasiku. Dan jangan pula dia sedari kewujudanku, kerna di saat dia tahu aku ada, maka aku bakal hilang dari pandangannya, sama ada sengaja atau tidak ku sengajai. Aku mencintaimu, tapi aku lebih suka mencintaimu di lautan fantasiku, kerna aku tidak mahu berharap cinta mu, kerna berharap cintamu itu menyakitkan. Sakit yang aku tidak mahu merasai lagi.
Oleh itu, jangan sedari kewujudanku, walaupun aku mahu kau sedari. Ingat, di saat aku mahu kau sedari kewujudanku, maksudnya itu bukan diri aku yang sebenar, itu diri aku yang aku benci. Aku mencintaimu cukup di ilusiku, agar kau bebas mencari lelaki yang lebih baik dari aku.....
Ini nasihat aku kepada aku di masa depan.
Ulasan
Catat Ulasan